WEB.jpg
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
aduan_slider-01.jpg
7_-_Web_Fortune_500.jpg
Media_Sosial_WEB032022.jpg
WAQAF_WEB032022.jpg
previous arrow
next arrow
  • LATAR BELAKANG

    Unit Audit Dalam (UAD) telah ditubuhkan mulai 1 Januari 2008, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 mengenai “Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian/ Jabatan Persekutuan/ dan Kerajaan Negeri”. Ianya menjadi sebahagian dari komponen kawalan dalaman FELDA bagi membantu menilai tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa. Bidang tugas UAD adalah meliputi pengauditan di Jabatan, Wilayah dan Rancangan serta Badan Jawatankuasa Kemajuan Kerja Rancangan (JKKR). Visi Jabatan ini adalah untuk menjadi penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan/ perolehan dan meningkatkan akauntibiliti tadbir urus oleh kakitangan di semua peringkat.

    OBJEKTIF

    1. Mempertingkatkan keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko proses tadbir urus serta tahap pengurusan dan akauntabilti di FELDA.
    2. Memberi pandangan bebas (independent) dan memberi kepastian (assurance) terhadap keberkesanan proses kawalan dalaman (internal controls) di FELDA.
    3. Membantu pengurusan mencapai matlamat dan program yang telah dirancang melalui penggunaan sumber yang ekonomik, cekap serta berkesan.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    1 Menilai kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi. Memastikan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan sistem kewangan berkesan. Melaksanakan sistem kewangan dengan cekap dan mengikut peraturan.
    2 Menilai tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa. Menyemak tahap pematuhan yang dilaksanakan oleh wilayah. Mematuhi semua dasar, undang-undang peraturan dan arahan yang ada.
    3 Menilai keberkesanan pelaksanaan program dan projek pembangunan dilaksanakan secara berhemat, cekap dan berkesan. Memantau projek pembangunan di rancangan. Memastikan KPI dicapai.
    4 Menentukan aset dan harta organisasi diurus dan diselenggara dengan selamat dan teratur selaras dengan peraturan-peraturan semasa. Memeriksa pengurusan bekalan ke rancangan dari masa ke semasa. Melaksanakan pengurusan belakan mengikut peraturan.
    5 Memeriksa sistem kewangan selaras dengan peraturan semasa. Membantu rancangan menjalankan urusan kewangan. Memahami semua peraturan yang sedia ada.
    6 Memberi nasihat/ pandangan mengenai kawalan dalaman. Mengumpul dan mengupas isu dari rancangan. Memberi maklum balas dari masa kesemasa.
    7 Menentukan perbelanjaan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Memantau dan menyediakan rumusan dan perbelanjaan. Memastikan peruntukan diperolehi sebelum membuat perbelanjaan.
    8 Menilai sistem pengurusan berasaskan komputer dari sudut keselamatan dan perjalanan sistem. Memberi bimbingan kepada petugas rancangan. Memahirkan diri dalam modul-modul yang dilaksanakan.
    9 Melaporkan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga dan Pihak Pengurusan berkenaan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. Memberi ulasan terhadap penemuan dalam laporan audit. Mengambil tindakan terhadap teguran audit.
    10 Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Dalam Memberi kerjasama supaya pengauditan dapat dilaksanakan mengikut jadual. Menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh audit.

    PROGRAM UTAMA

    Fokus utama Unit Audit Dalam adalah bagi melaksanakan pengauditan di FELDA merangkumi Jabatan, Wilayah dan Rancangan. Jumlah pengauditan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 253 unit organisasi seperti pecahan berikut :-

    Unit Organisasi Bilangan Unit Yang Ada Pusingan Pengauditan (Cycle) Bilangan Pengauditan 2017
    Rancangan 305 2 tahun sekali 150
    Pejabat Wilayah 11 3 tahun sekali 3
    Jabatan –Jabatan di Ibu Pejabat 15 2 tahun sekali 5
    Jawatankuasa Kemajuan Kerja Rancangan (JKKR) 210 2 tahun sekali 95
    JUMLAH 541   253
  • LATAR BELAKANG

    Unit ini adalah merupakan suatu unit yang dinamakan sebagai Unit Undang-Undang dan telah ditubuhkan pada 21 Julai 2008 selaras dengan tugasnya untuk memberi nasihat perundangan kepada pihak pengurusan FELDA, Jabatan-jabatan, Pejabat Wilayah serta Pejabat Rancangan dari aspek perkhidmatan sokongan (support service) di dalam hal ehwal yang melibatkan sistem Perundangan dan Perlembagaan Malaysia.

    OBJEKTIF

    1. Memberi perkhidmatan perundangan yang bertaraf professional, bermutu tinggi dan bertindak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) dan undang-undang yang terpakai di Malaysia dengan cekap, adil dan saksama.
    2. Menjaga hak dan kepentingan FELDA dari sudut perundangan dan memastikan kepentingan FELDA sentiasa diutamakan di dalam setiap transaksi perjanjian dengan pihak kedua.
    3. Mengemaskini serta memperbaharui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan menyediakan, menggubal dan/ atau menyemak deraf Undang-Undang Kecil, Perintah, Pekeliling serta Kaedah sama ada baru atau pindaan.
    4. Membantu Jabatan-jabatan lain dalam mengatasi masalah-masalah yang melibatkan isu-isu perundangan.
    5. Membantu serta menasihati FELDA di dalam penyediaan dokumen-dokumen perjanjian.
    6. Menyemak segala dokumen perjanjian dan sebarang dokumen yang mempunyai kesan dari segi dan di sisi undang-undang sebelum sesuatu perjanjian itu dimuktamadkan.

