Lokasi : FELDA Chini Timur 01 & 03
Tarikh : 03 Februari 2022
ππππ ππππππ ππ π ππππ
Rentetan daripada perjumpaan bersama YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi dan YBhg Dato' Amiruddin Abdul Satar, Pengarah Besar FELDA 19 Januari lepas, HE Dr. Peter Blomeyer, Duta Jerman, mengambil peluang untuk mengetahui lebih mendalam tentang budaya FELDA.
Dalam siri lawatan beliau ke Pantai Timur, FELDA Wilayah Kuantan dipilih untuk beliau rasai secara lebih dekat budaya FELDA.
Lawatan dimulakan dengan beliau diberikan taklimat dan demontrasi mekanisasi di Ladang Felda Chini Timur 3. Kemudian dibawa melihat budaya generasi baharu FELDA dalam ilmu persilatan di Felda Chini Timur 1 yang mana Pasukan Seni Silat Fighters Spelet Gunung Jati ini telah menyertai beberapa kali pertandingan terbuka di Belgium sekitar 2012, 2017 dan 2019.
Selepas HE Dr berbual panjang bersama pengusaha kraftangan Starbuck, Puan Nor Mariani Haron, HE Dr. dibawa melawat projek buah rock melon dan cili di Projek Sentuhan Kasih dan Kilang Lepar Hilir untuk melihat sendiri bagaimana FELDA menggunakan teknologi dalam pemprosesan sawit.
Di sinilah HE Dr. dijamu makanan-makanan yang terkenal di situ seperti puding Diraja dan lauk ikan patin masak tempoyak.
Terima kasih HE Dr. Peter Blomeyer. Terima kasih pengurusan Wilayah Kuantan dan rancangan. Terima kasih warga FELDA yang turut serta menyambut tetamu yang juga memberi rahmat kepada FELDA agar lebih banyak menempa kejayaan dalam keberkatan.