Pengenalan

PERSATUAN SURI FELDA telah merangka pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan biro-biro yang bernaung didalam persatuan ini. Bagi aktiviti-aktiviti lawatan, ceramah agama, ziarah kasih dan sukan ia melibatkan aktiviti kebajikan untuk semua ahli FELDA dan Kumpulan FGV. Selain itu, PERSATUAN SURI FELDA turut melibatkan aktiviti sosial dan kebajikan dengan agensi dan komuniti luar FELDA.  Sepanjang tahun 2018, PERSATUAN SURI FELDA telah menjayakan sebanyak  51 aktiviti dan program anjuran setiap biro di peringkat FELDA dan Kumpulan FGV.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli PERSATUAN SURI FELDA tentang pelbagai aktiviti kemasyarakatan di rancangan di samping ramah mesra antara pengerusi peringkat ibu pejabat dan wilayah, petugas Felda dan petugas kumpulan FGVH. Selain itu ia dapat membina jaringan hubungan sillaturrahim antara semua ahli sesuai dengan peranan dan fungsi SURI sebagai salah satu badan bukan kerajaan (NGO) untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan. Terdapat juga beberapa program ini akan bekerjasama dengan jawatankuasa dari  PUSPANITA dan badan luar seperti NCWO.

Borang Keahlian SURI  Pautan ke Facebook SURI

Visi & Misi

Visi Penubuhan :

  • Merapatkan hubungan silaturrahim dan menjalinkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli, keluarga dan persatuan wanita lain

Misi :

  • Merancang & melaksana aktiviti amal, kebajikan serta menambah pengetahuan dan kemahiran demi meningkatkan prestasi dan tanggungjawab sebagai seorang individu, isteri, ibu, pekerja dan anggota masyarakat.
  • Menyediakan platform bagi ahli untuk bertukar-tukar fikiran demi kemajuan bersama sebagai wanita berkualiti.
  • Transformasi peranan wanita sejajar dengan perubahan masa kini.
Aktiviti

AKTIVITI TELAH DIADAKAN MELIBATKAN AHLI SURI DALAM TAHUN 2018

Bil Aktiviti Tempat Tarikh
 1 Program Lawatan ke Felda Chuping & MSM Perlis Chuping Perlis 12 Jan 2018
 2 Program Jati Diri SURI di Langkawi Langkawi Kedah  3 & 14 Jan 2018
3 Program lawatan SURI ke MSM Menara Felda 15 Feb 2018
4 Pertandingan Bola Jaring Felda Anjung Felda Apr 2018
5 Majlis Marhaban Ramadhan bersama Ustazah Dr Robiah Kulup Menara Felda 15 Mei 2018
6 Majlis Khatam Al Quran Perdana bersama WADA, Puspanita dan SURI Menara Felda 7 Jun 2018
7 Pertandingan Bowling SURI Wangsa Walk 27 Jul 2018
8 Majlis Meraikan Bakal Hajah Menara Felda 12 Jul 2018
9 Majlis Makan Malam NCWO Dewan Perdana Felda 2 Ogos 2018
10 Majlis Sambutan Maal Hijrah Menara Felda 13-15 Sept 2018
11 Lawatan ahli SURI ke Hokaido Jepun Hokaido Jepun Julai 2018
12 Lawatan Ahli SURI ke Hawaii Hawaii Julai 2018
13 Program SUFMA Sabah Ogos 2018

 

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1