WEB.jpg
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
aduan_slider-01.jpg
7_-_Web_Fortune_500.jpg
Media_Sosial_WEB032022.jpg
WAQAF_WEB032022.jpg
previous arrow
next arrow
  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Pentadbiran merupakan Jabatan yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan perolehan dan penyelenggaraan aset milik FELDA. Enam unit utama iaitu Kejuruteraan, Pertanian, Bekalan/Perkhidmatan, Urus Harta, Pentadbiran dan Pinjaman Peneroka dibentuk bagi melicinkan peranan jabatan. Meletakkan faktor ketepatan, ketelusan, kualiti dan integriti yang tinggi dalam setiap aspek dan perkara yang diuruskan.

    OBJEKTIF

    1. Perolehan dan Pentadbiran
      1. Menguruskan perihal kontrak bagi kerja kejuruteraan, pertanian, perkhidmatan dan bekalan mengikut peraturan yang ditetapkan;
      2. Memastikan perlaksanaan projek disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan; dan
      3. Mengeluarkan bayaran dalam tempoh yang dijadualkan serta mengikut syarat yang ditetapkan.
    2. Pengurusan Hartanah
      1. Mengurus dan menyelenggara bangunan/hartanah FELDA secara berjadual dan memberi pulangan yang optimum; dan
      2. Memastikan penyewa dibangunan FELDA mematuhi perjanjian penyewaan yang telah dimuktamadkan.
    3. Pengurusan Pinjaman
      1. Menguruskan hal ehwal pinjaman peneroka dengan segera dan mematuhi peraturan; dan
      2. Menyediakan pangkalan data yang mempunyai maklumat yang tepat/sahih.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    1. Kejuruteraan/Pertanian/Bekalan/Urus Harta
    a Menjalankan urusan penyediaan spesifikasi kerja. Memaklumkan status permulaan kerja yang hendak dilaksanakan. Memastikan kerja-kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan.
    b Menguruskan pembukaan dan penutupan tender. Memastikan kerja-kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan. Menyelia keseluruhan kerja.
    c Melaksanakan penilaian tender yang ditutup. Melaporkan status kemajuan projek setiap bulan. Membantu melaporkan status kemajuan projek setiap bulan.
    d Menyediakan surat lantikan dan dokumen perjanjian bagi kontrak yang ditawarkan. Membantu menyelesaikan permasalahan kontrak ditapak. Membantu menyelesaikan permasalahan kontrak ditapak.
    e Menguruskan pentadbiran kontrak berdasarkan kemajuan sebenar kerja-kerja yang dilaksanakan. Membantu memantau kemajuan projek di wilayah dan rancangan. Membantu memantau kemajuan projek di rancangan.
    f Melaksanakan lawatan dan pemantauan projek berdasarkan laporan kemajuan yang dikemukakan oleh Juru Perunding Projek. Membantu memantau kemajuan projek di wilayah dan rancangan. Membantu memantau kemajuan projek di rancangan.
    g Memproses tuntutan bayaran bagi setiap kontrak berdasarkan sistem yang digunakan. Membantu melaksanakan urusan bayaran. Membantu menyediakan tuntutan bayaran projek.
    h Menyediakan Kira-Kira Akhir bagi kontrak telah selesai. Mengesahkan status setiap projek yang telah siap dilaksanakan. Mengesahkan status setiap projek yang telah siap dilaksanakan.
    2. Pentadbiran
    a Menjalankan urusan tender. - Menjalankan aktiviti penjualan Borang Tender. - Menghantar permohonan ke Ibu Pejabat untuk urusan tender, 3 bulan sebelum perlaksanaan. Menghantar permohonan kerja ke wilayah untuk ditender 3 bulan sebelum perlaksanaan.
    b Menguruskan segala hal berkaitan kenderaan rasmi FELDA. Mengurus dan menyelenggara kenderaan-kenderaan rasmi FELDA di Wilayah dan rancangan. Menyediakan permohonan penghapusan dan menyelenggara kenderaan untuk kelulusan Wilayah dan Ibu Pejabat .
    c Menguruskan pembayaran bil-bil utiliti, telefon, fotostat, penerbangan, kad inden dan Touch n Go semua Jabatan. Menguruskan pembayaran bil utiliti, telefon, fotostat dan kad minyak. Merekodkan pergerakan/perjalanan/penggunaan kenderaan.
    d Menyediakan laporan-laporan rasmi Jabatan. Menyediakan laporan untuk dimajukan kepada Ibu Pejabat. Menyediakan maklumat kepada wilayah dan Ibu Pejabat.
    e Mengurus aktiviti bayaran dan pelepasan Deposit Jaminan kontrak. Mengurus aktiviti bayaran dan pelepasan Deposit Jaminan kontrak.  
    f Menyediakan maklumat dan menguruskan permohonan penghapusan aset.

    - Memajukan permohonan penghapusan aset ke Ibu Pejabat.

    - Menguruskan penghapusan aset di peringkat wilayah.

    Menyediakan permohonan penghapusan aset rancangan ke wilayah.
    3. Pinjaman Peneroka
    a Menguruskan kelulusan permohonan pinjaman baru bagi pinjaman pembesaran rumah peneroka. Menyemak dan memajukan permohonan pinjaman baharu ke Ibu Pejabat. Membuat semakan bagi permohonan pinjaman baru yang diterima.
    b Mengemaskini maklumat pinjaman yang telah diluluskan. Menyimpan rekod permohonan mengikut rancangan. Menyalurkan maklumat permohonan kepada Ibu Pejabat dan wilayah.
    c Menyediakan dokumen perjanjian pinjaman. Menguruskan pelaksanaan kerja mengikut kelulusan yang dikeluarkan. Membantu Ibu Pejabat dan Wilayah dalam mengemaskini maklumat pinjaman.
    d Memaklumkan status permohonan kepada pemohon. Melaporkan kepada Ibu Pejabat bagi kerja-kerja yang telah selesai dilaksanakan. Melaporkan status pelaksanaan kerja yang telah selesai untuk bayaran balik pinjaman.
    e Membantu menyelesaikan isu-isu berhubung pinjaman di rancangan. Memantau kemajuan kerja bagi pinjaman yang diluluskan.  
    f Memelihara dokumen perjanjian sehingga selesai pembayaran balik pinjaman. Menyampaikan dari masa ke semasa maklumat terkini berhubung pinjaman yang ditawarkan. Menyimpan dokumen berkaitan peminjam.
    4. Teknologi Maklumat
     

    i. Mengoptimumkan penggunaan portal FELDA secara sistematik mengikut fasa, termasuk pendaftaran dalam talian bagi semua jabatan untuk kemudahan kakitangan, pelanggan dan orang awam.

