Baru –baru ini, telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan Program FELDA Digital Maker Hub (FDMH): Coding and Robotics yang telah disumbangkan oleh generasi baharu FELDA berjaya iaitu YBhg. Dato' Azmir Jaafar, generasi FELDA Pasir Besar dan kini merupakan Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Idris Jusoh, Pengerusi FELDA
Alhamdulillah, generasi baharu FELDA kini lebih berjaya dan sudah mampu untuk menyumbang kembali kepada warga FELDA bagi memastikan warga FELDA terus berjaya dan seterusnya akan meningkatkan mobiliti sosial warga FELDA.
Program FDMH ini merupakan inisiatif pendidikan FELDA dalam membantu pelajar-pelajar terutama generasi baharu FELDA yang menetap di rancangan FELDA untuk terbuka kepada revolusi teknologi serta mampu berdaya saing dan mahir teknologi kelak.
Terima kasih kepada YBhg. Dato' Azmir Jaafar sebagai penyumbang serta pihak Yayasan FELDA dan McDonald’s Malaysia yang memberi komitmen hebat dalam menyempurnakan majlis ini.
Semoga inisiatif ini akan dapat mencungkil lebih banyak bakat generasi baharu FELDA demi ke arah perkembangan teknologi, Revolusi Industri (IR 4.0) dan kemajuan FELDA.
@mcdonaldsmalaysia
FELDA Wilayah Raja Alias
#KejayaanDalamKeberkatan
#FELDADigitalMakerHub
#MobilitiSosialWargaFELDA