
Alhamdulillah produktiviti ladang FELDA kini berada di kedudukan ketiga terbaik negara. Kedudukan ini adalah antara ladang-ladang komersial yang lain di Malaysia. Pencapaian yang membanggakan ini merupakan hasil pengurusan ladang yang lebih baik dengan penggunaan mekanisasi dan teknologi termasuk SPMS.
Kos operasi yang lebih rendah dan produktiviti yang lebih baik ini pastinya meningkatkan pendapatan warga peneroka. Sama-sama kita gandakan usaha untuk mencapai produktiviti 30 tan perhektar. Kita semua layak jadi ahli
Kelab 30 Tan! Kita semua boleh! Kini ketiga, nanti di tangga pertama, insya-Allah!