    ii. Mengurus dan memantau penggunaan perkakasan dan perisian ICT FELDA secara efisien dan efektif.

    iii. Memastikan operasi yang melibatkan ICT FELDA berjalan dengan lancar.

    iv. Sentiasa mengemas kini data untuk tujuan ketepatan dan kesahihan maklumat

    v. Menyelaraskan maklumat yang akan dikemas kini dalam laman web, sama ada berdasarkan pemantauan, permohonan atau arahan.

    vi. Mengkaji, merancang dan melaksanakan dasar ICT serta projek pembangunan ICT FELDA. vii. Meningkatkan penggunaan media baharu dalam urusan pengurusan dan komunikasi.

    i. Mengemas kini pangkalan data dengan maklumat yang tepat dan terkini.

    ii. Menyalurkan maklumat apabila diperlukan.

    iii. Menyalurkan kembali maklumat di peringkat wilayah dan rancangan yang sesuai untuk dimasukkan ke portal dan laman web FELDA.
    Sentiasa mengemas kini data untuk tujuan ketepatan dan kesahihan maklumat

    PROGRAM UTAMA

    1. Melaksanakan Urusan Perolehan FELDA berdasarkan Manual Perolehan FELDA (MPF).
      • Menyediakan kertas syor Jawatankuasa Perolehan mengikut jadual yang ditetapkan.
      • Menguruskan perlaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan FELDA mengikut bilangan yang telah ditetapkan.
      • Penyediaan PO/SPK/Kontrak disediakan dalam tempoh 14 hari selepas kelulusan Jawatankuasa Perolehan.
      • Meningkatkan kefahaman petugas berkaitan proses perolehan melalui bengkel yang bakal dijalankan.
    2. Menguruskan Projek Dana Kerajaan di bawah Peruntukan RMK Ke-11
      FELDA yang merupakan sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Jabatan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana untuk menguruskan peruntukan yang diterima bagi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang bermula pada tahun 2016 sehingga 2020. FELDA bertanggungjawab untuk membuat perancangan projek, menguruskan tender, melantik kontraktor, menyediakan dokumen perjanjian dan memantau pelaksanaan projek daripada awal sehingga selesai. FELDA telah menerima kelulusan peruntukan bagi melaksanakan Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Di Rancangan FELDA Seluruh Negara dan Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Di Petempatan FELDA Seluruh Malaysia dengan siling peruntukan masing-masing berjumlah RM500 juta dan RM1 bilion. Bagi tahun 2017 atau Rolling Plan Kedua (RP2), sebanyak RM100 juta diperuntukan untuk Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Di Rancangan FELDA Seluruh Negara manakala sebanyak RM60 juta lagi diperuntukan untuk Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Di Petempatan FELDA Seluruh Malaysia. Projek yang dilaksanakan ini akan memberi kesan jangka panjang kepada warga FELDA dalam meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup untuk mereka yang tinggal di rancangan melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang baik dan berkesan.
    3. Menguruskan Pinjaman Peneroka.
      Sebanyak RM10 Juta diperuntukkan pada tahun 2017 bagi menguruskan permohonan pinjaman pembesaran rumah peneroka. Jabatan mensasarkan sebanyak 600 permohonan baru untuk diproses pada tahun 2017. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberikan berdasarkan kategori rumah yang telah ditetapkan oleh pihak FELDA. Untuk merealisasikan sasaran ini, sebanyak 12 Mesyuarat Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka akan dilaksanakan. Peruntukan ini juga meliputi permohonan pinjaman bagi kes kebakaran dan bencana alam.
    4. Membaik Pulih Kerosakan Kenderaan Rasmi FELDA.
      Kerja baik pulih akan dilakukan kepada kenderaan yang prestasinya tidak memuaskan dengan tempoh sasaran tidak lebih daripada 21 hari bekerja dari tarikh laporan diterima. Kerja-kerja baik pulih meliputi minor and major engine overhaul, transmission overhaul, suspension system overhaul, braking system overhaul dan seumpamanya.
    5. Mewujudkan Akaun Pukal Bagi Pembayaran Utiliti (Elektrik & Air)
      Sebanyak 156 bil SYABAS dan bil TNB telah dikenalpasti dan diuruskan di peringkat Ibu Pejabat pada setiap bulan. Perbincangan lanjut akan dibuat secara berterusan dengan pihak SYABAS dan TNB pada tahun 2017 bagi mengenalpasti akaun-akaun yang sesuai untuk diwujudkan sebagai akaun pukal. Antara kelebihan sistem pembayaran pukal adalah seperti berikut:
      1. Menjimatkan masa, tenaga, kos dan mengurangkan penggunaan Baucar bayaran;
      2. Pemantauan penggunaan utiliti yang lebih berkesan melalui portal online;
      3. Dapat mengelakkan surcaj bayaran lewat kerana bil diterima awal secara online; dan
      4. Bil utiliti boleh dibayar secara Electronic Fund Transfer.
    6. Unlock Nilai Tanah Dan Nilai Aset Sedia Ada Milikan FELDA
      Kedudukan kewangan FELDA diunjurkan terus positif menerusi kutipan sewaan bangunan FELDA yang terletak di seluruh Malaysia. Ruang pejabat atau komersial yang tersedia akan disewakan secara optimum dengan menawarkan kepada pasaran umum bagi memastikan bangunan digunakan secara ekonomi, efektif dan efisien. Selain itu, kajian terhadap kadar sewaan semasa akan dilaksanakan supaya bersesuaian dengan kadar pasaran seterusnya memastikan pulangan kepada FELDA ke atas pelaburan pembinaan bangunan yang dibuat. Jumlah anggaran pendapatan yang disasarkan menerusi sewaan ialah sebanyak RM37.04 Juta.
    7. Pengurusan Bangunan Secara Sistematik Dan Efisien
      Secara dasarnya, terdapat 16 bangunan di bawah seliaan Jabatan yang perlu disenggara dengan sistematik dan profesional bagi memperoleh “best value for money”. Oleh yang demikian, senggaraan yang berkesan memerlukan pendekatan yang strategik dan komprehensif seperti senggaraan terancang dengan menganalisa rekod senggaraan terdahulu dan membuat ramalan kerosakan yang bakal berlaku disebabkan oleh ‘wear and tear’. Penilaian objektif terhadap kontraktor atau agen pengurusan yang dilantik juga akan dibuat untuk memastikan kualiti kerja dan meningkatkan jangka hayat bangunan seterusnya memastikan sifar aduan daripada pengguna. Sebarang aduan kerosakan yang diterima akan diselesaikan secara efektif dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
    8. Penjimatan Penggunaan Tenaga Elektrik
      Bagi mencapai hasrat perbelanjaan secara terkawal dan berhemah, Jabatan merancang untuk mengadakan kempen penjimatan penggunaan tenaga sebanyak tiga (3) kali pada tahun 2017. Di samping itu, penyelarasan semula jadual operasi sistem pendingin hawa di bangunan-bangunan FELDA berupaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 10%.
  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Kewangan berperanan memantapkan dan mengukuhkan kedudukan FELDA khususnya terhadap pentadbiran dan pengurusan kewangan. Jabatan Kewangan memberikan perkhidmatan kewangan (system delivery) kepada pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) di Ibu Pejabat, Wilayah, Rancangan dan juga kepada warga peneroka. Kami di Jabatan Kewangan berusaha untuk memastikan pengurusan kewangan FELDA dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan (legality) dan bertanggungjawab ke atas semua rekod dan laporan kewangan yang disediakan (accountability). Dalam memastikan pengurusan yang efektif dan mapan, Jabatan Kewangan FELDA dibahagikan kepada lapan (8) bahagian utama iaitu:

