WEB.jpg
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
aduan_slider-01.jpg
7_-_Web_Fortune_500.jpg
Media_Sosial_WEB032022.jpg
WAQAF_WEB032022.jpg
previous arrow
next arrow
  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Pembangunan Komuniti merupakan tulang belakang kepada program transformasi FELDA yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Jabatan ini ditubuhkan untuk menyediakan dasar-dasar dan menguruskan kerja-kerja yang berkaitan komuniti dan institusi peneroka. Tugasan berkaitan komuniti akan dilaksanakan di wilayah dan rancangan khususnya dalam bidang pembangunan institusi peneroka. Jabatan ini merangka program-program pembangunan komuniti untuk warga peneroka dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Penekanan diberikan kepada aspek kepimpinan dan penyatuan serta pembangunan modal insan, bertujuan untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup kepada seluruh warga peneroka.

    OBJEKTIF

    1. Mengukuhkan institusi peneroka sebagai sebuah institusi yang berkesan.
    2. Memperkemaskan kepimpinan peneroka untuk membantu kejayaan FELDA.
    3. Menyatukan masyarakat peneroka agar seiring dengan aspirasi pengurusan FELDA.
    4. Menjayakan transformasi komuniti di semua peringkat termasuk petugas dan peneroka.
    5. Menyampaikan informasi kepada komuniti peneroka secara berterusan.
    6. Merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan masyarakat peneroka.
    7. Meningkatkan penglibatan generasi baharu dalam pembangunan komuniti.
    8. Merealisasikan warga peneroka sebagai komuniti contoh luar bandar.
    9. Menguruskan kebajikan peneroka secara menyeluruh.
    10. Menggalakkan warga FELDA membudayakan gaya hidup sihat.
    11. Mewujudkan persekitaran perkampungan FELDA menjadi komuniti dalam taman yang dilengkapi dengan infrastruktur yang baik, lengkap dan terurus.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    A. Pentadbiran & Kewangan
    1.

    Memantau urusan kewangan dalam Jabatan seperti bajet, pindahan bajet, bayaran dan sumbangan FELDA.

    Memastikan bajet yang diperuntukkan digunakan secara berhemah.

    Memastikan bajet yang diperuntukkan digunakan secara berhemah.

    2.

    Menyediakan laporan-laporan pengurusan Jabatan

       
    3.

    Menerbitkan Majalah Peneroka yang berkualiti tinggi bagi bacaan petugas FELDA, Kumpulan FELDA, JPM dan badan-badan kerajaan berkaitan.

    Mengagihkan Majalah Peneroka ke rancangan.

    Mengagihkan Majalah Peneroka kepada warga peneroka.

    4.

    - Jawatankuasa Induk Hari Peneroka dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti).

    - Mengatur semua aspek pelaksanaan Sambutan hari Peneroka Kebangsaan.

    - Jawatankuasa Induk Hari Peneroka dipengerusikan oleh Pengurus Besar Wilayah.

    - Mengadakan mesyuarat peringkat Jawatankuasa Kerja bersama Pengurus Rancangan.

    - Pengurus rancangan hendaklah memberi penerangan di peringkat rancangan.

    - Melibatkan badan-badan peneroka di rancangan.

    - Menyediakan laporan yang diperlukan kepada wilayah.

    B. Infrastruktur & Keceriaan
    1.

    Memastikan permohonan infrastruktur disemak dan dibuat penilaian sebelum diluluskan.

    Memastikan dokumen permohonan adalah lengkap. Memastikan dokumen permohonan adalah lengkap.
    2. Memastikan rancangan meneruskan program Keceriaan Kampung FELDA.  Membantu dan memantau program keceriaan kampung yang dilaksanakan oleh rancangan. Melaksanakan program keceriaan Kampung FELDA.
    3. Memastikan penilaian & penganugerahan AKKF dijalankan di peringkat rancangan, wilayah dan kebangsaan. Menyelaras lawatan penilaian dan penganugerahan AKKF. Memberi kerjasama dan persediaan dalam lawatan penilaian AKKF.
    C. Institusi Peneroka
    1.

    Mengatur tarikh dan lokasi Mesyuarat JKPP setiap tahun.

    Memastikan Pengurus Besar Wilayah hadir ke Mesyuarat JKPP.  
    2. Menyediakan kertas kerja dan minit untuk persiapan Mesyuarat JKPP.    
    3. Merancang, melaksanakan dan menyelaras program-program komuniti. Melaksanakan program-program komuniti. Melaksanakan program-program komuniti.
    4. Menyediakan peruntukan tahunan untuk elaun dan program kepimpinan ketua peneroka. Menghantar laporan dan permohonan elaun dan program kepimpinan ketua peneroka. Menghantar laporan dan permohonan elaun dan program kepimpinan ketua peneroka.
    5.

    - Mengadakan audit sosial seminggu sekali (setiap Selasa).

    - Menyediakan jadual lawatan audit sosial.

    - Menyediakan laporan pengauditan.

    - Memaklumkan kepada rancangan bagi persediaan lawatan audit sosial.

    - Mengatur tindakan susulan terhadap pelaporan ibu pejabat

     - Menyediakan maklumat untuk pengauditan
    D. Pendidikan Awal & Kebajikan
    1.

    Merancang dan mengadakan program kanak-kanak dan penggalak pembaca serta kanak-kanak Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Literasi Keluarga (PLK).

    Menyelaras dan memantau program yang dilaksanakan di rancangan. Melaksanakan program kanak-kanak dengan kerjasama PLK dan PDK
    2. Menerima dan menyemak borang permohonan bantuan tabung kebajikan. Memastikan dokumen permohonan adalah lengkap. Memastikan dokumen permohonan adalah lengkap.
    3. Menguruskan GL pesakit, pindahan bajet dan bayaran kepada pembekal. Memastikan Pindahan bajet dibayar kepada penerima yang diluluskan. Memastikan Pindahan bajet dibayar kepada penerima yang diluluskan.
    E. Kerohanian
    1.

    Mengatur program dakwah secara lisan (bil lisan), tulisan (bil kitabah) dan contoh amal baik (bil hal).

    Memantau program yang dilaksanakan. Melaksanakan program.
    2. Melaksanakan program pembangunan keluarga mengikut perspektif Islam / baitun muslim. Memantau program yang dilaksanakan.  Melaksanakan program.
    3. Menerbitkan Majalah Peneroka yang berkualiti tinggi bagi bacaan petugas FELDA, Kumpulan FELDA, JPM dan badan-badan kerajaan berkaitan. Memantau program yang dilaksanakan. Melaksanakan program.
    4.

    Mengatur program pemantapan Sekolah Agama Rakyat (SAR) FELDA.

    Memantau program yang dilaksanakan.

    Melaksanakan program.
    F. Penerangan & Aduan
    1.

    Melaksanakan program penerangan dasar-dasar FELDA dan memberi maklumbalas yang tepat terhadap isu yang berlaku.

    Memantau program yang dilaksanakan. Melaksanakan program.
    2. Meningkatkan pemahaman warga FELDA terhadap usaha-usaha FELDA khususnya usaha transformasi FELDA.  Memantau program yang dilaksanakan. Melaksanakan program.
    3. Melaksanakan program yang ideal ke arah kepimpinan & penyatuan melalui aktiviti kesenian dan muzik.. Memantau program yang dilaksanakan. Melaksanakan program.

    PROGRAM UTAMA

    Bil  Jenis Program 
     1.  Majalah Pengurus
     2.  Kumpulan KIK
     3.  Sambutan Hari Peneroka
     4.  Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur
     5.  Penilaian AKKF
     6.  Lawatan KKF
     7.  Sesi Penerangan (Town Hall)
     8.  Mesyuarat JKPP
     9.  Bengkel & Latihan ahli JKPP
    10.  Program Turun Padang Bersama EXCO JKPP
    11.  Kursus Pemantapan Kepimpinan Peneroka & Penerokawati
    12.  Komuniti Sihat Tanpa Dadah (KSTD)
    13.  Mesra Bersama Pemimpin
    14.  Program Wanita Sihat Keluarga Harmoni
    15.  Hari Wanita FELDA 2016
    16.  Program Pendayaupayaan Wanita
    17.  Program Martabat Adiwangsa FELDA
    18.  GKK - Modul Sejahtera Diri/Ana Khair (remaja/belia)
    19.  GKK - Modul Sejahtera Keluarga/Titian Mahabbah (Peneroka dan Penerokawati)
    20.  Audit Sosial Rancangan
    21.  Mesyuarat Kelulusan Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka
    22.  Program Prihatin Jantung Anda
    23.  Program Kesihatan Pergigian
    24.  Komuniti Prihatin
    25.  Penilaian PLK & PDK
    26.  Karnival Oh My FELDA Bersama JAKIM
    27.  Forum Perdana ( live ) JAKIM
    28.  Forum Perdana Peringkat Wilayah
    29.  Kursus Pengurusan Pegawai Masjid bersama JAKIM
    30.  Program Rahmat Ramadhan
    31.  Pengurusan Jenazah
    32.  Pemantapan Solat Ke arah Meningkatkan Integriti
    33.  Simposium Muamalah Islam dan Sahabat Daie
    34.  Sambutan Maulidur Rasul Ibu Pejabat & Wilayah
    35.  Sambutan Maal Hijrah Ibu Pejabat & Wilayah
    36.  Pertandingan Penarafan Masjid
    37.  Program Pentas Muzik Komuniti
    38.  Karnival Komuniti Seni FELDA
    39.  Klinik Komuniti
    40.  Apa Khabar Komuniti Di Hatiku
    41.  Bengkel Kepimpinan NGO
    42.  Santai Bersama NGO
  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu telah diwujudkan pada 15 Jun 2015 selepas pemansuhannya jabatan pada 29 Febuari 2015. Kewujudan semula jabatan ini telah menggabungkan Jabatan Inovasi dan Projek Khas, Sukan dan Unit Generasi Baharu iaitu didahulunya diletakkan dibawah Jabatan Pengajian Tinggi dan Pembangunan Generasi Baharu. Terdapat lima (5) unit dalam Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu iaitu Unit Pentadbiran, Unit Generasi Baharu, Unit Sukan, Unit Inovasi dan Unit Akademi Bolasepak FELDA. Jabatan Inovasi Dan Pembangunan Generasi Baharu (JIPGB) ditugaskan untuk:-

      1. Melaksanakan program serta aktiviti semasa dan akan datang bagi Generasi Baharu FELDA.
      2. Mengeratkan hubungan pihak pengurusan FELDA dengan badan NGO yang diiktiraf.
      3. Mewujudkan, menguruskan dan mengelolakan aktiviti Sukan peringkat FELDA dan Wilayah secara sistematik mengikut piawaian Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) & Persatuan Sukan Antarabangsa (PSA).
      4. Membangun mempromosikan dan mengaplikasikan inovasi sebagai usaha untuk mentranformasikan rancangan FELDA.
      5. Corak pemikiran dan tindakan yang inovasi aktif dikalangan warga FELDA samada kakitangan mahupun komuniti FELDA adalah sangat penting demi mengharungi cabaran pada masa kini dan akan datang. Oleh itu JIPGB mempunyai tugas sangat penting

    OBJEKTIF

        1. Membentuk Generasi Baharu FELDA yang bersifat Kebersamaan & Kebersatuan.
        2. Membangunkan dan memajukan potensi dan kualiti modal insan di kalangan Generasi Baharu FELDA.
        3. Membangunkan Sukan FELDA dengan melahirkan Pemain dan Pegawai dari kalangan Warga FELDA bertaraf Profesional.
        4. Membangunkan dan membudayakan inovasi dan kreativiti.
        5. Mentransformasikan FELDA menjadi Economic Powerhouse menerusi sukan dan inovasi.

