Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
   CPO : RM 2,123.50 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Keterangan Syarat & Yuran

Syarat-Syarat Menjadi Anggota :

  1. Semua Kakitangan Kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan warganegara Malaysia atau mereka yang syarat-syarat perkhidmatannya tidak berbeza dengan syarat-syarat perkhidmatan warganegara Malaysia, layak untuk menjadi anggota.
  2. Pegawai-pegawai yang layak untuk menjadi anggota, yang ingin menyertai Persatuan, hendaklah memohon secara bertulis kepada Jawatankuasa Pengurusan. Jawatankuasa Pengurusan berkuasa menerima atau menolak sebarang permohonan, tetapi sebarang penolakan adalah tertakluk kepada pengesahan Mesyuarat Agung yang di dalamnya sekurang-kurangnya 2/3 ahli
    yang hadir mengundi memihak kepada keputusan berkenaan.

Yuran :

  1. Bayaran masuk adalah RM5.00 yang perlu dibayar semasa mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota dan yuran bulanan adalah RM5.00 yang perlu dibayar terlebih dahulu. Bayaran masuk akan dikembalikan jika
    permohonan ditolak.
  2. Yuran bulanan hendaklah dipungut melalui baucer gaji anggota berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh anggota berkenaan.
  3. Mana-mana anggota yang yurannya tertunggak melebihi tiga bulan terhenti keanggotaannya dalam Persatuan dengan serta-merta selepas itu.
  4. Mana-mana anggota yang tidak berada di Malaysia bagi tempoh melebihi 6 bulan boleh meminta secara bertulis supaya keanggotaannya digantung bagi tempoh berkenaan dan meminta supaya dikecualikan daripada membayar yuran bagi tempoh tersebut.

Borang Keahlian PKKF  Pautan ke laman web PKKF

Perlembagaan

 

 

Kaji Selidik Portal