    1. Bahagian Perbendaharaan
    2. Bahagian Belanjawan, Sistem dan Pelaporan
    3. Bahagian Kawalan Kredit
    4. Bahagian Akaun dan Analisa
    5. Bahagian Paysheet Peneroka
    6. Bahagian Akaun Pembangunan Rancangan
    7. Bahagian Pelaburan

    OBJEKTIF

    1. Memastikan pengurusan kewangan dan aset dilaksanakan dengan cekap, telus dan berkesan selaras dengan peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan melalui penguatkuasaan, kawalan, siasatan dan pemantauan di peringkat Jabatan, Wilayah dan Rancangan.
    2. Merancang, mengurus serta mengawal perbelanjaan tahunan berdasarkan kemampuan serta agihan yang telah diluluskan oleh organisasi.
    3. Memastikan kawalan dan pengurusan risiko yang berkesan.
    4. Memastikan organisasi mempunyai kedudukan tunai yang stabil dan mantap melalui pelaksanaan perancangan dan pengurusan wang yang cekap dan berhemah.
    5. Meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kompetensi petugas agar sistem penyampaian maklumat kepada pihak ketiga menjadi lebih mantap.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    1 Bahagian Perbendaharaan
      a) Hantaran Wang Projek
     
    1. Menerima permohonan wang.
    2. Semak dan kelulusan hantaran wang.
    3. Kelulusan penggunaan wang harian.
    4. Posting dan hantaran TT ke bank mengikut kelulusan
    1. Permohonan wang ke ibu pejabat.
    2. Penerimaan wang dari ibu pejabat.
    3. Posting dan Bayaran.
    4. Rakam transaksi dalam KAW.
    5. Pantau permohonan dari projek Rancangan.
    1. Semakan hasil sebenar PH.
    2. Permohonan wang ke ibu pejabat.
    3. Rakam transaksi dalam KAW.
    4. Posting dan bayaran.
      b) Pengurusan Akaun Projek
     
    1. Pemantauan pelarasan akaun projek.
    2. Batal dokumen dan cek.
    3. Posting wang tidak dituntut.
    4. Jana buku cek baru projek.
    5. Urusan audit.
    1. Rakam KAW, K1008 dan K1008A.
    2. Penyelarasan dan posting GL bank dan tunai Wilayah dan projek.
    3. Permohonan cek batal tempoh projek ke ibu pejabat.
    1. Rakam KAW, K1008 dan K1008A.
    2. Penyelarasan akaun bank dan tunai rancangan.
      c) Insurans Aset
     
    1. Menguruskan pembaharuan insurans aset FELDA.
    2. Mengisi borang tuntutan insurans aset.
    3. Menguruskan urusan tuntutan insurans aset.
    1. Melaporkan bencana atau kerosakan aset FELDA ke ibu pejabat.
    2. Menyediakan dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh ibu pejabat berkaitan tuntutan insurans.
    1. Melaporkan bencana atau kerosakan aset FELDA ke Wilayah.
    2. Menyediakan dokumen berkaitan tuntutan insurans.
    2 Bahagian Belanjawan & Pelaporan
     
