Dasar Privasi Umum Pengurusan Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi)
  • LATAR BELAKANG

    Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya sempena pelancaran Hari Peneroka FELDA pada 7 Julai 2009 bertempat di FELDA Moakil, Segamat Johor menyarankan FELDA melaksanakan Projek Gedung Makanan Negara (GMN).

    "Hari ini saya tekankan satu lagi hasrat kerajaan supaya FELDA ini kita jadikan sebagai Gedung Makanan Negara. Inilah usaha-usaha yang akan kita lakukan supaya FELDA akan muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar unutk menampung keperluan negara sebab negara masih mengimport bahan makanan yang begitu besar daripada luar negara".

    OBJEKTIF

    1. Memaksimumkan penggunaan tanah ideal dengan aktiviti pertanian berimpak tinggi
    2. Mewujudkan pengurusan rangkaian bekalan yang bersepadu dan komprehensif
    3. Pengukuhan jenama di peringkat tempatan dan antarabangsa
    4. Menawarkan perkhidmatan perundingan secara professional kepada pelanggan
    5. Memberi pulangan yang setimpal kepada stakeholder

    FUNGSI DAN PERANAN

    IBU PEJABAT
    1. Merancang penggunaan tanah yang ideal secara maksima dengan aktiviti pertanian berimpak tinggi
    2. Merancang pengurusan rangkaian bekalan yang bersepadu dan komprehensif
    3. Membuat perancangan pengukuhan jenama di peringkat tempatan dan antarabangsa
    4. Bertindak sebagai kumpulan perancang kepada pembangunan seluruh projek
    5. Penyeliaan dan pemantauan ke atas prestasi projek dan ladang yang ingin dicapai
    6. Memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dan sejajar dengan visi dan misi asal
    7. Memastikan kualiti dan produktiviti ladang dapat dihasilkan seiring dengan matlamat FELDA sebagai Gedung Makanan Negara
    WILAYAH
    1. Membantu dalam memaksimumkan penggunaan tanah yang ideal dengan aktiviti pertanian berimpak tinggi
    2. Mewujudkan pengurusan rangkaian bekalan yang bersepadu dan komprehensif
    3. Membantu pihak ibu pejabat dalam proses pengukuhan jenama di peringkat tempatan dan antarabangsa
    4. Bertindak sebagai pelaksana kepada pembangunan yang telah dirancang
    5. Pelaksana ke atas pengeluaran produk dan prestasi ladang
    6. Melaksana program yang telah dirancang
    7. Melaksanakan pelan perancangan yang telah ditetapkan oleh ibu pejabat

    PROGRAM UTAMA

    Demi mencapai visi dan misi GMN sebagai pengeluar dan pengedar makanan negara utama berskala besar, GMN mendukung konsep untuk berperanan sebagai national one-stop food centre di mana penglibatan GMN adalah merentas rantaian nilai, daripada pengeluaran bahan mentah sehingga penjualan keluaran bahan mentah dan makanan diproses/ produk downstream secara runcit.