    FUNGSI DAN PERANAN

    • Memberi khidmat nasihat, pendapat dan pandangan kepada pengurusan FELDA, Jabatan-jabatan, Pejabat Wilayah serta Pejabat Rancangan yang meliputi segala aspek perundangan dan menjaga kepentingan FELDA samada secara bertulis atau lisan.
    • Mengawalselia dan memantau segala perkara yang melibatkan aspek perundangan.
    • Menyedia dan menyemak dokumen-dokumen perjanjian dan dokumen lain yang mempunyai kesan dari segi dan di sisi undang- undang.
    • Membuat semakan undang-undang (law revision) terhadap mana-mana peruntukan atau mana-mana perundangan utama dan subsidiari sepertimana yang diperlukan oleh Pengurusan FELDA.
    • Melantik panel peguam serta memantau pengendalian dan perjalanan kes oleh panelpanel peguam dalam mengendalikan kes yang diberikan.
    • Menyemak undang-undang, peraturanperaturan, kaedah-kaedah dan dokumen perundangan lain yang melibatkan FELDA.

    PROGRAM UTAMA

    1. Pengurusan kes-kes di Mahkamah.
    2. Pengurusan hal ehwal perundangan Jabatan/ Unit/ Wilayah/ Rancangan.
    3. Pelantikan panel-panel peguam.
    4. Rundingan/ perbincangan dengan pihak luar dan/atau panel peguam mengenai sesuatu kes atau perjanjian.
    5. Menyediakan dokumentasi-dokumentasi yang diperlukan bagi penyediaan kes-kes di mahkamah dan perjanjian-perjanjian yang melibatkan FELDA.
    6. Menguruskan serta membantu saksi-saksi memberi keterangan di mahkamah.
    7. Penyediaan dan semakan perjanjian – perjanjian berkaitan dengan FELDA.
    8. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan isu-isu perundangan dari masa ke semasa.
  • LATAR BELAKANG

    Bermula dengan penggabungan Unit Pengurusan Risiko & Integriti dan Jabatan QC, R&D, Teknologi Baharu, KPI & KRA pada 15 Jun 2016, Unit Pengurusan Risiko/ Integriti (UPRI) diwujudkan sebagai sebuah unit sokongan kepada Pengurusan FELDA, di bawah Pengarah Besar FELDA. Berperanan utama dalam meningkatkan kualiti dan tahap perkhidmatan FELDA melalui Pengurusan Kualiti, Pengurusan Risiko, Pengukuhan Integriti, Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Baharu, kumpulan sasaran UPRI adalah terdiri daripada semua petugas FELDA.

    OBJEKTIF

    1. Pengurusan Risiko
      • Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko Korporat (ERM) di FELDA
      • Menyediakan Laporan Profil Risiko Korporat dan tindakan mitigasi bagi kegunaan FELDA
      • Memastikan komitmen pengurusan melalui Jawatankuasa Risiko FELDA
    2. Pengukuhan Integriti
      • Menerapkan nilai-nilai integriti secara menyeluruh di FELDA menerusi Program Jelajah Integriti FELDA, Integrity Pack dan lain-lain program
      • Memperkasa tadbir urus dan mekanisme kawalan dalaman bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanan tugas dan fungsi jabatan/Wilayah dan rancangan
    3. Keselamatan Perlindungan
      • Memastikan kriteria-kriteria keselamatan perlindungan di FELDA dipatuhi berdasarkan Buku Arahan Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (PKPKKM)
      • Memastikan kesedaran berhubung keselamatan perlindungan dapat diterapkan di kalangan petugas-petugas FELDA di Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan
    4. Pengurusan Kualiti (ISO, 5S, KIK, Lean Management, KPI dan OSH)
      • Mengekalkan pembaharuan pensijilan ISO sekali bagi setiap tiga tahun dan menyediakan SOP
      • Melaksanakan projek-projek KIK dalam semua jabatan, unit, wilayah dan rancangan yang dipilih
      • Mengambil bahagian sekurang-kurangnya 1 projek KIK dalam Konvensyen KIK Jabatan Perdana Menteri/ MPC/ Negeri
      • Memastikan semua wilayah dan rancangan melaksanakan 5S untuk mendapatkan pensijilan 5S yang disahkan oleh MPC
      • Untuk melaksanakan Lean Management Projects di jabatan/ wilayah yang dipilih
      • Memastikan semua jabatan, unit dan wilayah melaksanakan KPI dan KRA dengan mengemukakan laporan bulanan sebelum 10 haribulan setiap bulan yang akan digunakan sebagai kayu pengukur dalam penilaian prestasi Jabatan, Unit, Wilayah, Rancangan dan kakitangan
      • Meningkatkan kesedaran dan membudayakan petugas FELDA dalam isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
      • Memastikan Keselamatan, kesihatan & Kebajikan petugas di tempat kerja dan mematuhi garis panduan pelaksanaan keselamatan & kesihatan pekerjaan (KKP) dalam persekitaran kerja
    5. R&D dan Teknologi Baharu
      • Melaksanakan projek penyelidikan dan penggunaan teknologi baharu (TOT) berskala kecil (perintis) yang sesuai bagi meningkatkan produktiviti dan berpotensi memberi nilai tambah kepada FELDA
      • Menyediakan syor bagi projek yang telah tamat untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan FELDA untuk pelaksanaan secara berkala
    6. Penerbitan
      • Menerbitkan 4 jilid Majalah Pengurus
      • Menerbitkan buku FELDA

