Terima kasih kepada pelajar dan guru dari SK LKTP Tenang, Segamat yang sudi mengadakan lawatan sambil belajar ke Menara FELDA pada hari ini.
Rombongan lawatan sambil belajar ini selamat tiba pada pagi ini dengan jumlah 30 pelajar bersama 10 guru pengiring. Dalam sesi lawatan ini, pelajar yang juga merupakan generasi baharu FELDA Tenang, telah diberi taklimat ringkas penubuhan FELDA serta turut dibawa melawat galeri FELDA.
Semoga lawatan ini memberi serba sedikit pendedahan kepada adik-adik mengenai hala tuju FELDA serta visi ke arah Fortune 500 menjelang 2040 kelak. Adik-adiklah pemangkin dan pelapis barisan pemimpin pada masa akan datang.
Belajar rajin-rajin dan banggakan mak ayah ya