    1. Menguruskan urusan berkaitan bajet FELDA.
    2. Mengemas kini maklumat SKB berkaitan Jabatan Kewangan, mengatur dan mengendalikan kursus berkaitan kewangan.
    1. Memastikan bajet mencukupi untuk digunakan di peringkat Wilayah dan Rancangan.
    2. Mengenal pasti dan menyediakan latihan bagi petugas berkaitan kewangan.
    1. Memastikan bajet mencukupi untuk digunakan di pejabat Rancangan.
    3 Bahagian Kawalan Kredit
     
    1. Menguruskan pinjaman peneroka, pinjaman kakitangan dan urusan bayaran balik pinjaman.
    1. Sokongan permohonan pinjaman daripada Pengurus Rancangan oleh RGM.
    2. Menguruskan kontrak untuk Pinjaman Pembesaran Rumah Dan SIUF.
    3. Memantau kutipan bayaran balik semua pinjaman.
    1. Menerima permohonan pinjaman daripada peneroka dan tanggungan, serta petugas.
    2. Buat semakan seperti kelayakan, patuhi syarat yang ditetapkan, projek usahawan yang berdaya maju serta status peneroka bersama/tidak bersama FELDA dan Pengurus rancangan menyokong permohonan pinjaman.
    3. Pengurus juga bertanggungjawab memastikan kutipan bayaran balik pinjaman dibuat.
    4. Memantau kemajuan bayaran dan sedia laporan setiap bulan.
    4 Bahagian Penerimaan dan Hasil
     
    1. Memantau dan menyelaraskan semua duit masuk yang dikreditkan ke akaun FELDA sama ada yang berbentuk hasil atau bukan hasil.
    2. Membuat posting urus niaga sebenar penerimaan seperti sewaan, bayaran pampasan, bayaran semula pinjaman FELDA, insurans, SAWARI dan sebagainya
    3. Menyediakan invois atau nota debit sebelum 5hb setiap bulan bagi semua kutipan hasil FELDA seperti hasil ladang dan sewaan harta benda/aset FELDA.
    4. Membuat susulan dari semasa ke semasa bagi kutipan sewa yang tidak dibayar termasuk tunggakan bayaran.
    5. Memantau perbelanjaan supaya perbelanjaan terkawal dan hasil dapat ditingkatkan.
    1. Membekalkan maklumat penerimaan wang ke Ibu Pejabat.
    2. Posting urus niaga tertentu dan semakan penerimaan wang daripada Rancangan dan Wilayah
    3. Membuat susulan kutipan sewa di peringkat Wilayah.
    1. Membekalkan maklumat penerimaan wang kepada Wilayah/Ibu Pejabat.
    2. Posting urus niaga tertentu dan semakan penerimaan wang daripada Rancangan.
    3. Membuat susulan kutipan sewa di peringkat Rancangan.
    5 Bahagian Akaun dan Analisa
     
    1. Memastikan pelaksanaan sistem kewangan organisasi mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) bagi tujuan penyediaan Penyata Kewangan Tahunan FELDA.
    2. Mengemaskini rekod aset FELDA bagi semua penghapusan dan pindahan.
    3. Memastikan rekod stok sentiasa dikemaskini. Semakan dan pelarasan Rekod Stok. Melakukan posting pindahan stok antara projek dan FELDA Technoplant Sdn Bhd.
    4. Semakan dan pelarasan Kutipan Baja.
    5. Memastikan FELDA membuat pemfailan GST bulanan ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan ansuran cukai bulanan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.
    1. Mematuhi dan melaksanakan peraturan kewangan dengan merekodkan transaksi dengan tepat.
    2. Mengawal perolehan dan penghapusan aset bagi rancangan dan Wilayah.
    3. Memantau pergerakan stok dan membantu dalam menyelesaikan masalah posting berkaitan stok.
    4. Memantau kutipan hutang semasa dan tunggakan baja.
    5. Memantau posting GST yang dibuat oleh pihak rancangan dan memastikan setiap posting yang dibuat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh JKDM.
    1. Melaksanakan operasi berdasarkan peraturan kewangan dengan merekodkan transaksi dengan tepat.
    2. Memastikan rekod aset dan fizikal sama.
    3. Melakukan posting penerimaan dan pengeluaran baja kepada peneroka.
    4. Melakukan kutipan dan posting ke atas pengeluaran baja yang telah diambil oleh peneroka.
    5. Memastikan semua posting GST yang dibuat mengikut kategori Tax Code yang betul.
    6 Bahagian Paysheet Peneroka
     
    1. Menyediakan penyata pendapatan peneroka.
    1. Memastikan Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula memberi maklum balas berkaitan permohonan pertukaran status paysheet peneroka.
    2. Memantau rekod pengesahan hasil yang dihantar ke ibu pejabat.
    3. Memastikan setiap rancangan mengguna pakai sistem H2H dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan.
    1. Permohonan pertukaran status paysheet peneroka perlu dikemukakan ke Jabatan Hal Ehwal Tanam semula selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh sebenar.
    2. Maklumat induk peneroka perlu dipastikan betul dan tepat untuk mengelakkan sebarang kecelaruan pada sistem.
    3. Memastikan semakan hasil, pendahuluan tunai, potongan dibuat sebelum 3hb setiap bulan.
    4. Mengemas kini no akaun bank persendirian setiap peneroka untuk melancarkan proses perlaksanaan sistem H2H.
    7 Bahagian Akaun Pembangunan Rancangan.
     