    Aktiviti Sasaran
    A. Pembangunan Produk
    Membangunkan produk hiliran baru
    • Mengurus proses pembangunan produk
    • Menerima cadangan dari pelbagai pihak
    • Menjalankan kerja-kerja pemilihan produk
    Mengeluarkan produk jus minuman kordial
    • Membangunkan 2 jenis jus iaitu jus nenas dan jus laici
    • Melibatkan pembelian bahan dari pembekal
    • Menguruskan jualan produk secara borong kepada pengedar
    • Mengurus tadbir kerja-kerja promosi di peringkat pengedar
    • Mengurus maklumbalas bagi penambahbaikan produk
    Membangunkan produk chip buah-buahan berasaskan nanas dan nangka
    • Membangunkan 2 jenis Chip iaitu Chip Nenas dan Chip Nangka
    • Pengurusan pentadbiran termasuk pendaftaran
    • Melibatkan pembelian bahan dari pembekal
    • Menguruskan jualan produk secara borong kepada pengedar
    • Mengurus tadbir kerja-kerja promosi di peringkat pengedar
    • Mengurus maklumbalas bagi penambahbaikan produk
    B. Trading
    Bawang Mengimport 50 mtan bawang setahun
    Cili Kering Mengimport 50 mtan cili kering setahun
    Beras Mengimport 1,000 mtan beras setahun
    Membangunkan jenama (branding) bagi produk buah-buahan keluaran GMN
    • Membangunkan 1 jenama utama (Umbrella Brand) bagi produk keluaran GMN
    • Membangunkan jenama bagi setiap produk keluaran GMN
    • Membangunkan 2 jenis jus iaitu jus epal dan jus blackcurrent
    C. Pemasaran
    1. Mengenalpasti pasaran baharu bagi produk keluaran GMN Mengadakan pertemuan bersama pelanggan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.
    2. Menjalankan aktiviti promosi
    • Mengadakan jualan bulanan di menara FELDA
    • Menyertai 5 aktiviti promosi melalui Jabatan atau organisasi luar FELDA. Contoh; HALALFEST
    • Mengikuti program atau majlis FELDA
    3. Mengenalpasti produk berpotensi Menjalankan kajian harga secara mingguan
  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Perladangan berperanan dalam pengurusan hal ehwal produktiviti kebun peneroka, penyelenggaraan dan khidmat nasihat kebun peneroka serta menangani aduan isu-isu kebun peneroka di rancangan. Peningkatan produktiviti dan kualiti diberi penekanan melalui Amalan Pengurusan Terbaik (BMP), Amalan Pertanian Baik (GAP), serta inovasi pertanian dalam pengurusan kebun peneroka. Tumpuan sasaran kerja bagi 2016 kepada aktiviti-aktiviti dalam memaksimakan produktiviti kebun bagi menyelaraskan VISI FELDA iaitu sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi. Pemindahan teknologi pertanian dan mekanisasi turut dilaksanakan dalam usaha meningkatkan produktiviti sawit dan getah. Disamping itu, jabatan bertanggungjawab dalam pembangunan projek baharu iaitu Projek FELDA Limbang dan pemantauan kemajuan Projek Laka Temin dan Kalabakan. Projek Agropolitan merupakan projek di bawah seliaan jabatan ini di mana FELDA telah dilantik menjadi agen pelaksana oleh East Coast Economic Region (ECER).

    OBJEKTIF

    1. Memaksimakan pengeluaran hasil (produktiviti dan kualiti) kebun Lot Peneroka dan Lot FELDA dengan:
      • Memastikan Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) dan Amalan Pertanian Baik (GAP) dilaksanakan
      • Menggunakan konsep Ladang Persis (Precision Farming) di semua kawasan
      • Memberi khidmat nasihat pertanian kepada pihak pengurusan rancangan dan menangani isu-isu kebun peneroka di rancangan 
      • Melaksanakan program pemindahan teknologi pertanian (TOT) dan inovasi baharu
    2. Melaksana dan mengurus Projek Agropolitan mengikut perjanjian yang dimeterai
    3. Menguruskan pembangunan Projek FELDA Limbang
    4. Memantau kemajuan hasil dan produktiviti projek di Laka Temin dan Kalabakan yang diuruskan oleh FELDA Global Ventures Plantation Management (FGVPM)

    FUNGSI DAN PERANAN

    IBU PEJABAT
    1. Merancang dan mengkaji semula dasar-dasar Perladangan FELDA selaras dengan perkembangan semasa untuk dilaksanakan oleh rancangan
    2. Mengemaskini dan menganalisa data serta maklumat pembangunan Perladangan
    3. Mengkaji, menilai, menerima teknologi baru berkaitan Perladangan dan memanjangkannya ke wilayah serta rancangan
    4. Mengkaji, merancang dan memantau program kerja tahunan dan bulanan bagi Projek FELDA Limbang
    5. Merancang dan memantau program kerja tahunan dan bulanan bagi semua Projek Agropolitan
    WILAYAH
    1. Memantau dan memberi khidmat nasihat semasa perlaksanaan kerja-kerja Perladangan di rancangan
    2. Membuat analisa dan rumusan terhadap semua laporan daripada rancangan dan memajukan laporan tersebut ke Ibu Pejabat.
    3. Mengkaji, menilai, menerima teknologi baharu berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke rancangan dan peneroka
    RANCANGAN/PROJEK
    1. Melaksanakan dasar-dasar Perladangan FELDA.
    2. Merekodkan semua kerja-kerja Perladangan di peringkat rancangan dan memajukan laporan ke wilayah secara harian, mingguan dan bulanan
    3. Mengkaji, menilai, menerima teknologi baharu berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke peneroka dan melaksanakannya
    4. Menyelesaikan isu status pemilikan tanah, mendapatkan kebenaran untuk pembangunan daripada pejabat tanah dan kerajaan negeri, serta mengkaji dan melaksanakan pembangun ladang
    5. Melaksanakan segala program kerja tahunan dan bulanan bagi semua Projek Agropolitan

