Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.
 
     | 
CPO : RM 4,534.00 (per tan)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Berita Terkini Smart Plantation Management Solutions (SPMS)

SPMS

FELDA telah memperkenalkan Smart Plantation Management Solutions (SPMS) dengan penggunaan teknologi dron bagi kerja pemetaan dirian pokok sawit di ladang FELDA. Sejumlah 26 buah rancangan selesai fasa pertama dengan data 4.3juta dirian pokok sawit. Pemetaan ini berjaya mengenalpasti dirian pokok, tahap kesihatan dan mengenalpasti ‘vacant spot’ yang direkod dan boleh di akses oleh Pengurus rancangan melalui aplikasi mudah alih SPMS.

Pelaksanaan ini akan menjimatkan RM2.3 juta kos operasi (pembajaan) dengan jumlah dirian pokok sawit sebenar. Fasa kedua SPMS kini sedang dilaksanakan di rancangan di pantai timur dan seterusnya di seluruh rancangan FELDA. Melalui SPMS, Peningkatan hasil ladang akan meningkatkan pendapatan peneroka dalam sektor perladangan.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

Kaji Selidik Portal