    1. Menguruskan kunci kira-kira hutang tanam semula peneroka.
    1. Membantu rancangan dalam penyediaan kursus / latihan dan servisteknikal yang mencukupi bagi pelaksanaan FLRS di rancangan.
    2. Memantau secara dekat semua rancangan tanam semula diurus FELDA supaya melaksanakan FLRS pada setiap bulan.
    3. Membantu rancangan mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang isu dalam pelaksanaan FLRS.
    4. Memantau pengedaran penyata interim pada setiap suku tahunan kepada semua peneroka terlibat (Peneroka tanam semula diurus FELDA dan projek serah daripada FTPSB).
    5. Memantau pengedaran penyata interim oleh FTPSB pada setiap suku tahunan kepada semua peneroka terlibat (Peneroka tanam semula diurus FTPSB).
    6. Menyediakan laporan lengkap status pengedaran penyata interim dan dihantar ke Jabatan Kewangan Ibu Pejabat FELDA.
    7. Melibatkan diri dalam semua pembentangan akaun oleh FTPSB (Sekiranya perlu).
    8. Membantu rancangan dalam pembentangan akaun atau sebarang pertanyaan daripada rancangan berkaitan penyata.
    9. Memantau rekod – rekod dan dokumen kewangan di rancangan supaya diselenggara dan disimpan dengan baik dan teratur.
    1. Menyediakan dan memfail dengan teratur rekod dan dokumen kewangan berkaitan semua kos tanam semula peneroka seperti dokumen SPK dan rekod hasil yang mengandungi pecahan mengikut peringkat dan blok.
    2. Membuat larian (Run) FLRS setiap bulan dan pastikan semua perbelanjaan bulan tersebut tepat dan betul.
    3. Membuat edaran penyata interim kepada semua peneroka terlibat secara suku tahunan. laporan rumusan edaran penyata tersebut hendaklah disediakan dan dihantar kepada Akauntan Wilayah dengan menggunakan format yang telah diberi.
    4. Isu – isu yang timbul semasa membuat larian FLRS hendaklah di bincangkan dengan Akauntan Wilayah untuk proses penyelesaian.
    5. Memantau isu – isu yang timbul apabila penyata interim diedarkan kepada peneroka dan memaklumkan ke pengetahuan Akauntan Wilayah untuk laporan tindakan.
    6. Memastikan semua charging / posting kos ke akaun terlibat adalah betul dan tepat.
    8 Bahagian Pelaburan
     
    1. Menguruskan portfolio pelaburan FELDA ( Saham Siarharga dan Saham Tidak Siarharga).
    2. Mengenalpasti peluang-peluang pelaburan dalam pelbagai instrumen kewangan seperti saham amanah, bon, produk berstruktur dan mana-mana projek baru yang memberi keuntungan yang munasabah kepada FELDA.
    3. Menjana pendapatan melalui pelaburan di pasaran wang.
    4. Menjana pendapatan melalui pelaburan di pasaran wang.
       
  • LATAR BELAKANG

    1. Menguruskan hal-hal yang merangkumi hal yang berkaitan dengan pengambilan, kebajikan, latihan dan persaraan petugas FELDA.
    2. Satu kumpulan individu yang bertindak secara berkesan mengikut lingkungan kepakaran masing-masing dan bertindak balas secara fleksibel terhadap perubahan seterusnya bergerak sebagai satu pasukan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik selari dengan pelan transformasi yang dilaksanakan.
    3. Latihan yang dirancang, jabatan ini mengunjurkan kualiti petugas yang bakal dilahirkan adalah petugas yang berkompetensi yang lengkap dari sudut pengetahuan, kemahiran dan sikap positif.
    4. Penerapan budaya FELDA dalam kalangan petugas terutamanya pelapis baharu.

    OBJEKTIF

    1. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompeten petugas.
    2. Menyediakan petugas yang mencukupi.
    3. Menjaga Kebajikan petugas.
    4. Menyediakan ganjaran yang setimpal.
    5. Melahirkan petugas yang berintegriti
    6. Menerap budaya kerja Berpotensi Tinggi.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Penambahbaikan Kursus & Latihan
    Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    1 Pengambilan dan Penempatan Petugas
     
    • Menyelaras penempatan petugas mengikut norma penempatan yang ditetapkan bagi memastikan aktiviti dan fungsi jabatan/wilayah/tanah rancangan dapat diuruskan dengan baik.
    • Menguruskan pertukaran petugas, khusus bagi petugas yang telah lama berkhidmat di satu-satu tempat ke tempat yang baharu dan melaksanakan tugas yang baharu (Pusingan Kerja) selaras dengan tujuan meningkatkan kemahiran dan pembangunan kerjaya petugas.
    • Mengkaji keperluan struktur dan jawatan baru selaras dengan keperluan dan perkembangan fungsi semasa bagi kemajuan kerjaya petugas.
    • Melaporkan status penempatan petugas di wilayah ke Ibu Pejabat.
    • Memaklumkan ke Ibu Pejabat petugas yang layak untuk ditukarkan ke tempat kerja baru selaras dengan kaedah pusingan kerja.
    • Memaklumkan ke Ibu Pejabat keperluan petugas di peringkat wilayah.
    • Melaporkan status penempatan petugas di tanah rancangan kepada wilayah.
    • Memaklumkan kepada wilayah petugas yang layak untuk ditukarkan ke tempat kerja baru untuk proses pusingan kerja.
    • Memaklumkan ke peringkat wilayah keperluan petugas di peringkat tanah rancangan.
    2 Pengesahan Jawatan dan Kenaikan pangkat
     
    • Menguruskan kenaikan pangkat petugas dilaksanakan berdasarkan penilaian terhadap keupayaan seseorang petugas, prestasi, penilaian khas, kekosongan jawatan serta kekananan dalam perkhidmatan.
    • Menghantar laporan prestasi tahunan petugas wilayah kepada ibu pejabat.
    • Memberi cadangan nama petugas yang layak untuk dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.
    • Menghantar maklumat prestasi & penilaian petugas ke wilayah.
    3 Sistem Penyampaian
     
