Dua orang generasi baharu FELDA nekad menceburi bidang penternakan ayam kampung walaupun masing-masing datang dari latar belakang profesional.
Encik Nik dari FELDA Jengka 6 telah memulakan projek penternakan dari tahun 2015 dan kini menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP), beliau akan memainkan peranan sebagai pembekal peralatan dan anak ayam kepada peserta-peserta PPP selain menyediakan latihan dan bimbingan kepada lebih kurang 300 peserta seperti sasaran beliau.
Beliau juga akan menjadi offtaker kepada hasil ayam matang dan akan diproses oleh syarikat Encik Khairul dari FELDA Bukit Tajau dan dipasarkan sebagai produk hiliran seperti produk ayam kampung sejuk beku.
#SekuritiMakananNegara
#ProgramPembangunanPeneroka
#KejayaanDalamKeberkatan