    PROGRAM UTAMA

    Jabatan mensasarkan untuk memantau dan menyelaras kemajuan, latihan dan pemindahan teknologi pertanian yang melibatkan keseluruhan unit pertanian di sebelas (11) wilayah FELDA. Antara program berkala yang disasarkan sepanjang tahun 2017 adalah seperti berikut:

    1. Pelaksanaan sekurang-kurangnya 4 kali program turun ke ladang atau ‘Field Day’ pertanian;
    2. Bengkel Analisa Pencapaian Hasil atau Anggaran Hasil setiap suku tahun;
    3. Sesi Audit dan Verifikasi Projek Agropolitan setiap suku tahun; dan
    4. Siri Program Jelajah Kesedaran RSPO dan Jelajah Pembajaan mengikut zon dan/atau wilayah.
  • LATAR BELAKANG

    Jabatan Pembangunan Usahawan bertanggungjawab dalam melahirkan usahawan berdaya maju di kalangan warga peneroka dan generasi baharu FELDA. Pelaksanaan gerak kerja ini adalah selaras dengan strategi dan teras FELDA yang kedua iaitu “Warga Peneroka Menjadi Golongan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020.” Aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan merupakan aktiviti non farm bagi menambah pendapatan warga peneroka selain daripada hasil kebun iaitu getah dan sawit. Pelbagai program dan latihan bimbingan keusahawanan dianjurkan oleh Jabatan bagi mengukuhkan jalinan sinergi dan meningkatkan kemahiran usahawan sedia ada dan bakal usahawan. Jabatan mengambil inisiatif memasarkan produk keluaran usahawan FELDA ke pasaran domestik dan antarabangsa melalui Outlet Sawari FELDA, Hypermarket Tempatan dan Program Eksport (EIBU).

    OBJEKTIF

    1. Melahirkan usahawan dalam kalangan generasi baharu.
    2. Meningkatkan pendapatan usahawan melalui aktiviti non-farm.
    3. Menjana pendapatan kepada FELDA melalui Projek Khas dan outlet Sawari.
    4. Melestarikan perusahaan dan perniagaan usahawan sedia ada.
    5. Meningkatkan bilangan koperasi peneroka dalam kategori kluster besar dan sederhana
    6. Menyediakan peruntukan menerusi pinjaman Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF).
    7. Memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran petugas dalam bidang keusahawanan.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    1. Pembangunan Ekonomi
    1. Melahirkan usahawan di kalangan generasi baharu
    2. Meningkatkan pendapatan usahawan FELDA melalui jualan korporat, hypermarket, eksport dan outlet Sawari ke pasaran tempatan dan luar negara
    3. Menjana pendapatan FELDA melalui Projek Khas, outlet Sawari dan sewaan kemudahan PIRF
    4. Menaiktaraf produk bagi memenuhi kehendak pasaran
    5. Mengenalpasti peluang perniagaan bagi pasaran tempatan & luar negara
    6. Mempromosikan dan menguruskan pemasaran produk usahawan
    7. Menjalin dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan
    1. Mengenalpasti generasi baharu yang berpotensi
    2. Mengemukakan senarai produk usahawan yang berpotensi
    3. Memantau kutipan sewaan dan deposit ke akaun FELDA
    4. Memantau pengeluaran produk mengikut standard yang ditetapkan
    5. Memaklumkan respond pasaran terhadap produk kepada pengusaha
    6. Memastikan produk dapat dihasilkan dalam tempoh masa yang dipersetujui
    1. Mengklasifikasikan peserta yang berpotensi
    2. Mengenalpasti produk yang boleh memberi keuntungan dan pasaran yang baik
    3. Membuat kutipan sewaan
    4. Membantu ibu pejabat/ wilayah dengan memberi maklumat dan data dari masa ke semasa
    2. Pengurusan
    1. SIUF
      Mengurus serta menganalisa Dana & Pinjaman SIUF serta berhubung dengan agensi pembiayaan luar
    2. Anugerah Usahawan FELDA
      Melaksanakan Sesi penilaian Anugerah Usahawan FELDA (AUF) peringkat kebangsaan
    3. Kewangan
      Mengurus, mengawal, menganalisa dan memantau bajet keseluruhan jabatan, projek & wilayah serta hal ehwal berkaitan audit dan kewangan
    4. Sumber Manusia
      Mengenalpasti keperluan, serta melaksanakan latihan petugas dan hal ehwal berkaitan sumber manusia
    5. Laporan
      Menyelaraskan laporan wilayah dan menyediakan laporan keseluruhan jabatan
    1. Menilai, meluluskan/ menyokong pinjaman SIUF ke Ibu pejabat
    2. Melaksanakan penilaian AUF di peringkat wilayah
    3. Memantau bajet & hal ehwal kewangan di peringkat wilayah
    4. Menyusul serta menjalankan latihan petugas di peringkat wilayah dan hal ehwal berkaitan sumber manusia
    5. Menyelaraskan laporan rancangan & menyediakan laporan wilayah
    1. Menerima permohonan, memantau & membuat kutipan kembali SIUF
    2. Mengenalpasti & mencadangkan calon AUF
    3. Mengenalpasti & mencadangkan keperluan latihan petugas
    4. Memberikan maklumat dan data serta menyediakan laporan usahawan
    5. Mengemaskini Sistem Laporan Usahawan (SEIS) & SLIS (SIUF)
    3. Khidmat
    1. Program Synergy Entrepreneur Enhancement Day (SEED)
      Menetapkan pengisian program dan memastikan program dilaksanakan di setiap Wilayah
    2. Buletin Usahawan
      Menyediakan format lengkap buletin usahawan untuk edaran kepada wilayah dan rancangan
    3. Latihan Keusahawanan
      Mengaturkan latihan keusahawananuntuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan keusahawanan
    4. Pembangunan Koperasi
      • Membantu memberi pendedahan dan menawarkan peluang perniagaan baharu kepada koperasi
      • Menyelaras kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia
    5. Program Akreditasi
      Menaiktaraf perusahaan bagi memenuhi piawaian akreditasi industri makanan
    Pembangunan Produk Kraf
    Membangunkan produk kraf ke arah komersial melalui khidmat latihan dan tenaga pakar serta agensi luar Pembangunan Asas Tani
    Mengembangkan pasaran produk sedia ada dan baharu dalam perusahaan asas tani Memperolehi Geran Bersama SME Corp (Small/ Medium Enterprise Corporation)
    Menaiktaraf proses pembungkusan & peralatan pemprosesan makanan Tunas Mekar Lestari
    Melestarikan perniagaan Tunas Mekar Homestay FELDA
    Mempromosikan homestay FELDA melalui kerjasama dengan agensi pelancongan
    1. Mengatur lokasi, mendapatkan peserta usahawan atau syarikat yang terlibat
    2. Memastikan buletin diedarkan di pejabat wilayah dan outlet sawari
    3. Memantau kemajuan projek dan melapor ke Ibu Pejabat
    4. Mengenalpasti usahawan yang berpotensi untuk mendapat persijilan
    5. Kenalpasti usahawan yang berpotensi untuk dimajukan
    6. Mengenalpasti dan menyenarai pendek calon usahawan dan projek yang layak untuk memohon
    7. Kenalpasti lepasan graduan Tunas Mekar yang mempunyai perniagaan dan perusahaan sendiri
    1. Mencalonkan peserta dalam kalangan usahawan
    2. Edaran buletin diedarkan ke setiap pejabat rancangan.
    3. Memberi khidmat nasihat kepada usahawan & petugas.
    4. Memantau kesinambungan projek-projek usahawan Tunas Mekar di kawasan rancangan
    5. Mewujudkan jawatankuasa homestay

    PROGRAM UTAMA

    Tumpuan utama jabatan bagi tahun 2017 ialah seperti berikut:

    • Program Inkubator Bagi Pembangunan Usahawan Generasi Baharu.

    Program ini merupakan platform untuk melahirkan usahawan baru dalam bidang pemprosesan makanan seperti mee kuning dan pastry dengan keperluan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Mekanisma pembelajaran secara praktikal diterapkan di samping teori berkaitan asas perniagaan yang merangkumi aspek pemasaran, costing, peralatan dan bahan mentah.

    1. Anugerah Usahawan FELDA (AUF)

      Mesyuarat Lembaga telah meluluskan supaya FELDA mengadakan Anugerah Usahawan FELDA (AUF) mulai tahun 2010 selaras dengan saranan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia supaya FELDA muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar melalui projek Gedung Makanan Negara. Pemilihan calon AUF dan penilaian jawatankuasa peringkat wilayah dijalankan pada tahun 2017. Pelaksanaan penilaian oleh panel hakim dan majlis penganugerahan pemenang utama akan diberikan semasa di Hari Peneroka peringkat Kebangsaan tahun 2018.

    2. Pelaksanaan Program Synergy Entrepreneur Enhancement Day (SEED)

      Program Synergy Entrepreneur Enhancement Day (SEED) merupakan platform kepada usahawan FELDA untuk mendapatkan jaringan perniagaan antara usahawan sedia ada dan agensi luar. Program turun padang ini juga dilaksanakan di semua peringkat wilayah sebagai usaha untuk mengenalpasti isu atau masalah yang dihadapi oleh pengusaha di samping mengenalpasti usahawan sedia ada atau baharu yang masih belum berdaftar dengan FELDA dan promosi produk usahawan.

    3. Program pembangunan usahawan secara National Blue Ocean Strategy (NBOS)

      Menjalinkan Kerjasama antara FELDA dan rakan strategik atau agensi terlibat seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), (Agrobank,PUNB, INSKEN & SME CORP) secara kreatif dan sistematik untuk mewujudkan program usahasama yang berpotensi tinggi dengan penggunaan kos yang minima.

    4. Hold Hands Programmes

      Hold-Hands Programmes atau program mentor–mentee diwujudkan bagi memberi peluang kepada usahawan sedia ada dengan generasi baharu berkongsi pengalaman dan memberi bimbingan kepakaran dalam pelbagai bidang keusahawanan. Program engangement ini menghubungkan antara usahawan sedia ada yang bertindak sebagai (mentor) dengan generasi baharu (mentee) Mekanisma pelaksanaan adalah melalui pembekalan peralatan dengan ikatan kontrak secara sewa beli.

    5. Menyediakan Latihan /Seminar Keusahawanan Bagi Meningkatkan Penyertaan Warga Peneroka Dalam Aktiviti Non- Farm.

      Latihan keusahawanan bertujuan memberi pendedahan berterusan mengenai bidang keusahawanan berdasarkan tujuh kategori keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan terutamanya Generasi Baharu FELDA. Ianya juga memberi pendedahan dan peluang kepada generasi baharu menjana pendapatan sampingan menerusi aktiviti keusahawanan.

    6. Meningkatkan Perolehan Koperasi Peneroka

      Menggalakkan anggota Lembaga koperasi melengkapkan ilmu pengetahuan dari segi pengurusan, perundangan dan perniagaan kini. Koperasi disyor supaya mempelbagaikan aktiviti didalam dan diluar rancangan dan bertindak sebagai pengedar atau agen kepada SAWARI serta produk pengusaha FELDA yang berpotensi untuk dipasarkan.

    7. Memperkukuhkan Pemasaran Produk di Pasaran Domestik & Antarabangsa

      Memasarkan produk keluaran usahawan FELDA di pasaran domestik melalui saluran outlet SAWARI, hypermarket, hotel,pelanggan korporat, dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).Produk yang mendapat permintaan yang tinggi dipasaran tempatan akan dinilai untuk dieksport. Produk pengusaha yang terpilih akan ditambah nilai mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pasaran antarabangsa.