    FUNGSI DAN PERANAN

    UNIT INOVASI

    FUNGSI DAN PERANAN

    Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    1. Menyediakan dasar dan pekeliling untuk panduan pelaksanaan kepada pihak rancangan Medium penyampaian kepada pihak rancangan apabila terdapat perubahan dasar/pekeliling Pelaksana kepada semua dasar/pekeliling yang telah ditetapkan
    2. Menyemak dan meluluskan permohonan dari setiap wilayah/ rancangan  Menyemak dan membuat sokongan setiap permohonan yang diterima dari pihak rancangan Memastikan setiap borang permohonan yang dihantar adalah lengkap dan disokong di peringkat rancangan
    3. Membuat pindahan bajet ke wilayah/ rancangan Membuat pindahan bajet ke rancangan Merangka bajet untuk kegunaan setiap program
    4. Merangka program/ aktiviti untuk dilaksanakan di peringkat wilayah/rancangan Membantu mendapatkan peserta dari kumpulan sasar Melaksanakan setiap program yang dirancang
    5. Merancang Program Transformasi Generasi Baharu dan menentukan bilangan peserta dan lokasi Bekerjasama dengan ibu pejabat dalam menguruskan logistik di lokasi program dan pemberitahuan kepada pengurusan rancangan Pihak pengurusan di rancangan hendaklah memaklumkan kepada peserta yang terpilih dan perlu memastikan kehadiran peserta mengikut jumlah yang ditetapkan.
    6. Mengelolakan aktiviti di peringkat Nasional Persediaan kontijen Penyertaan
    7. Spesifikasi, infrastruktur, aspek keselamatan terkini Penyediaan tapak prasana dan baik pulih Pengguna
    8. Menjalankan pelbagai projek FELDA inovasi & transformasi Membantu menyediakan kelengkapan dan logistik program Menguruskan perolehan dan kontrak Menyampaikan maklumat yang diperlukan berkaitan program
    9 Mengadakan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap tahap pelaksanaan projek. Mengumpulkan laporan atau maklumat diperingkat wilayah. Membuat pemantauan berterusan terhadap projek Menyediakan laporan, maklumat atau datadata yang diperlukan.

    PROGRAM UTAMA

    A. Program Transformasi

    Program ini adalah program tahunan yang dijalankan seperti tahun-tahun sebelumnya dalam usaha membantu generasi baharu FELDA khususnya pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian di Institut Penyedia Latihan yang bekerjasama dengan FELDA. Pihak Jabatan mengadakan program ini dengan kerjasama FELDA Security Services Sdn.Bhd. dan dijalankan kepada 11 Wilayah FELDA.

    B. Program Memperkasa Gated Community

    Program Memperkasa Ahli-Ahli Keselamatan Gated Community Rancangan. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasa peranan ahli–ahli keselamatan Gated Community di setiap rancangan. Tanggungjawab setiap ahli sebagai pengawal keselamatan rancangan akan diterangkan secara mendalam sepanjang dalam kursus ini. Program akan melibatkan ahli-ahli keselamatan Gated Community di setiap wilayah.

    C. Klinik Sukan FELDA

    Program Klinik Sukan FELDA diadakan untuk generasi baru FELDA berumur diantara 13-23 tahun. Program ini dijalankan di seluruh Wilayah FELDA. Klinik sukan ini akan dibahagikan kepada dua (2) sukan iaitu futsal dan bola jaring.

