Media Gallery Latest News

Revolusi Teknologi 4IR Aktiviti Meracun Menggunakan Dron

Produktiviti operasi kawalan ulat bungkus secara manual adalah rendah dan banyak bergantung kepada tenaga buruh. Aplikasi teknologi dron di dua buah kawasan kajian telah meningkatkan produktiviti operasi meracun apabila mampu mencapai seluas 36 hektar/hari berbanding kaedah semburan bawah menggunakan backpack sprayer dan suntikan batang yang hanya mencapai purata 5 hektar/ hari.

Selain daripada ladang dengan topografi tanah rata, operasi meracun di kawasan ladang berbukit juga akan lebih mudah dilaksanakan dengan pengggunaan dron tersebut. Inisiatif teknologi diterapkan oleh FELDA dilihat mampu memberi nilai tambah dalam memantapkan operasi ladang dan mancapai sasaran 30% peningkatan produktiviti seperti digariskan. Ini sekaligus menjadikan usaha memelihara kesejahteraan peneroka dapat dicapai.

qr code 2903
Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03 2191 2191| Facsimile: 03 2191 2590 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1