  • LATAR BELAKANG

    Jabatan ini berperanan dalam hal pembangunan tanam semula yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan/ menguruskan aktiviti program tanam semula bagi keseluruhan kebun peneroka yang terlibat dan juga lot FELDA. Aktiviti tanam semula melibatkan penanaman semula pokok sawit atau getah yang tidak produktif. Antara ciriciri pokok yang tidak produktif adalah pokok yang telah berusia melebihi 25 tahun dan penghasilan yang kurang. Bagi menjayakan tanam semula ini banyak melibatkan kerja-kerja lain seperti penyediaan tapak semaian, kontrak tanam semula, penggunaan tenaga kerja asing dan sebagainya.

    Oleh itu, semua aktiviti perlu dirancang dengan lebih awal agar memastikan semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya menjayakan program tanam semula. Memberikan khidmat yang terbaik sebagai konsultansi tanam semula kebun berdasarkan Amalan Pertanian Baik (GAP). Dengan penekanan ini, kerja pembangunan ini dapat berjalan dan berhasil dengan baik dan mencapai hasil dan kualiti yang tinggi.

    Unit Tenaga Kerja Ladang FELDA telah digabungkan dibawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula. Unit ini bertanggungjawab membekalkan tenaga kerja secukupnya bagi keperluan rancangan-rancangan FELDA dan ladang-ladang FELDA Technoplant Sdn Bhd. Tugas penting ini adalah untuk memastikan ladang dan rancangan mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk pengeluaran hasil dan melaksanakan kerja-kerja operasi ladang. Unit ini juga bertanggungjawab secara bersama dengan Jabatan Pengajian Tinggi dan Generasi Kedua FELDA, FELDA Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) serta Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) untuk membentuk kumpulan pekerja ladang dikalangan generasi kedua FELDA dan warga tempatan. Melalui pembentukan kumpulan pekerja tempatan ini, diharap dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Program yang dinamakan KESIDANG (Kerjaya di Sektor Ladang) telah menjelajah disemua wilayah dan kini, Bahagian Sumber Manusia FTPSB sedang menguruskan proses perlantikan mereka dan mereka akan dikenali sebagai Operator Operasi Ladang (OOL).

    Fokus kepada sasaran kerja 2016 adalah memfokuskan memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam aktiviti pembangunan tanam semula kebun dan memastikan bekalan tenaga buruh mencukupi untuk memastikan hasil tercapai selari dengan visi FELDA iaitu ‘Sebagai Peneraju Industri Sawit Dan Warga Peneroka Yang Berpendapatan Tinggi’.

    OBJEKTIF

    1. Melaksanakan Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) dan Amalan Pertanian Baik (GAP) di kebun peneroka.
    2. Memastikan penyertaan semua peneroka bersama FELDA di semua kawasan yang akan ditanam semula.
    3. Menyediakan dan memastikan bahan tanaman yang dibekal adalah berkualiti.
    4. Memastikan program tanam semula mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
    5. Memberi khidmat nasihat Pertanian dan pembangunan tanam semula kepada pihak pengurusan rancangan.
    6. Melaksanakan program Pemindahan Teknologi Pertanian (TOT) dan inovasi baru di kawasan pembangunan tanam semula.
    7. Membekalkan tenaga kerja ladang yang sesuai secukupnya mengikut keperluan sebenar rancangan dan ladang pada masa yang diperlukan. Ini perlu bagi membantu kerja-kerja ladang dan operasi di peringkat ladang supaya mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan.
    8. Membentuk kumpulan kerja dikalangan generasi kedua FELDA dan pekerja tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