    FUNGSI DAN PERANAN

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan/Projek
    A. Pengurusan Risiko
    1. Menerima dan menyemak Daftar Risiko 2018 Jabatan, Unit dan Wilayah.
    2. Menyediakan Laporan Profil Risiko Korporat 2018.
    1. Menyediakan dan melengkapkan Daftar Risiko Wilayah 2018.
    2. Memajukan Daftar Risiko Wilayah 2018 kepada UPRI.
    • Menyediakan dan memajukan maklumat berkaitan penyediaan Daftar Risiko Wilayah kepada Wilayah.
    • Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko di FELDA.
    • Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko di peringkat Wilayah.
    • Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko di peringkat Rancangan.
    1. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Risiko FELDA 2017.
    2. Meminitkan dan menyediakan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Risiko FELDA 2017.
    3. Merumuskan Laporan Mitigasi bulanan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Risiko FELDA 2017.
    • Menyediakan Laporan Mitigasi bulanan Wilayah dan dimajukan kepada Ibu Pejabat mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
    • Memajukan maklumat berkaitan penyediaan Laporan Mitigasi bulanan Wilayah kepada Wilayah.
    B. Pengukuhan Integriti
    • Melaksanakan program-program integriti peringkat Ibu Pejabat dan Wilayah dengan tujuan membudayakan penginstitusian dan pelaksanaan integriti di FELDA.
    1. Bekerjasama dengan pihak Ibu Pejabat dan bertindak sebagai Pegawai Penyelaras bagi pelaksanaan program-program integriti di peringkat Wilayah.
    2. Bersatu membudayakan penginstitusian dan pelaksanaan integriti di peringkat Wilayah.
    1. Memberi kerjasama kepada pengurusan Wilayah dengan memastikan penyertaan dan kehadiran petugas Rancangan ke program-program integriti di peringkat Wilayah.
    2. Bersatu membudayakan penginstitusian dan pelaksanaan integriti di peringkat Rancangan.
    1. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus FELDA (JITU).
    2. Meminitkan dan menyediakan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat JITU FELDA.
    3. Menerima dan merumuskan laporan maklumbalas integriti dan tadbir urus Jabatan/ Unit daripada Integrity Champion yang telah dilantik.
    • Menyediakan laporan maklumbalas integriti dan tadbir urus Wilayah dan memajukannya kepada UPRI.
    • Memajukan maklumat berkaitan penyediaan laporan maklumbalas integriti dan tadbir urus kepada Wilayah.
    C. Keselamatan Perlindungan
    1. Menyediakan panduan keselamatan perlindungan kepada petugas di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
    2. Melaksanakan pengauditan dalaman keselamatan perlindungan ke Ibu Pejabat/ Wilayah/ Rancangan.
    3. Menyediakan rumusan pengauditan dalaman keselamatan perlindungan dan maklumbalas laporan untuk penilaian.
    4. Menganjurkan kursus/ latihan keselamatan perlindungan dengan tujuan meningkatkan kesedaran petugas Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan terhadap kepentingan pematuhan kepada keselamatan perlindungan.
    1. Bekerjasama dengan pengurusan Ibu Pejabat dalam anjuran kursus/ latihan di peringkat Wilayah berkaitan pematuhan keselamatan perlindungan.
    2. Memastikan petugas Wilayah mematuhi panduan keselamatan perlindungan yang telah disediakan.
    1. Bekerjasama dengan pengurusan Wilayah dengan memastikan penyertaan dan kehadiran petugas Rancangan ke kursus/ latihan di peringkat Wilayah.
    2. Memastikan petugas Rancangan mematuhi panduan keselamatan perlindungan yang telah disediakan.
    D. Pengurusan Kualiti
    1. Menyediakan dasar kualiti dan kursus/ latihan kepada petugas di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan dengan tujuan meningkatkan kepatuhan MS ISO ISO 9001:2008.
    2. Melaksanakan pengauditan dalaman ISO ke Ibu Pejabat/ Wilayah dan Rancangan.
    3. Menyediakan rumusan pengauditan dalaman ISO dan maklumbalas laporan untuk penilaian.
    1. Bekerjasama dengan pengurusan Ibu Pejabat dalam anjuran kursus/ latihan di peringkat Wilayah berkaitan pematuhan dasar kualiti.
    2. Memastikan petugas Wilayah mematuhi dasar kualiti yang telah disediakan.
    1. Bekerjasama dengan pengurusan Wilayah dengan memastikan penyertaan dan kehadiran petugas Rancangan ke kursus/ latihan di peringkat Wilayah.
    2. Memastikan petugas Rancangan mematuhi dasar kualiti yang telah disediakan.
    1. Memantau pengisian data pencapaian KPI FELDA daripada peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan melalui Sistem e-KPI mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
    2. Menyediakan Laporan Rumusan Eksekutif Bulanan kepada pengurusan FELDA.