    • Menambah baik sistem penyampaian dengan cara meningkatkan mutu perkhidmatan dan layanan kepada pelanggan, serta bertindak secara efisien.
    • Memastikan dasar & matlamat yang ditetapkan dilaksanakan di peringkat wilayah.
    • Memastikan dasar & matlamat yang ditetapkan dilaksanakan di peringkat tanah rancangan.
    4 Pengurusan Prestasi
     
    • Melaksanakan Pementoran & Bimbingan (Mentoring & Coaching)
    • Menguruskan ganjaran kepada petugas
    • Mengendalikan pengurusan petugas berprestasi rendah.
    • Memastikan RGM mengambil peranan sebagai mentor
    • Memberikan cadangan nama petugas yang layak di peringkat wilayah kepada Ibu Pejabat untuk diberikan ganjaran.
    Contoh:
    • Anugerah Petugas Terbaik
    • Anugerah Semai Bakti.
    • Memantau petugas yang berprestasi rendah di peringkat wilayah.
    • Memastikan pengurus mengambil peranan sebagai mentor.
    • Memberi cadangan nama petugas yang layak bagi berpeluang menerima ganjaran.
    • Memastikan KPI tanah rancangan sentiasa dicapai.
    • Memantau prestasi petugas yang berprestasi rendah di tanah rancangan.
    5 Analisa Keperluan Kursus & Latihan
     
    • Mengenal pasti kursus yang sesuai dengan skop kerja jabatan dan kakitangan.
    • Memberitahu kehendak Wilayah untuk keperluan latihan kakitangan.
    • Memaklumkan kepada peserta mengenai kursus yang akan berlangsung.
    6 Penganjuran Kursus & Latihan
     
    • Menganjurkan kursus yang sesuai dengan keperluan petugas.
    • Membantu daripada segi makluman kepada peserta wilayah dan rancangan.
    • Membantu daripada segi makluman kepada peserta wilayah dan rancangan.
    7 Penambahbaikan Kursus & Latihan
     
    • Menganjurkan kursus untuk penambahbaikan pengetahuan dan kemahiran petugas.
    • Membantu daripada segi makluman kepada peserta wilayah dan rancangan
    • Membantu daripada segi makluman kepada peserta wilayah dan rancangan

    PROGRAM UTAMA

    BIL UNIT SKOP TUGAS
    1 Perjawatan
    1. Waran Perjawatan
    2. Perancangan Tenaga Manusia
    3. Penggubalan Dasar & Pekeliling
    4. Sistem Kerja
    5. Dokumen Rahsia Rasmi
    6. Kertas Cadangan Lembaga
    7. Pengambilan Petugas Baru
    8. Pengesahan & Perletakan Jawatan
    9. Pelantikan Pinjaman & Kontrak
    10. Penempatan Petugas Baru
    11. Pertukaran Petugas
    12. Kenaikan Pangkat
    13. Penilaian Prestasi
    2 Perkhidmatan
    1. Rekod Perkhidmatan
    2. Pra Persaraan
    3. Majlis Persaraan
    4. Pencalonan Pingat Negeri dan Pesekutuan
    5. Anugerah Petugas Bulanan/Tahunan
    6. Anugerah Semai Bakti
    7. Pinjaman Perumahan
    3 Kebajikan & Pemodenan
    1. Kemudahan Perubatan dan Bayaran Rawatan
    2. Badan Kebajikan 
    3. Tabung Kebajikan
    4. Bantuan Pelajaran Tinggi
    5. Tuntutan Insuran
    6. Bantuan Bencana Alam
    7. Urusan Pembinaan Rumah Petugas
    8. NGO / MBJF
    4 Etika Kerja, HRMIS & Pelaporan
    1. Tatatertib & Disiplin
    2. Kes Perundangan
    3. HRMIS
    4. Laporan Bulanan
    5. Laporan Tahunan
    6. Inovasi
    5 Pentadbiran & Emolumen
    1. Bayaran Emolumen & Pergerakan Gaji
    2. Cukai Pendapatan / KWSP / SOCSO
    3. Pinjaman Saham FGV Petugas
    4. Pengurusan Aset dan Kenderaan
    5. Tuntutan Perjalanan / GST
    6. Lembaga Kompetensi dan Peperiksaan
    7. KPI Dan KRA
  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Tanah FELDA telah ditukar nama kepada Jabatan Pengurusan Tanah bermula pada tahun 2015, walau bagaimanapun fungsi dan tugas jabatan ini masih lagi dikekalkan seperti tahun-tahun sebelumnya. Bermula pada tahun 2014, Jabatan Pengurusan Tanah FELDA telah merangka strategi dengan merangka rancangan 5 tahun jabatan supaya setiap pegawai dan kakitangan sokongan mempunyai fokus dan hala tuju yang jelas berlandaskan kepada visi dan misi FELDA. Bermula dengan penstrukturan Bahagian/ Unit di Jabatan Pengurusan Tanah, beberapa siri perbincangan semua Pegawai bersama Kakitangan Sokongan telah diadakan bagi memastikan Bahagian/ Unit yang ada mampu berkerjasama, sebagai satu pasukan serta mampu melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

    OBJEKTIF

    1. Menguruskan sumber berkaitan tanah bagi menjana pendapatan maksimum kepada FELDA.
    2. Mempunyai pangkalan data maklumat tanah FELDA dan peneroka yang tepat.
    3. Menguruskan segala urusan pemberi milikan tanah kepada peneroka dan FELDA oleh Pihak Berkuasa Negeri (PNB).
    4. Memastikan pemilikan tanah peneroka dan FELDA dapat dikekalkan.
    5. Memastikan projek pembangunan hartanah secara bersepadu.