    FUNGSI DAN PERANAN

    Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
    1 Merancang dan mengkaji semula dasar-dasar pertanian FELDA selaras dengan perkembangan semasa untuk dilaksanakan oleh rancangan. Memantau dan memberi khidmat nasihat semasa perlaksanaan kerja-kerja pertanian di rancangan. Melaksanakan dasar-dasar pertanian FELDA.
    2 Mengemaskini dan menganalisa data serta maklumat pembangunan pertanian. Membuat analisa dan rumusan terhadap semua laporan daripada rancangan dan memajukan laporan tersebut ke Ibu Pejabat. Merekodkan semua kerja-kerja pertanian di peringkat rancangan dan memajukan laporan ke wilayah secara harian, mingguan dan bulanan.
    3 Mengkaji, menilai, menerima teknologi baru berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke wilayah serta rancangan. Mengkaji, menilai, menerima teknologi baru berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke rancangan dan peneroka. Mengkaji, menilai, menerima teknologi baru berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke peneroka dan melaksanakannya.
    UNIT TENAGA KERJA LADANG
    4 UNIT PENGAMBILAN PEKERJA
    1. Monitor keperluan pekerja ladang.
    2. Membuat permohonan kuota pekerja ladang.
    3. Menyelaras urusan pemilihan pekerja/temuduga pekerja
    4. Mengurus permohonan calling visa.
    5. Mengurus kemasukan pekerja.
    6. Membuat pengagihan pekerja ladang.
    7. Mengemas kini pangkalan data pekerja ladang.
    8. Menyediakan laporan pengurusan Jabatan.
    1. Mendapatkan keperluan tahunan pekerja dari rancangan / ladang.
    2. Menyediakan rumusan keperluan tahunan pekerja.
    3. Memaklumkan kepada pihak Ibu Pejabat sekiranya terdapat rancangan/ladang yang terdesak memerlukan buruh.
    1. Menyediakan rumusan keperluan tahunan pekerja.
    2. Melengkapkan borang penerimaan tenaga kerja asing. Salinan dihantar ke Pejabat Wilayah dan Ibu Pejabat.
    3. Menyediakan kemudahan asas selengkapnya sebelum menerima kemasukkan buruh.
    4. Merangka dan merancang kerja-kerja yang akan dilakukan oleh buruh sebelum menerima kemasukan buruh.
    5 KEBAJIKAN PEKERJA ASING
    1. Menguruskan jenazah ke Negara Sumber
    2. Menerima dan mengambil tindakan aduan-aduan dari mana-mana pihak.
    3. Mengatur program pemantauan pekerja asing ke rancangan-rancangan FELDA.
    4. Mendapatkan kelulusan untuk pengiring pekerja asing dalam kes parah/lumpuh/mental dan sebagainya.
     
    1. Melaporkan ke UTKLF Ibu Pejabat / Polis/Pejabat Pendaftaran & Insuran.
    2. Memberi maklumbalas keatas aduan-aduan yang diterima.
    3. Memastikan kebersihan sentiasa dijaga dan dokumen-dokumen disimpan dengan selamat dan tersusun.
    4. Menyediakan kronologi kejadian dan dokumen-dokumen yang ditetapkan sebelum dihantar balik ke Negara Sumber.
    6 UNIT PEKERJA TEMPATAN/ KEBAJIKAN
    1. Mengatur kempen mendapatkan pekerja tempatan.
    2. Monitor hal ehwal berkaitan dengan kebajikan pekerja tempatan di semua ladang.
    3. Monitor tuntutan insurans pekerja tempatan.
    4. Monitor pendapatan dan produktiviti pekerja tempatan.
    5. Monitor hal ehwal keselamatan dan kesihatan pekerja tempatan
    6. Monitor aduan pekerja tempatan.
    7. Mengatur program mendapatkan pekerja tempatan.
    8. Mengatur temu duga dan pengambilan pekerja tempatan.
    9. Monitor pendapatan dan produktiviti.
    10. Mengurus Bantuan Perumahan Pekerja Tempatan.
     
    1. Menyediakan kemudahan kepada pekerja seperti yang telah ditetapkan.
    2. Menguruskan rawatan kesihatan ringan kepada pekerja.
    3. Memastikan semua pekerja di insuranskan.
    4. Menyelesaikan isu / masalah yang timbul.
    5. Mengemaskini maklumat pekerja didalam sistem RML.
    7 UNIT SISTEM
    1. Memastikan pihak rancangan membuat pendaftaran didalam Sistem RML bagi pekerja yang baru tiba atau pindah.
    2. Memastikan Database maklumat pekerja sentiasa dikemaskini.
    3. Monitor penghantaran data atau “upload” data ke Server Sistem RML setiap bulan.
    4. Membantu unit ladang merekod maklumat pekerja mengunakan RML.
    5. Mengatasi masalah sistem di setiap ladang juka ada masalah.
    6. Menghantar laporan untuk tamat permit dan tarikh pasport ke unit pasport untuk membuat peringatan kepada rancangan/ladang.
     
