Media Gallery Berita FELDA

FELDA MENYOKONG INISIATIF PEMELIHARAAN KESEIMBANGAN EKOSISTEM, MENYUMBANG DANA BAGI PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR.

FELDA melalui kerjasama bersama UKM-GSB, pada hari ini telah melaksanakan sebuah Program Tanggungjawab Korporat FELDA melalui Program Inisiatif Pemuliharaan Sun Bear ( Beruang Madu) di Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), Sandakan, Sabah.

Inisiatif ini mencerminkan usaha dan komitmen FELDA terhadap penjagaan Alam Sekitar, Sosial Dan Tadbir Urus (ESG) dengan turut memberi keutamaan kepada habitat ini yang memainkan peranan penting dalam ekosistem serta memberikan manfaat kepada manusia.

Peneroka FELDA Sahabat, petugas FELDA telah turut serta sebagai sukarelawan bersama pelajar UKM-GSB dengan menyediakan mainan (enrichment toy) daripada bahan semula jadi  untuk beruang madu bagi membantu haiwan tetsebut mengatasi sebarang tekanan dan tidak merasa terancam.

FELDA juga turut menyumbang sejumlah RM15,000 bersama FGV Holdings Berhad kepada BSBCC bagi membantu melancarkan operasi dan aktiviti pemuliharaan beruang madu di sini. FELDA akan terus komited dan sentiasa menyokong inisiatif kelestarian, memulihara dan penjagaan hidupan spesies terancam tanpa menganggu habitat tersebut di mana ia mempunyai peranan penting bagi membantu menjaga keseimbangan alam semula jadi.

Semoga usaha ini akan meningkatkan kesedaran serta kepentingan ekosistem ini dan seterusnya memainkan peranan penting dalam menyokong negara mencapai matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Sustainability Development Goals)

Bornean Sun Bear Conservation Centre

SISWA UKM

#ESG #SegalanyaFELDA #FELDALestari #sunbear #SDG15

Pautan Lanjut : Facebook FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Nur Aira Nabila

Minat adik Aira Nabilah terhadap robotik ini terbit apabila beliau menyertai program FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotics di sekolah rendah beliau di rancangan FELDA. Menurut adik Aira, apabila besar kelak, beliau ingin menabur bakti sebagai guru robotik mendidik anak bangsa terutama warga FELDA generasi baharu. Yayasan Felda
#KejayaanDalamKeberkatan
#FDMHCodingRobotics
#GenerasiBaharuFELDABerjaya

Muhamamd Aqil

Adik Aqil Mustaqim, pelajar SK LKTP FELDA Tenang merasa amat seronok apabila sekolah rendah tempat beliau belajar mempunyai Kelab Robotics dimana adik Aqil dapat mempelajari ilmu baharu. mencapai cita-cita sebagai juruterbang. Inisiatif FELDA dalam memperkenalkan FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotics di sekolah rendah dalam rancangan FELDA mensasar kepada pemantapan kemahiran, kreativiti dan meningkatkan penguasaan murid khususnya dalam pembelajaran robotik. Semoga Adik Aqil maju jaya dan berjaya mencapai cita-cita sebagai juruterbang kelak!
#KejayaanDalamKeberkatan
#FDMHCodingRobotics
#GenerasiBaharuFELDABerjaya

Tuan Nur Azreen

“Besar nanti, saya ingin jadi usahawan robotik!” Itulah cita-cita adik Tuan Nur Azreen, pelajar SK LKTP FELDA Tenang yang mengikuti program Coding & Robotics inisiatif pendidikan FELDA Digital Maker Hub. FELDA komited untuk menambah nilai pendidikan sedia ada dengan pembelajaran teknologi bermula di peringkat sekolah rendah sebagai persediaan generasi FELDA mendepani Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).
#KejayaanDalamKeberkatan
#FDMHCodingRobotics
#GenerasiBaharuFELDABerjaya

Hafiza Kamshah

“Saya seronak belajar Coding & Robotics. Sekarang saya sudah mahir pasang wayar LED, ucap adik Hafiza Kamshah.
Adik Hafiza yang merupakan pelajar Tahun 6 SK LKTP FELDA Tenang gembira kerana walaupun belajar di dalam rancangan FELDA, namun berpeluang mempelajari Coding & Robotics, inisiatif pendidikan dari FELDA.
Program FDMH-Coding & Robotic ini kini telah dilaksanakan di 71 buah sekolah rendah yang terdapat dalam wilayah FELDA seluruh negara.
#KejayaanDalamKeberkatan
#FDMHCodingRobotics
#GenerasiBaharuFELDABerjaya