    D. Liga FELDA

    Pertandingan Liga FELDA ini akan disertai oleh sebelas (11) wilayah dan satu (1) jemputan dari Akademi Bolasepk FELDA . Liga FELDA akan mengelolakan pertandingan berikut :- i. Piala KOMUNITI ii. Piala Pengarah Besar FELDA iii. Piala Pengerusi FELDA

    E. Akademi Bolasepak FELDA

    Program yang melibatkan anak dan cucu peneroka menyertai Latihan Khusus Bolasepak Peringkat Awalan. Program yang ditaja penuh oleh FELDA yang menyediakan tempat tinggal, makan dan minum dan pendidikan. Sesi pembelajaran selama lima (5) tahun. Tujuan program ini bagi melahirkan dan mencungkil bakat atlet bolasepak yang berkualiti dan berdisplin bagi mewakili pasukan FELDA United.

    F. Innovation Talk

    Innovation Talk merupakan program bual bicara yang diadakan untuk tujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan pengalaman berkaitan inovasi & kreativiti, Sasaran peserta untuk program ini adalah daripada Warga FELDA yang terdiri daripada peneroka, penerokawati, generasi baharu serta para petugas. Program ini diadakan setiap bulan. Pengisian dan penceramah bagi setiap siri adalah berbeza kerana ia merangkumi inovasi & kreativiti yang meluas iaitu dalam pelbagai bidng dan cabang.

    H. Karnival Reka Cipta dan Inovasi FELDA (KRIF)

    Krif merupakan program pameran dan petunjukan produk dan perkhidmatan hasil daripada reka cipta dan inovatif berkaitan inovasi & kreativiti daripada seluruh FELDA dan jemputan khas kepada agensi luar. Program ini akan dilaksanakan pada bulan November dengan pelbagai aktiviti sampingan diadakan seperti anugerah inovasi, pertunjukan pentas,jualan produk, forum, lawatan dan banyak lagi.

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Pendidikan diwujudkan pada 15 Jun 2015, hasil penggabungan diantara dua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Menengah & Rendah dan Jabatan Pengajian Tinggi & Pembangunan Generasi Baru. Jabatan ini ditubuhkan bagi merancang dan melaksanakan program pendidikan generasi baru FELDA bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam dan luar negara. Terdapat 4 unit dalam Jabatan Pendidikan iaitu;

    1. Unit Pentadbiran
    2. Unit Pendidikan Menengah Rendah
    3. Unit Pendidikan Tinggi
    4. Unit Pinjaman Pelajaran

    OBJEKTIF

    1. Memberi sokongan pendidikan terbaik kepada generasi baru FELDA dengan meletakkan kepentingan dan keutamaan keberhasilan pendidikan sebagai salah satu aspirasi pendidikan nasional dari sekolah rendah, menengah, kemahiran dan pengajian tinggi.
    2. Menyediakan bantuan kewangan dan pinjaman kepada anak-anak warga FELDA untuk meneruskan pengajian tinggi di peringkat sijil, diploma dan ijazah.
    3. Meningkatkan modal insan generasi baru FELDA sebagai tenaga kerja yang kompetitif kepada FELDA dan negara.
    4. Memperkukuhkan rantaian dan kerjasama dengan agensi-agensi penting pendidikan. 
    5. Memperkukuhkan rantaian kerjasama sekolah dengan komuniti dan menyokong penglibatan ibubapa dan komuniti dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah.
    6. Memastikan generasi muda FELDA mempunyai nilai sahsiah yang tinggi serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan seterusnya merealisasikan aspirasi Negara.
    7. Membangun dan memperkasakan potensi generasi baharu FELDA dengan menyediakan peluang-peluang untuk menyambung ke peringkat pengajian tinggi.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Antara fungsi dan peranan Jabatan Pendidikan ialah;

    1. Merancang program-program kecemerlangan pendidikan generasi baru FELDA.
    2. Memantau pelaksanaan dan keberkesanan program yang telah dilaksanakan.
    3. Memberi bantuan kewangan kepada pelajar FELDA lepasan SPM yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level.
    4. Memberi insentif kepada anak peneroka yang mendapat tempat di IPTA/IPTS.
    5. Memastikan kutipan bayaran balik pinjaman pelajaran yang diberikan kepada generasi baru FELDA dilaksanakan dengan lebih efektif.

