Aminatul Aini Baharim, cucu peneroka FELDA Bukit Aping Barat bersyukur apabila dapat melanjutkan dan cemerlang dalam pengajian diploma di bawah landasan inisiatif pendidikan FELDA.
Beliau telah tamat pengajian Pengurusan Pentadbiran menanam iltizam menjadi seorang usahawan berjaya dan telah bermula dengan kini membantu perniagaan keluarganya. Menurut beliau, pengajian di Kolej Yayasan FELDA amat berguna untuk diaplikasikan dalam dunia perniagaan yang bakal diceburinya.
Bersama kita doakan kejayaan adik Aini menjadi seorang usahawan berjaya kelak. Jangan lupa nantikan temu ramah bersama Aini, graduan cemerlang Kolej Yayasan FELDA nanti!
#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA