
Seiring dengan Revolusi Teknologi 4IR, FELDA kini melaksanakan inisiatif tanpa tunai yang akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2023.
Inisiatif ini merupakan sokongan dan cerminan FELDA dalam menyokong usaha berterusan kerajaan dalam mempromosikan pembayaran tanpa tunai, serta mencapai misi FELDA mentransformasi kaedah pembayaran sepenuhnya secara atas talian.
Melalui pelaksanaan penuh pada tahun 2023, FELDA komited dalam pemantapan tadbir urus serta mengelakkan sebarang ketirisan dalam pengurusan kewangan.
#KejayaanDalamKeberkatan
#FELDAkeArahTransaksiTanpaTunai