Media Gallery Latest News Konsert Aspirasi Muzikal 2022 Jadi Platform Pelajar MRSM FELDA Trolak Kembang Bakat

WRO

Tahniah! Suatu yang amat membanggakan apabila tiga orang pelajar yang juga generasi baharu FELDA dari SMK FELDA Bukit Goh akan mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad (WRO) di German. 
 
SMK Bukit Goh sebelum ini telah merangkul pingat Emas di bawah kategori Menengah Rendah dalam National Robotics Competition (NRC) dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersama Sasbadi Sdn Bhd dengan dibantu oleh Pusat Sains Negara dan Lego Education.
 
Tiga orang generasi baharu ini adalah adik Muhammad Alif Haikal Hakimi Bin Abdullah, adik Muhammad Danish Rizqi Bin Mohd Bahariedzuan dan adik Muhammad Hadi Bin Mazlan diiringi oleh Mohamad Shah Bin Ayob, Ketua Guru Penasihat Kelab Robotik.
Selamat berjaya dan seluruh warga FELDA mendoakan adik - adik selamat dalam perjuangan serta insya-Allah membawa pulang kejayaan yang gemilang. 
 
#KejayaanDalamKeberkatan
#GenerasiBaharuFELDABerjaya
#CodingRobotic
#WorldRobotOlympiad
qr code 2903
Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03 2191 2191| Facsimile: 03 2191 2590 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1