    1. Mengisi data pencapaian KPI Wilayah di dalam Sistem e-KPI mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
    2. Memantau dan memastikan KPI Wilayah dicapai.
    • Memastikan KPI Rancangan dicapai.
    1. Menganjurkan program pembudayaan kreativiti dan inovatif di FELDA.
    2. Melaksanakan projek KIK sekurang-kurang 1 projek bagi setiap Jabatan dan Unit.
    3. Menganjurkan program pelaksanaan projek KIK, latihan/ kursus KIK di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
    4. Membuat penilaian dan menghantar penyertaan KIK FELDA ke Konvensyen KIK peringkat agensi luar.
    1. Menyokong dan membudayakan kreativiti dan inovatif di peringkat Wilayah.
    2. Melaksanakan projek KIK sekurang-kurangnya 1 projek bagi setiap Wilayah.
    3. Menyertai program pelaksanaan projek KIK, latihan/ kursus KIK peringkat Wilayah.
    • Menyokong dan membudayakan kreativiti dan inovatif di peringkat Rancangan.
    1. Menyediakan panduan amalan persekitaran kerja yang komprehensif melalui pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat FELDA.
    2. Melaksanakan pengauditan dalaman EKSA di peringkat Ibu Pejabat.
    3. Melaksanakan pengauditan dalaman Amalan 5S di peringkat Wilayah dan Rancangan.
    4. Menyediakan rumusan dan laporan maklumbalas pengauditan dalaman EKSA FELDA untuk penilaian pengurusan FELDA.
    1. Memastikan ruang pejabat dan persekitaran kerja Wilayah mematuhi panduan 5S/ EKSA yang telah digariskan oleh pengurusan FELDA.
    2. Menerima laporan maklumbalas pengauditan dalaman 5S/ EKSA peringkat Wilayah untuk penambahbaikan.
    1. Memastikan ruang pejabat dan persekitaran kerja Rancangan mematuhi panduan 5S/ EKSA yang telah digariskan oleh pengurusan Ibu Pejabat.
    2. Menerima laporan maklumbalas pengauditan dalaman EKSA peringkat Rancangan untuk penambahbaikan.
    1. Menyampaikan panduan pembudayaan Lean Management ke peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
    2. Melaksanakan projek Lean Management di peringkat Jabatan/ Unit/ Wilayah yang terpilih.
    3. Mengadakan kursus/ latihan/ sesi pembentangan dengan agensi yang dilantik bagi tujuan penilaian projek Lean Management FELDA.
    4. Membudayakan Lean Management di peringkat Ibu Pejabat untuk tujuan memaksimumkan penjimatan kos kerja.
    1. Menubuhkan projek Lean Management peringkat Wilayah jika terpilih.
    2. Membudayakan Lean Management di peringkat Wilayah untuk tujuan memaksimumkan penjimatan kos kerja.
    • Membudayakan Lean Management di peringkat Rancangan untuk tujuan memaksimumkan penjimatan kos kerja.
    1. Mengadakan program-program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan dengan tujuan menghebahkan kepentingan pematuhan kepada akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
    2. Menyediakan ruang kerja Ibu Pejabat yang selamat dan dilengkapi dengan alatan keselamatan yang mencukupi.
    3. Menyediakan bilik rawatan kecemasan peringkat Ibu Pejabat dan jadual tugasan anggota ERT untuk persediaan semasa waktu kecemasan.
    1. Menyediakan ruang kerja dan alatan keselamatan yang selamat kepada pengurusan dan persekitaran Wilayah.
    2. Menghebahkan kepentingan pematuhan kepada akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di peringkat Wilayah.
    1. Menyediakan ruang kerja dan alatan keselamatan yang selamat kepada pengurusan dan persekitaran Rancangan.
    2. Menghebahkan kepentingan pematuhan kepada akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di peringkat Rancangan.
    1. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti.
    2. Meminitkan dan menyediakan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti.
    • Memajukan maklumat peringkat Wilayah berkaitan penyediaan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti kepada Ibu Pejabat.
    • Memajukan maklumat peringkat Rancangan berkaitan penyediaan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti kepada Wilayah.
    E. R&D dan Teknologi Baharu
    • Melaksanakan kajian perintis melalui penyelidikan dan penggunaan teknologi baharu (TOT).
    • Membantu dalam menjalankan dan memantau kemajuan projek perintis di peringkat Rancangan.
    • Menyediakan maklumat yang tepat dan lengkap tentang kawasan kajian.
    • Memantau kemajuan projek perintis dan melaporkan kepada pihak pengurusan FELDA.
    • Melaporkan isu-isu berbangkit berkaitan dengan projek yang dijalankan di Rancangan.
    • Membantu dan memberikan kerjasama dalam melaksanakan projek perintis di peringkat Rancangan.
    F. Penerbitan
    1. Menerbitkan Majalah Pengurus.
    2. Menerbitkan Buku FELDA.
    • Memajukan artikel ke Ibu Pejabat bagi penerbitan Majalah Pengurus.
    • Memajukan artikel ke Ibu Pejabat bagi penerbitan Majalah Pengurus.

