





PERMUAFAKATAN BERTERUSAN JIWA DISANTUNI
Siri jelajah Jom Masuk Rancangan diteruskan ke FELDA Pasoh 1 Wilayah Raja Alias pada 2 November 2022.
Beberapa aktiviti menarik dan penuh sejarah berlaku seperti lawatan ke projek PPP (Ternakan Madu Kelulut), Ziarah Kasih, lawatan dan sumbangan ke PDK FELDA Pasoh 1, majlis pecah tanah surau tapak pembinaan surau PGBH Pasoh 1, kaunter Jabatan, penyampaian insentif hasil getah dan hasil sawit tertinggi, perasmian dewan semai bakti Dewan Semai Bakti FELDA Pasoh 1 serta penyampaian Dana Transformasi Permodenan PMG keseluruhan FELDA Wilayah Raja Alias berjumlah RM560,000.00.
Majlis turut disertai oleh YB Datuk Seri Jalalludin Bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan Noor Azmi Yusof, ADUN Pertang, YB Tuan Mohd Razi Bin Mohd Ali ADUN Sg Lui, pengurusan tertinggi FELDA dan anak syarikat serta kepimpinan Wilayah dan rancangan FELDA Wilayah Alias.
Lawatan kali ini penuh bermakna buat rancangan FELDA Pasoh 1 kerana pengurusan tertinggi FELDA menyantuni peneroka, upacara perasmian dan aktiviti di kaunter jabatan FELDA sedikit sebanyak dapat menyelesaikan beberapa isu peneroka pada hari yang sama.
Terima kasih kepada warga peneroka FELDA Wilayah Raja Alias.
#Felda #66tahunfelda #KejayaanDalamKeberkatan #jommasukrancangan #pasoh1 #wilayah #rajaalias