Media Gallery Latest News Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2020

 

PPP AYAM KAMPUNGPPP AYAM KAMPUNG 01

25 Orang Peneroka Selasih Penerima Pertama Konsep Inovasi baharu Reban Ayam Kampung

Tahniah diucapkan kepada 25 orang warga Felda Selasih kerana terpilih menjadi peserta Model Baharu Projek PPP Ayam Kampung : Reban Pasang Siap iaitu projek pertama yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Konsep ini mampu menjimatkan ruang kawasan penternakan serta menjimatkan 70-80% masa pembinaan berbanding konsep konvensional.

Selain itu, konsep ini menggunakan tenaga solar sebagai inovasi sumber bekalan elektrik sekaligus memberikan banyak penjimatan sepanjang 45 hari tempoh penternakan sebelum 'off taker' datang untuk membeli hasil ternakan pada harga pasaran semasa.

Program dilancarkan oleh Encik Hasrin Ismail, Pengarah JPPT dan dihadiri oleh Encik Hasbullah Muhamad, Ketua Peneroka Wilayah Terengganu serta pengurusan wilayah dan rancangan.

qr code 2903
Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03 2191 2191| Facsimile: 03 2191 2590 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1