Bengkel persijilan myGAP AM bagi pembimbing FELDA dalam memastikan pelaksanaan Amalan Pertanian Baik telah diadakan di Kuala Terengganu dan FELDA Chalok pada 4 - 6 Julai 2022.
FELDA menjangkakan pengeluaran 2 tan sebulan menjelang 2023 dan menjadi pengeluar madu kelulut yang berkualiti serta mampu dipasarkan ke peringkat antarabangsa selepas mendapat persijilan myGAP AM.
Terima kasih kepada dua orang penceramah daripada Jabatan Pertanian Putrajaya dan semua peserta yang terdiri daripada pegawai ibu pejabat di JPPT, Penyelaras PPP di Wilayah dan Rancangan.
#KejayaanDalamKeberkatan #66TahunFELDA