    1. Melengkapkan maklumat asas pekerja dengan tepat dan sentiasa dikemas kini.
    2. Memastikan maklumat kerja harian pekerja direkod dengan teliti.

    PROGRAM UTAMA

    Jabatan merangka beberapa program utama pada tahun 2017 untuk memastikan program pembangunan tanam semula berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran. Sasaran utama ialah memastikan kawasan tanam semula mengikut tempoh pembangunan yang ditetapkan supaya kos pembangunan dan penglibatan peneroka dapat dipenuhi seratus peratus bersama FELDA. Selain itu juga, jabatan akan memastikan agen pengurusan yang dilantik iaitu FELDA Technoplants Sdn Bhd mengikut perancangan yang telah diatur bersama bagi menggelakkan ketirisan makluman dan penglibatan peneroka bersama FELDA.

    Kempen penerangan tanam semula akan diadakankan melibatkan semua pihak Jabatan Kewangan, Unit Undang-undang FELDA, FTPSB, pengurusan wilayah dan pengurusan rancangan bagi memastikan segala informasi dan maklumat program tanam semula diperjelaskan dengan selengkapnya sehingga ke akar umbi.

    Unit Tenaga Kerja Ladang FELDA (UTKLF) menguruskan kemasukan Tenaga Kerja Asing (TKA) bagi memenuhi keperluan rancangan FELDA dan ladang FTPSB bermula daripada pendaftaran dan permohonan dengan agensi kerajaan yang terlibat sehinggalah urusan permohonan pembaharuan permit kerja daripada pihak rancangan FELDA dan ladang FTPSB melalui Unit Pengambilan dan Unit Pasport. Unit Pasport juga bertanggungjawab menguruskan penghantaran pulang pekerja ke negara asal bagi kes-kes seperti unfit semasa pemeriksaan kesihatan serta bagi kes ditamatkan kontrak oleh majikan ataupun petugas terbabit menamatkan kontrak.

    Unit ini juga menguruskan hal-hal kebajikan pekerja antara lain seperti pengurusan penghantaran pulang jenazah ke negara asal, sambutan Hari Pekerja dan juga penyerahanan wang raya kepada semua TKA yang layak. Bagi waris-waris Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang ditinggalkan dikampung-kampung mereka, JTKLF turut terlibat membuat bayaran wang saraan keluarga kepada mereka selepas 3 bulan TKI berada di Malaysia. UTKLF juga sedang dalam proses untuk menaik taraf Pusat Transit Sendayan bagi kegunaan penempatan sementara Tenaga Kerja Asing yang baru sampai ke Malaysia. Ketika ini, pusat ini berperanan dalam memberikan penerangan berkenaan etika kerja di Malaysia serta pemeriksaan FOMEMA sebelum mereka di hantar ke rancangan FELDA dan ladang FTPSB. Pendedahan yang diberikan diharap dapat membantu mereka dalam urusan kerja seharian dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kerja.

    Dalam mengimbangi kemasukan Tenaga Kerja Asing, Utklf dengan kerjasama FELDA Technoplant Services Sdn Bhd (FTPSB) , Majlis Belia FELDA Malaysia serta Jabatan Pengajian Tinggi dan Generasi Baharu telah merangka Garis Panduan Pekerja Tempatan bagi meningkatkan kadar penyertaan belia-belia di tanah rancangan dalam aktiviti perladangan terutamanya sebagai operator di rancangan dan ladang. Adalah diharapkan dengan adanya insentif-insentif baru serta kemudahan yang disediakan, belia tempatan dapat bersama-sama menyumbang dalam mempertingkatkan kejayaan dan kecemerlangan rancangan dan ladang seiring dengan visi dan misi FELDA.

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1