    PROGRAM UTAMA

    1. Daftar Risiko Korporat 2018.
    2. Laporan Profil Korporat 2018.
    3. Mesyuarat Jawatankuasa Risiko FELDA.
    4. Hari Integriti & Tadbir Urus FELDA.
    5. Program-program pembudayaan integriti di kalangan petugas FELDA di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
    6. Pengauditan dalaman ISO di Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
    7. Bengkel/ latihan pemantapan ISO dan penyediaan SOP.
    8. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti.
    9. Pengauditan dalaman Keselamatan Perlindungan.
    10. Pengisian data tapisan keselematan perlindunan melalui Sistem e-Vetting.
    11. Kursus/ latihan pematuhan keselamatan perlindungan.
    12. Konvesyen Kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK) FELDA.
    13. Kursus/ latihan pembudayaan KIK.
    14. Pengauditan dalaman 5S dan EKSA.
    15. Kursus/ latihan pematuhan amalan 5S dan EKSA.
    16. Projek Lean Management.
    17. Pemantauan pencapaian KPI FELDA melalui Sistem e-KPI.
    18. Laporan Rumusan Eksekutif Bulanan KPI FELDA.
    19. OSH Day.
    20. Fire Drill.
    21. Program/ latihan kesedaran OSH dan rawatan kecemasan peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
    22. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan.
    23. Program/ kajian penyelidikan dan teknologi baharu.
    24. Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Projek/ Produk Baharu.
    25. Penerbitan Majalah Pengurus.
    26. Penerbitan Buku FELDA
  • LATAR BELAKANG

    Mulai Januari 2015, Unit Komunisi Korporat yang dulunya berstatus jabatan meneruskan tumpuan kepada mengurus dan memudahkan komunikasi dalaman dan luaran FELDA, di samping bertujuan untuk meningkat dan mengekalkan reputasi positif FELDA. Unit ini juga berperanan dalam pengurusan data dan maklumat termasuk pelaporan serta bahagian khidmat pelanggan. Unit ini bertanggungjawab terus kepada Pengarah Besar FELDA dan dipecahkan menjadi enam seksyen iaitu :

    • Perhubungan Awam
    • Pengurusan Aduan dan Hal Ehwal Parlimen
    • Komunikasi Dalaman dan Pengurusan Majlis
    • Pengurusan Maklumat
    • Pengurusan Tadbiran dan Kewangan

