Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
   CPO : RM 2,650.50 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Media Keratan Akhbar 2019 Tanah FELDA dicantum menjadi estet besar - PM
 
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berucap ketika merasmikan majlis Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 2019 di Padang Awam, Felda Selancar 3, Rompin. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

ROMPIN: Kerajaan merancang menjadikan FELDA sebagai sebuah estet besar yang diurus pakar terlatih dalam pengurusan estet bagi meningkatkan pendapatan peneroka susulan kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata bagi melaksana inisiatif itu, kerajaan akan menyusun semula pentadbiran dan pengurusan ladang milik FELDA di seluruh negara.

Katanya, langkah sedemikian diperlukan bagi membolehkan FELDA menghasilkan sumber pendapatan baharu sekali gus tidak terlalu bergantung kepada pendapatan getah dan kelapa sawit.

“Apabila kita bergantung pada hanya satu jenis tumbuhan saja, bila jatuh maka kita akan menderita, waktu itu kita akan perlukan subsidi.

“Sekarang ini kerajaan tidak beri pun subsidi pada ladang besar (milik swasta) ini, tetapi kalau harga jatuh pun, mereka tidak terlalu rugi sebab mereka miliki ladang yang besar,” katanya berucap pada Sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2019 di FELDA Selancar 3, di sini.

Yang turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar.

Pada majlis sama, Dr Mahathir juga menyampaikan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) 2018 kepada FELDA Selancar 3, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

Selain mencantumkan ladang FELDA menjadi estet besar, beliau berkata kerajaan juga bercadang menanam jenis tumbuhan lain yang boleh memberi pulangan.

“Di Pahang ini, saya sudah lihat ada ladang nanas yang besar (dengan keluasan) 200 ekar dan 300 ekar. Sekarang ini ada pula yang menanam durian yang begitu diminati orang di China.

“Di Perlis, Kedah ada tanaman mangga yang juga boleh memberi pulangan kepada petani.

Ada lain jenis tumbuhan buah-buahan yang boleh beri pendapatan kepada kita setiap hari. Bahkan pokok bunga pun kita boleh jual,” katanya.

Dr Mahathir berkata, setiap tahun kerajaan perlu mengimport sekitar RM60 bilion sayur dari negara asing bagi keperluan negara, yang jelas satu kerugian.

“Sebaliknya sayur ini boleh ditanam di Malaysia. Jadi, apabila harga getah, kelapa sawit jatuh, kita masih dapat pendapatan daripada nanas, durian, mangga dan lain-lain tumbuhan.

“Katakanlah 10 peratus tanah yang dicantum ini diusahakan dengan tanaman lain, kita boleh bergantung kepada penjualan sayur dan buah-buahan yang ditanam oleh kita sendiri. Ini akan mengurangkan kita dari bergantung kepada subsidi,” katanya.

Sumber : Berita Harian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/582078/tanah-felda-dicantum-menjadi-estet-besar-pm

Kaji Selidik Portal