    PROGRAM UTAMA

    UNIT PENDIDIKAN MENENGAH & RENDAH

    1. Memperkasakan Pentadbiran, Pengurusan Dan Pencapaian Akademik Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) Kuala Lumpur, Johor Bahru Dan Kuantan
    Melonjak ke tahun 2017, FELDA melalui Jabatan Pendidikan berterusan merangka program akademik, sukan, sahsiah dan kerohanian di ASBF dalam usaha meningkatkan reputasi pencapaian pelajar-pelajar di ASBF.

    2. Maktab Rendah Sains Mara FELDA (MRSMF)
    Maktab Rendah Sains MARA FELDA (MRSMF) mula beroperasi secara rasminya pada 01 Disember 2007 di FELDAjaya Utara, Trolak, Perak. MRSMF diletakkan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Menengah & Rendah (yang kini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan) bermula tahun 2013. MRSMF boleh menempatkan seramai 1,050 murid pada satu masa secara keseluruhan merangkumi murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

    3. Pusat Pembelajaran Sains (PPS)
    PPS diwujudkan pada tahun 2013 di 14 buah sekolah menengah harian berasrama. Pada tahun 2015, dua buah PPS telah dibuka iaitu di SMK Lepar Utara dan SMK Umas-Umas menjadikan jumlah PPS ialah 16 buah sekolah. Walaubagaimanapun, pada tahun 2016, terdapat dua buah sekolah (SMK Bandar Penawar dan SMK Muadzam Shah)yang membuat pemohonan penutupan PPS atas faktor bilangan waris FELDA di sekolah tidak memenuhi syarat kelas PPS iaitu 70:30 (waris:bukan waris) menjadikan jumlah keseluruhan PPS ialah 14 buah sekolah.

    Senarai Sekolah PPS Mengikut Wilayah

    Bil. Wilayah Bil. Nama Sekolah
    1 Kuantan 1. SMK Lepar
        2. SMK Lepar Utara
    2 Segamat 3. SMK Nitar
    3 Jengka 4. SMK Jengka 2
    4 Raja Alias 5. SMK Lui Barat
    5 Johor Bahru 6. SMK Tenggaroh 2 
    6 Gua Musang        7. SMK Kemahang
        8. SMK Chiku 2
    7 Terengganu 9. SMK Landas
        10. SMK Cheneh Baru    
        11. SMK Pelong
    8 Mempaga 12. SMK LKTP Purun
        13. SMK Kuala Repas
    9 Sahabat 14. SMK Umas-Umas

    4. Skim Kecemerlangan Pendidikan FELDA (SKPF)

    Skim Kecemerlangan Pendidikan FELDA (SKPF) ini diperkenalkan sebagai satu inovasi pendidikan dan usaha dalam meningkatkan mutu serta kualiti pendidikan di seluruh sekolah di rancangan FELDA. Pelaksanaan Skim ini salah satu inisiatif untuk menggalakkan lonjakkan kecemerlangan akademik di samping mengalakkan percambahan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti pendidikan kepada murid-murid FELDA. Fokus dan sasaran SKPF adalah untuk melahirkan murid yang cemerlang, berkeyakinan serta berkebolehan dalam menghadapi peperiksaan awam UPSR dan SPM. Selain itu, pelaksanaan skim ini akan dapat menambahbaik prestasi akademik sekolah melalui program yang dilaksanakan oleh sekolah secara sistematik. Bersesuaian dengan dasar yang diperkenalkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2025, SKPF diharapkan dapat memberi impak yang lebih signifikan untuk memastikan kemenjadian murid yang holistik. Melalui SKPF, persaingan yang sihat antara sekolah akan diwujudkan dan perancangan program strategik kecemerlangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berobjektif dan menepati keperluan.