    FUNGSI DAN PERANAN

    1. Bahagian Ukur & Pemetaan Udara

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    • Mengenalpasti isu-isu utama bagi data-data tanah.
    • Mengeluarkan arahan ukur kepada perunding pengurusan tanah atau Jurukur Berlesen.
    • Memantau perlaksanaan kerja-kerja ukurMenjadi koordinator untuk bengkel penggunaan dan aplikasi LiDAR serta bengkel asas ukur.
    • Melengkapkan data asas bagi keseluruhan keluasan rancangan FELDA.
    • Menyusul permohonan pewartaan di setiap Pejabat Tanah Dan Daerah yang masih belum diwartakan.
    • Membuat permohonan pembatalan warta bagi projek-projek pembangunan di dalam FELDA bersama kerja-kerja ukur yang terlibat.
    • Maklumbalas ke Unit Kawal Selia bagi pembatalan GSA untuk kawasan FELDA.
    • Memantau pelaksanaan kerja.
    • Mengemukakan permohonan ukur ke Ibu Pejabat pada kawasan-kawasan yang masih belum diukur.
    • Mengenalpasti lot-lot kosong di rancangan dan mengemukakan permohonan ukur.
    • Mesyuarat bersama Pegawai Tanah Wilayah dengan Jabatan Pengurusan Tanah bagi semua urusan ukur.
    • Membantu kerja-kerja lapangan di rancangan.
    • Mengenalpasti lot-lot kosong di rancangan.
    • Memaklumkan kepada pihak Wilayah mengenai kawasan-kawasan yang belum lagi diukur.
    • Membantu dan mengesahkan kawasan yang diukur oleh Jurukur yang dilantik.
    • Menghantar wakil-wakil bagi bengkel-bengkel yang terlibat.

    2.   Unit Hak Milik Dan Pewartaan

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    • Melaksanakan susulan secara berkala dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri
    • Menyemak dan mengemukakan permohonan hak milik untuk tanah-tanah perneroka FELDA, ladang FELDA, tapak-tapak kegunaan FELDA dan lot-lot kosong di dalam rancangan FELDA ke Pejabat Tanah Daerah (PTD)
    • Susulan ke atas kemajuan kerja bagi setiap permohonan hak milik yang telah dibuat ke PTD
    • Mengaturkan perbincangan bersama PTG Negeri, PTD dan menyusul permohonan
    • Penyediaan Laporan Bayaran CAC kepada PTD
    • Membantu urusan pendaftaran di PTD
    • Memantau urusan pelaksanaan kerja.
    • Menyusul semula permohonan ke PTD
    • Menyelaraskan bantuan petugas ke PTD
    • Melaporkan status permohonan ke Ibu Pejabat
    • Menyediakan dokumen permohonan yang lengkap
    • Menghubungi dan menyusul permohonan ke PTD
    • Menyediakan petugas dalam urusan pendaftaran ke PTD

     

    3.   Bahagian Pembangunan Hartanah Unit Projek Baru

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    • Potensi pembangunan PGBF dan lot-lot Komersial
    • Mengenal pasti kawasan yang sesuai
    • Membentangkan cadangan kepada pengurusan
    • Menyediakan pelan susun atur dan pelan Pra Hitungan
    • Membuat permohonan hak milik dan pembatalan sebahagian warta kawasan
    • Membuat Susulan ke PTD
    • Membantu mengenal pasti tapak yang sesuai
    • Membantu mengenal pasti tapak yang sesuai
    • Membantu kerja-kerja bangian keperluan PGBF Lot-lot Komersial
    • Menunjukkan kerja-kerja yang perlu diukur kepada jurukur

     

    4.   Unit Pengurusan Aset & Kutipan Hasil

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    • Menyimpan dan merekod semua dokumen berkaitan aset FELDA
    • Mengenalpasti semjua kegunaan asset FELDA
    • Menjelaskan semua bayaran cukai kepada Pemungut Hasil Tanah
    • Melaksanakan kutipan kepada semua aset yang dipajak atau disewa
    • Mengemaskini rekod bayaran dan hasil aset yang diterima setiap bulan
    • Memantau pengunaan aset FELDA di rancangan selian Wilayah
    • Mengenalpasti dan memantau aset FELDA di rancagan
    • Merekod kesemua aset di rancangan

     

    5.   Bahagian Isu & Pewarisan Unit Isu & Pewarisan

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    • Mengaturkan program latihan untuk pegawai, Pengurus dan petugas FELDA
    • Menyediakan tenaga penceramah pewarisan kepada peneroka
    • Mengambil tindakan isu yang dibangkitkan oleh peneroka atau Agensi Luar berkaitan dengan tanah peneroka dan FELDA
    • Mengaturkan persiapan program
    • Melaporkan status pewarisan ke Ibu Pejabat
    • Menempatkan keperluan ceramah di rancangan dan Wilayah
    • Membuat rumusan dari rancangan berkaitan isu dan hantar ke Ibu Pejabat
    • Memberi penerangan kepada waris
    • Membantu waris dalam urusan pewarisan
    • Menjadi saksi dalam bicara kuasa di Ibu Pejabat Unit Pesaka Kecil (jika perlu)
    • Membantu waris menguruskan permohonan bicara kuasa di Pejabat Tanah
    • Menguruskan permohonann melalui eTaPP modul JKPTG-
      Dalam Talian)

     

    6.   Unit Tadbiran & Pelaporan

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    • Menyediakan maklumat bagi setiap unit mengikut laporan yang diperlukan
    • Mengemaskini maklumat setiap bulan - Memantau segala urusan perbelanjaan Jabatan
    • Menyusul dan mengumpul maklumat dari rancangan yang dikehendaki oleh Ibu Pejabat
    • Memberi maklumat yang diperlukan Jabatan

     