    OBJEKTIF

    1. Menyalurkan maklumat secara efektif dan efisien melalui media cetak, media elektronik dan media baharu.
    2. Meningkatkan imej FELDA selaras dengan misi dan visi FELDA di bawah usaha penjenamaan semula FELDA.
    3. Mengurus komunikasi dalaman dan luaran secara berkesan (surat edaran, laporan, e-mail, sms dan parlimen)
    4. Pengurusan maklumat FELDA yang mampu capai (accessible).
    5. Mengurus aduan berkaitan FELDA secara berpusat dan sistematik.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    1.0 Perhubungan Awam
    1. Merancang pelan komunikasi, promosi dan program publisiti untuk segala aktiviti dan hal ehwal korporat FELDA bagi meningkatkan reputasi serta memperkukuh identiti dan imej FELDA secara berterusan.
    2. Mengurus aspek perhubungan awam FELDA yang merangkumi hubungan media dan hubungan antara pihak luar dengan FELDA termasuk hubungan baik (rapport) dengan Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.
    3. Menyediakan dan mengedarkan analisis akhbar berkenaan isu semasa dan isu FELDA kepada semua Ketua Jabatan serta menyediakan teks ucapan
    4. Mengumpul maklumat dari media cetak dan data dalaman untuk penyediaan teks ucapan.
    5. Menyediakan maklumat yang lengkap dan tepat bagi bahan edaran dan menggunakan secara efektif melalui saluran media cetak, media elektronik seperti video korporat, sisipan akhbar, buletin, newsletter dan sebagainya.
    6. Mengurus lawatan rasmi dan kunjungan pelawat rasmi.
    7. Mewujudkan unit studio FELDA yang bertaraf profesional, selaras dengan taraf industri, bagi mengurus pengambilan gambar dan merakam video program berimpak tinggi FELDA.
    1. Menyalurkan maklumat yang tepat dan terkini apabila diperlukan.
    2. Mematuhi standard operating prosedur komunikasi, media polisi yang ditetapkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat dan Koordinasi.
    3. Memantau dan memastikan maklumat yang akan diberi kepada warga peneroka dan pihak awam adalah tepat dan sahih.
    4. Memastikan logo, kod warna dan motto FELDA yang betul digunakan dalam majlis atau program di peringkat negeri dan daerah.
    1. Menggunakan (utilize) institusi peneroka, penerokawati dan belia rancangan untuk menyampai atau menyalurkan maklumat kepada akar umbi.
    2. Sentiasa mengemaskini data untuk tujuan ketepatan dan kesahihan maklumat
    1.1 Komunikasi Dalaman & Pengurusan Majlis
    1. Mewujudkan dan memperkukuh komunikasi dalaman FELDA.
    2. Mengurus program rasmi FELDA secara tersusun dan sistematik, mengikut protokol yang betul.
    3. Memastikan penyampaian maklumat dilaksanakan seperti yang dirancang dan memenuhi keperluan pengurusan (seperti SMS Blasting, Website, E-mail, memo, surat edaran dan sebagainya).
    4. Menyelaras dan mengurus kerja-kerja percetakan dalaman (buku program, risalah, kad jemputan, akhbar 1Suara, akhbar Sisipan Utusan dan lain-lain berdasarkan permintaan dari semasa ke semasa).
    5. Menguruskan penggunaan dewan dan bilik-bilik mesyuarat di bangunan Menara FELDA.
    1. Melaksanakan program yang ditetapkan serta menyediakan tempat dan peralatan yang memenuhi standard profesional.
    2. Mengemaskini maklumat yang terkini dan tepat untuk sesuatu program dan bila diperlukan.
    3. Mendapatkan maklumat dari rancangan untuk di panjangkan ke pihak ibu pejabat.
    4. Menyalurkan maklumat dari Ibu Pejabat dengan berkesan kepada rancangan.
    1. Menggunakan (utilize) institusi peneroka, penerokawati dan belia rancangan untuk menyampai atau menyalurkan maklumat kepada akar umbi.
    2. Mengemaskini maklumat yang tepat mengenai rancangan dan warga peneroka.
    3. Menyampaikan maklumat yang tepat kepada warga FELDA
    2.0 Parlimen & Tugas-tugas Khas
    1. Menyelaraskan jawapan parlimen dan mengurus hal ehwal berkaitan Parlimen.
    1. Menyalurkan maklumat apabila diperlukan.
    1. Sentiasa mengemas kini data untuk tujuan ketepatan dan kesahihan maklumat
    3.1 Pengurusan Aduan (F1CC)
    1. Memantau, mengurus dan menyelaras maklum balas aduan dan cadangan yang diterima melalui akhbar, surat, laman web dan individu yang hadir sendiri, aduan yang diterima melalui Pusat Panggilan Setempat Kerajaan (1MOCC) serta Biro Pengaduan Awam, untuk memastikan sistem pengurusan aduan yang berkesan dan efisien melalui Sistem Panggilan Satu Pusat FELDA (F1CC) dan di direkodkan serta di dokumenkan secara sistematik.
    1. Mengambil tindakan segera dengan meneliti dan membuat siasatan terhadap aduan yang diterima. Memastikan juga aduan dapat diberi maklum balas ke Seksyen Aduan Ibu pejabat FELDA dalam tempoh ditetapkan untuk tindakan selanjutnya.
    1. Membuat siasatan dan mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan sesuatu aduan untuk dilaporkan di peringkat Wilayah dan Ibu Pejabat.
    4.0 Pengurusan Tadbiran
    1. Bertanggungjawab berkenaan cuti dan kehadiran petugas Jabatan.
    2. Menyemak dan memastikan keperluan Jabatan seperti alat tulis, peralatan pejabat dan lain-lain, sentiasa mencukupi.
    3. Memastikan proses pembekalan stok dilakukan mengikut prosedur dan norma yang telah ditetapkan oleh Pengurusan FELDA.
    4. Bertanggung jawab terhadap urusan dokumentasi jabatan seperti Laporan KRA, KPI, 5S, MPK, Fail Meja dan lain-lain.
    5. Menguruskan hal-hal berkaitan bayaran kepada vendor yang terlibat dalam urusan peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan yang berkaitan Jabatan Komunikasi Korporat dan Koordinasi (UKK)
    1. Memastikan dokumen berkaitan bayaran di semak kesahihannya sebelum dikemukakan kepada JKK
    1. Menyemak dan mengesahkan kerja-kerja yang dijalankan telah dibuat dengan sempurna sebelum sebarang tuntutan dilakukan.
    4.1 Pangkalan Data Warga Peneroka
    1. Menambahbaik sistem pangkalan data keluarga dan generasi baru yang sedia ada supaya lebih mudah dan fleksibel untuk digunakan oleh pengguna.
    2. Memperkemaskan pemantauan Projek Pangkalan Data Warga peneroka dengan kerjasama jabatan/unit yang berkenaan, dan pihak wilayah.
    3. Disertakan rumusan data terkini dan data anggaran sepatut ada.
    4. Menyelaras program kesedaran mengenai kepentingan maklumat warga peneroka (data utama pengurusan FELDA) di peringkat wilayah dan rancangan.
    5. Menyediakan laporan kepada pihak pengurusan tertinggi setiap 3 bulan.
    Direktori FELDA
    1. Mendapatkan maklumat terkini daripada pihak Wilayah.
    2. Berhubung dengan Jabatan Sumber Manusia bagi mendapatkan data terkini petugas FELDA.
    1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengguna di peringkat wilayah dan rancangan.
    2. Laporkan masalah berkaitan sistem kepada Unit Komunikasi Korporat bagi tujuan penambahbaikkan.
    3. Memastikan rancangan di bawah tadbiran wilayah masing-masing mengemaskini data keluarga dan generasi baru setiap bulan.
    4. Laporan data perlu dihantar kepada Unit Komunikasi Korporat 5hb setiap bulan.
    5. Memantau proses memasukkan dan mengemaskini data oleh pihak rancangan.
    6. Membantu melaksanakan aktiviti/program kesedaran mengenai kepentingan maklumat warga peneroka kepada para petugas, pemimpin peneroka dan warga peneroka di peringkat rancangan.
    Mengemaskini maklumat direktori wilayah dan rancangan serta menyalurkan maklumat tersebut kepada Unit Komunikasi Korporat FELDA.
    1. Laporkan masalah berkaitan sistem kepada pihak wilayah untuk tujuan penambahbaikkan.
    2. Mengemaskini pangkalan data dengan maklumat yang tepat dan terkini.
    3. Bekerjasama dengan institusi peneroka, penerokawati dan belia rancangan untuk mendapatkan data keluarga dan gen-F.
    4. Membantu wilayah dan ibu pejabat dalam melaksanakan aktiviti/program kesedaran kepentingan data kepada para petugas, pemimpin peneroka dan warga peneroka
    4.0 Pengurusan Tadbiran
    1. Menyelaras dan mengurus kerja-kerja percetakan dalaman (buku program, risalah, dan lain-lain berdasarkan permintaan dari semasa ke semasa).
    2. Mengumpul, menyunting dan menyediakan Buku Program Kerja dan Laporan Tahunan setiap tahun, Laporan Suku Tahun setiap suku tahun, serta Laporan Prestasi Pengurusan dan Laporan Jabatan setiap bulan.
    1. Sentiasa mengemas kini data untuk tujuan ketepatan dan kesahihan maklumat.
    2. Menggunakan buku program dan laporan sebagai rujukan dalam menjalankan tugas supaya selaras dengan Ibu Pejabat.
    1. Sentiasa mengemas kini data untuk tujuan ketepatan dan kesahihan maklumat
    2. Menggunakan buku program dan laporan sebagai rujukan dalam menjalankan tugas supaya selaras dengan Ibu Pejabat.