    UNIT PENDIDIKAN TINGGI


    BANTUAN ANAK PENEROKA FELDA

    1. Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP)
    Bantuan Pendidikan Tinggi Anak Peneroka telah diperkenalkan sejak tahun 2004. Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) merupakan sumbangan khas FELDA yang diberikan kepada anak-anak peneroka FELDA yang berjaya mendapat tempat di Universiti Awam (UA) / Swasta (US) yang disenaraikan FELDA. Kadar bayaran insentif yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian pelajar. Kadar Insentif yang diperuntukan adalah seperti berikut :

    Tahap Pengajian  Jumlah Insentif 
     Diploma  RM 500
     Ijazah  RM 1000
     Ijazah Luar Negara    RM 1500

    2. Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman PTPTN-FELDA Bagi Generasi Baru FELDA
    Mekanisme pelaksanaan Faedah Pengurangan 30% Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi Anak-anak Peneroka FELDA telah diluluskan pada tarikh 1 Disember 2014. Walau bagaimanapun, setelah dua tahun mekanisme ini diperkenalkan, Jabatan telah memperluas faedah ini kepada cucu peneroka dan anak kakitangan FELDA yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan FELDA bermula April 2016. Berikut ialah bilangan pelajar yang telah memohon pada tahun 2014 hingga November 2016;

    BIL WILAYAH TAHUN KEMASUKAN
    2014 2015 2016
    IJAZAH DIPLOMA IJAZAH DIPLOMA IJAZAH DIPLOMA
    1 Johor Bahru 12 7 27 9 8 4
    2 Segamat 3 7 6 4 1 6
    3 Raja Alias 4 5 8 14 2 4
    4 Mempaga 8 3 13 10 0 3
    5 Jengka 16 8 19 5 2 7
    6 Kuantan 10 4 28 9 0 8
    7 Terengganu 1 0 9 1 3 2
    8 Gua Musang 9 9 5 2 2 0
    9 Trolak 5 3 11 6 1 0
    10 Sahabat 0 1 1 0 1 0
    11 Alor Setar 0 0 0 0 0 0
    JUMLAH 68 47 127 60 20 34

     

    UNIT HAL EHWAL PELAJAR

    1. Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara Bagi Pelajar-Pelajar Tajaan FELDA
    Program Transformasi Mahasiswa Tajaan FELDA ke luar negara ini merupakan salah satu inisiatif bagi pembentukan sahsiah mahasiswa. Terdapat beberapa fokus strategik yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan FELDA. Salah satunya terdiri daripada penglibatan pelajar di dalam kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perdana Menteri. Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar anugerah Dana Khas Pelajar Cemerlang yang terpilih mengikuti kusus persediaan Program A-Level selama 2 tahun di Kolej Yayasan (UEM), Lembah Beringin.

    2. Program Pemantapan Kerohanian & Sahsiah Siswa (Pekasa)
    Program teambuilding siswa berbentuk aktiviti indoor dan aktiviti fizikal lasak bertujuan bagi menjalinkan semangat berpasukan dan juga mengembangkan bakat kepimpinan dalam diri siswa. Program teambuilding seperti ini disasarkan bagi meningkatkan pencapaian akademik mahupun membina tahap keyakinan pelajar dalam membentuk budaya kerja berpasukan di samping memupuk kebolehupayaan diri setanding dengan pelajar yang lain.

    3. Program Sesi Ramah Mesra Pelajar Bersama Pengurusan Tertinggi FELDA
    Program Ramah Mesra Antara Pelajar-Pelajar Bersama Pihak Pengurusan FELDA diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara pelajar bersama pihak Pengurusan tertinggi FELDA. Ia juga dilihat dapat memberi peluang pendedahan kepada pelajar akan keprihatinan organisasi dalam membantu meningkatkan produktiviti pelajar bagi menjulang nama FELDA agar mampu berdaya saing bersama penaja-penaja yang lain.

    UNIT PINJAMAN PELAJARAN

    Unit ini bertanggungjawab mengendalikan dan menguruskan proses bayaran balik pinjaman generasi baru FELDA yang mendapat pembiayaan pinjaman Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan Dana Khas Pelajar Cemerlang FELDA (DKPCF).

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1