    PROGRAM UTAMA

    1.   Bahagian Ukur & Pendaftaran

    Bil Program Strategi
    a. Unit Ukur & Pemetaan Udara
     
    • Melengkapkan pengkalan data tanah
    • Penggunaan teknologi bagi penyediaan pengkalan data tanah
    • Menjana pendapatan melalui teknologi LiDAR
    • Melaksanakan bengkel asas ukur melibatkan di peringkat Wilayah dan rancangan
    • Mendapatkan kelulusan pewartaan bagi rancangan yang belum diluluskan melibatkan Seksyen 4, 5 & 6 serta dibuat ukur sempadan
    • Mengenal pasti kawasan-kawasan yang masih belum diukur sama ada kawasan peneroka dan FELDA
    • Merancang dan menguruskan kerja-kerja ukur
    • Menggunakan teknologi LiDAR
    • Menyediakan ‘Business Plan” bagi penjualan data yang diperoleh daripada LiDAR
    • Bekerjasama dengan pihak Unit Latihan, Unit Pengurusan Risiko/Integriti, Jabatan hal Ehwal Tanam Semula dan FTPSB bagi menjayakan bengkel penggunaan dan aplikasi LiDAR
    • Bekerjasama dengan beberapa IPTA & IPTS bagi menjayakan bengkel asas ukur
    • Melibatkan 10 rancangan
    b. Unit Hak Milik
     
    • Menguruskan permohonan hak milik tanah peneroka dan FELDA
    • Meningkatkan jumlah aset FELDA melalui pemilikan tanah atau kawasan-kawasan baru
    • Mengekalkan pemilikan tanah-tanah peneroka yang telah mendapat hak milik
    • Seramai 2,657 orang peneroka yang telah selesai Bayaran Kembali (BK) diproses permohonan hak milik oleh Pengurusan Rancangan
    • Merancangan awal bagi kerja-kerja pengukuran lot peneroka agar ia dapat disiapkan sebelum peneroka selesai BK
    • Susulan ke atas Pentadbir Tanah Daerah dibuat setiap bulan bagi mendapatkan maklum balas kemajuan kerja permohonan hak milik di kawasan-kawasan yang dibangunkan oleh FELDA
    • Mengadakan hubungan baik dengan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dengan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan 1 kali setahun bagi membincangkan isu-isu berkenaan permohonan Tanah FELDA dengan Kerajaan Negeri yang terlibat

    2.   BAHAGIAN PEMBANGUNAN HARTANAH

    Bil Program Strategi
    a. Unit Projek Baharu
     
    • Menyediakan pelan perancangan pembangunan hartanah di dalam kawasan FELDA
    • Penjanaan pendapatan melalui pembangunan hartanah
    • Mengadakan sesi perbincangan secara berterusan dengan PTD terlibat
    • Mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan dengan projek hartanah bersifat sosial dan komersial
    • Menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan pembangunan hartanah bermula dari perancangan sehingga proses akhir melibatkan jualan
    • Menyediakan ‘blue print’ perancangan pembangunan tanah FELDA
    • Merangka ‘business plan’ bagi mengoptimumkan pendapatan daripada projek pembangunan hartanah
    • Membuat susulan bagi permohonan hak milik yang telah dibuat bagi mempercepatkan proses kelulusan hak milik
    b. Unit Pengurusan Aset dan Kutipan Hasil
     
    • Pengurusan sewaan tapak menara Pencawang Telekomunikasi
    • Pengurusan dan perancangan pembangunan tanah kosong dalam perancangan
    • Menyediakan standard operating Procedure (SOP) bagi menguruskan semua tapak-tapak yang disewa untuk kegunaan Menara Pencawang Telekomunikasi
    • Merangka ‘business plan’ bagi mengoptimumkan pendapatan daripada semua aset-aset FELDA
    • Menyediakan standard operating Procedure (SOP) bagi pengurusan dan perancangan permohonan tapak tanah kosong dalam rancangan
    • Menyediakan sistem pemfailan yang lebih efisien dalam merekodkan permohonan dan kelulusan permohopnan tapak tanah kosong

    3.   BAHAGIAN ISU & PEWARISAN

    Bil Program Strategi
    a. Unit Isu & Pewarisan
     
    • Menyelesaikan masalah pewarisan yang belum selesai
    • Memberi pendedahan dan maklumat mengenai pewarisan
    • Membuat susulan kes-kes pewarisan yang bermasalah
    • Mengadakan mesyuarat pemindahan hak dan penurunan milik 2 bulan sekali
    • Membantu balu dan janda peneroka dalam menuntut harta sepencarian
    • Menyediakan laporan bulanan dan memantau bilangan kes-kes pewarisan secara berkala
    • Mengadakan kerjasama dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG), Bahagian Pusaka Kecil bagi mengadakan program perbicaraan di rancangan
    • Menyediakan taklimat dan program penerangan mengenai pewarisan kepada peneroka dan petugas FELDA
    • Perjumpaan dengan waris bersama pengurusan rancangan bagi memberi penerangan dan kaedah penyelesaian
    • Memberi surat jawapan dan membuat pertukaran nama dalam sistem
    • Lawatan ke rancangan dan buat perbincangan untuk menyelesaikan tuntutan tersebut

    4.   UNIT PENTADBIRAN & PELAPORAN

    Bil Program Strategi
     
    • Pengurusan pentadbiran yang lebih berkesan
    • Pengurusan dan pemantauan rekod serta laporan
    • Latihan dan pembangunan modal insan
    • Pengurusan Mesyuarat Pindah Hak dan urusan tata tertib peneroka serta urusan pelarasan lot
    • Mengemaskini dan merangka struktur pentadbiran jabatan supaya lebih berkesan
    • Menjadi one stop center keada semua unit bagi penyediaan rekod dan laporan jabatan
    • Menjadi sumber utama semua rekod dan laporan jabatan
    • Merangka modul latihan dan kursus yang berkaitan tanah bagi petuga dan peneroka
    • Mendapatkan maklumat yang tidak lengkap supaya urusan menguruskan Mesyuarat Pindah hak, urusan tata tertib peneroka serta urusan peloarasan lot dapat dilaksanakan dengan lebih teratur
qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1