    PROGRAM UTAMA

    1. Pengurusan Majlis – Majlis Rasmi FELDA seperti:
      • Sambutan Hari Peneroka FELDA (sekreteriat)
      • Ihya’ Ramadhan (sekreteriat)
      • Penyampaian Zakat oleh YAB Perdana Menteri
    2. Mesyuarat Pengurusan FELDA bersama YAB PM
    3. Penerbitan buku Laporan Tahunan FELDA
    4. Penerbitan buku Program Kerja FELDA
    5. Penyelarasan tugas-tugas dan Isu/Aduan di Parlimen
    6. Khidmat Pelanggan dan Pengurusan Aduan FELDA
    7. Pengurusan Data dan Maklumat
    8. Perhubungan awam:
      • Komunikasi Dalaman dan Luaran
      • Pengurusan Krisis
      • Perhubungan dan Pengurusan Media
    9. Pengurusan IT
      • Hardware dan Software
      • System SKB /F1CC /SLIS /SILK
  • LATAR BELAKANG

    FELDA turut mempunyai 11 wilayah dan setiap wilayah mempunyai rancangan masing-masing. Skop utama setiap wilayah adalah meliputi bidang perkebunan dan pembangunan komuniti.

    OBJEKTIF

    • Memaksimumkan pengeluaran hasil kebun peneroka sawit dan getah.
    • Memastikan pokok menerima baja mengikut syor agronomi
    • Meningkatkan kualiti hasil sawit.
    • Meningkatkan peranan dan fungsi Institusi Rancangan.
    • Menjadikan warga peneroka penyumbang kepada pembangunan ekonomi rancangan.
    • Memastikan Program Tanam Semula diurus mengikut Amalan Pertanian Baik.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Wilayah Rancangan
    Memastikan, memantau dan memberi khidmat nasihat semasa pelaksanaan kerja-kerja pertanian di rancangan. Melaksanakan dasar-dasar pertanian FELDA.
    Membuat analisa dan rumusan terhadap semua laporan daripada rancangan dan memajukan laporan tersebut ke Ibu Pejabat FELDA. Merekodkan semua kerja-kerja pertanian rancangan dan memajukan laporan ke wilayah secara harian, mingguan dan bulanan.
    Memantau penggunaan bajet di rancangan.
    • Menguruskan perbelanjaan melaksanakan projek.
    • Memantau dan melaporkan perbelanjaan projek.
    • Memastikan semua isu dan aduan dihantar ke ibu pejabat untuk diselaraskan.
    • Mendapatkan maklum balas dari rancangan.
    Menyampaikan maklumat terkini menerusi roll call, mesyuarat blok, mesyuarat JKKK/JKKR dan sebagainya.
    Menyemak dan memastikan segala permohonan lengkap, mengikut garis panduan dan pekeliling. Memastikan permohonan lengkap, mengikut garis panduan dan pekeliling sebelum dimajukan ke Pejabat Wilayah.
    • Melaksanakan program kerohanian di peringkat wilayah.
    • Memantau pelaksanaan program di peringkat rancangan.
    • Melaporkan maklumat terkini kepada Ibu Pejabat.
    • Memantau keceriaan dan kebersihan kawasan rancangan.
    • Melaksanakan program di peringkat rancangan.
    • Mengemaskini maklumat dan laporkan ke wilayah
    Memantau dan memastikan program dan aktiviti pendidikan dijalankan di peringkat rancangan. Bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti pihak sekolah untuk mengadakan dan memantau pelaksanaan aktiviti pendidikan seperti Skim Tuisyen FELDA, PPS Kem Subjek, agar mencapai matlamat.

