FELDA komited dalam usaha pemuliharaan gajah liar. FELDA sentiasa menzahirkan komitmen berterusan bagi mendukung agenda kelestarian termasuk usaha proaktif pemuliharaan gajah liar. Usaha-usaha ini turut dijalankan dengan kerjasama antara agensi-agensi perladangan dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.
Kerjasama ini hari ini dimanifestasikan melalui sebuah Memorandum Perjanjian (MoA) bersama University of Notthingham Malaysia, Malaysian Earthworm Foundation, Jabatan Perhilitan Malaysia, Yayasan Sime Darby dan beberapa agensi lain.
MoA ini yang merupakan Projek Kewujudan Bersama Manusia-Gajah pertama di Semenanjung Malaysia turut melibatkan berapa syarikat perladangan terbesar lain seperti FGV Holdings Berhad, Sime Darby Plantations Bhd, IOI Plantation Bhd, Arami Jaya dan Kulim(Malaysia) berhad. Ia menyasarkan kesepaduan usaha pemuliharaan bagi melindungi spesies liar terancam ini dengan lebih berkesan.