MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA
77 orang pelajar dan 10 orang pengiring dari Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru tersentuh apabila Program Anak Angkat Bersama Komuniti berakhir. Mana tidaknya, layanan mesra dan pengalaman indah yang diberikan oleh keluarga FELDA kepada mereka, amat susah untuk ditemui di aktiviti luar.
Biarpun objektif asalnya lebih kepada mengamalkan budaya penyayang, menghargai antara satu sama lain, membangun potensi diri bagi meningkatkan sahsiah diri dan menimbulkan sikap bertanggungjawab serta berkemahiran, program ini juga memupuk budaya syukur dan beri balik kepada warga FELDA khususnya selepas mereka berjaya suatu hari nanti.