    SOSIAL

    Lawatan ke Rumah Peneroka
    KRA Objektif KPI Inisiatif
    Lawatan Ke Rumah Peneroka Menjalinkan hubungan mesra antara warga Peneroka dan Petugas FELDA.
    • Bilangan rumah setiap kali lawatan bulanan.
    • Membuat pematauan bulanan.
    • Membuat rumusan dan melaporkan dalam Mesyuarat Pengurusan.
    • Membuat lawatan susulan ke rancangan tidak mencapai target.
    • Mengeluarkan surat peringatan kepada Pengurus yang tidak mencapai target.
    Mesyuarat Badan-badan Peneroka
    KRA Objektif KPI Inisiatif
    Pembangunan Badan-Badan Peneroka Meningkatkan peranan dan fungsi Institusi Rancangan Jumlah mesyuarat badan-badan peneroka
    • JKKR
    • GPW
    • Koperasi
    • Belia
    • Lawatan ke Rancangan
    • Menghadiri mesyuarat di Rancangan
    • Mendapatkan jadual
    • Memastikan minit dan tuntutan elaun dibuat setiap bulan.
    Keceriaan Kawasan Kampung
    KRA Objektif KPI Inisiatif
    Keindahan dan Keceriaan Kawasan Menjadikan kawasan kampung dan rumah peneroka bersih.
    • Bilangan rancangan mendapat Gred A
    • Lawatan Pemeriksaan Rancangan
    • Perbincangan Bersama Kampung Pengurusan Rancangan
    • Menyediakan Pelan Tindakan Rancangan
    • Memantau Perbelanjaan bajet keceriaan Kawasan Kampung
    • Memastikan kutipan bulanan dilaksanakan
    Latihan Kemahiran
    KRA Objektif KPI Inisiatif
    Latihan Kemahiran Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada Generasi Baru FELDA
    • Bilangan pelajar lepasan/kelulusan SPM 2013
    • Mengadakan Roadshow bersama kolej-kolej yang terlibat
    • Kempen berterusan kepada generasi baru yang masih berada di Rancangan masing-masing.
    Usahawan
    KRA Objektif KPI Inisiatif
    Menjadikan Warga Peneroka Berpendapatan Tinggi Tranformasi Koperasi Peneroka Peratus penyertaan warga peneroka dalam aktiviti non farm
    • Membuat Promosi produk-produk yang dikeluarkan
    • Menganjurkan kursus kepada usahawan yang terlibat mengikut kategori.
    • Menyemak data dalam sistem SEIS setiap Rancangan
    Menjadikan warga peneroka penyumbang kepada pembangunan ekonomi rancangan Nilai jualan aktiviti non farm
    • Membuat lawatan pemantauan ke Rancangan
    • Memastikan pengusaha menyertai promosi jualan yang dibuat oleh agensi yang berkaitan.
    • Menyemak data dalam sistem SEIS setiap Rancangan
    Menjadikan Warga Peneroka Berpendapatan Tinggi Tranformasi Koperasi Peneroka Peratus penyertaan warga peneroka dalam aktiviti non farm
    • Membuat Promosi produk-produk yang dikeluarkan
    • Menganjurkan kursus kepada usahawan yang terlibat mengikut kategori.
    • Menyemak data dalam sistem SEIS setiap Rancangan
    Tranformasi Koperasi Peneroka Meningkatkan perolehan koperasi peneroka Bilangan koperasi peneroka memperolehi perolehan RM1 juta setahun
    • Program Mentor-Mentee Perniagaan Koperasi dengan SKM

    PENTADBIRAN / TANAH / KEWANGAN / SUMBER MANUSIA

    Kutipan Hutang Peneroka
    KRA Objektif KPI Inisiatif
    Pengurusan kutipan hutang Mengurangkan hutang dan tunggakan terkumpul yang ditanggung oleh peneroka. Jumlah kutipanhutang (RM)
    • Pinjaman Perumahan
    • Pinjaman Komputer
    • Pinjaman SIUF
    • Pinjaman IPT
    • Pemantauan perbelanjaan bulanan bagi Rancangan dan Wilayah
    • Membuat rumusan dan laporan Mesyuarat Pengurusan
    Perbelanjaan
    KRA Objektif KPI Inisiatif
    Kewangan Memastikan perbelanjaan mengikut bajet yang diluluskan dan digunakan secara berhemah Peratus penggunaan bajet
    • Pemantauan perbelanjaan bulanan bagi Rancangan dan Wilayah
    • Membuat rumusan dan laporan Mesyuarat Pengurusan
qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1