Cikgu Khairul Aniza

Inisiatif FELDA dalam memperkenalkan FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotics di sekolah rendah dalam rancangan FELDA mensasar kepada pemantapan kemahiran, kreativiti dan meningkatkan penguasaan murid khususnya dalam pembelajaran robotik.
“Pelajar SK LKTP FELDA Tenang menyambut baik inisiatif ini. Melalui pembelajaran Coding & Robotics,, pelajar mampu bersaing dengan pelajar di bandar dari segi kemahiran dan teknologi semasa” – Cikgu Khairul Aniza.
#KejayaanDalamKeberkatan
#FDMHCodingRobotics
#GenerasiBaharuFELDABerjaya

1 ASHFIHANI

Ashfihani Binti Mohd Azhan, cucu peneroka FELDA Bukit Goh merupakan salah seorang guru MRSM Ulul Albab FELDA Trolak yang berjaya dalam temuduga pengambilan guru penempatan di MRSM ini.
“Saya amat-amat berbesar hati dan berbangga kerana diberi peluang untuk mendidik warga FELDA di sini”
Menurut beliau, Insya-Allah, jurusan baharu ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan dan cendekiawan seterusnya dapat mengharumkan nama MRSM FELDA ke peringkat yang lebih tinggi.
#KejayaanDalamKeberkatan
#ProgramUlulAlbab
#GuruInsaniPemangkinGenerasiMadani
#SelamatHariGuru2023

2 MUHAMMAD AZAMUDDIN

Muhammad Azamuddin Bin Zaid, yang mula berkhidmat sebagai guru MRSM Ulul Albab FELDA Trolak baru -baru ini bersyukur kerana pelajar-pelajar di MRSM ini diberikan kemudahan pembelajaran terbaik serta mempunyai barisan guru yang terlatih.
Tambah beliau yang merupakan graduan Maahad Qiraat Shoubra, Al Azhar Mesir, berkata sebagai guru di MRSM Ulul Albab, akan menjalankan amanah dan tangunggjawab sebagai pendidik mengasuh pelajar-pelajar sebaik mungkin menjadi insan berjaya duniani dan ukhrawi.
#KejayaanDalamKeberkatan
#ProgramUlulAlbab
#GuruInsaniPemangkinGenerasiMadani
#SelamatHariGuru2023

3 MUHAMMAD AZIM

Muhammad Azim Mohd Asri, guru MRSM Ulul Albab FELDA Trolak berpandangan inisiatif ini merupakan satu usaha yang baik dalam memperkenalkan satu sistem pembelajaran yang menggabungkan tahfiz dan akademik. Beliau juga berkongsi hasratnya untuk mendidik anak generasi FELDA menjadi modal insan yang berketerampilan serta mempunyai sahsiah yang tinggi.
MRSM FELDA Trolak (Ulul Albab) bermula tahun akademik 2023 adalah inisiatif pendidikan FELDA yang telah diumumkan semasa sambutan Hari Peneroka FELDA 2022 bertujuan sebagai nilai tambah bagi melahirkan generasi baharu FELDA yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
#KejayaanDalamKeberkatan
#ProgramUlulAlbab
#GuruInsaniPemangkinGenerasiMadani
#SelamatHariGuru2023

4 NUSAIBAH

“Saya sangat bersetuju apabila FELDA mengenalkan inisiatif Program Ulul Albab di MRSM FELDA Trolak” – Nusaibah Mohd Nazri.
Nusaibah Mohd Nazri, guru MRSM FELDA Trolak yang mengajar Program Ulul Albab di MRSM tersebut menzahirkan penerimaan murid terhadap program ini semakin baik dan mulai diterima oleh murid di sekolah itu.
Sebagai seorang guru, beliau juga menzahirkan akan terus berusaha dan komited dalam mendidik pelajar dalam mengusai bidang kurikulum dan kokurikulum agar sistem pendidikan Ulul Albab ini tercapai iaitu untuk melahirkan teknokrat dan professional sains huffaz yang berilmu, berakhlak mulia serta bertaqwa.
#KejayaanDalamKeberkatan
#ProgramUlulAlbab
#GuruInsaniPemangkinGenerasiMadani
#SelamatHariGuru2023

5 MUHAMMAD KHAIRI

Guru MRSM Ulul Albab FELDA Trolak, Muhammad Khairi Bin Shah Nor bersyukur kerana sejak daripada pengambilan pelajar tingkatan 1 pada April 2023, pelajar menunjukkan minat dalam Program Ulul Albab.
Sebagai seorang guru, beliau amat bersetuju Program Ulul Albab ini dapat dimanfaatkan oleh semua terutama anak muda dalam mendalami ilmu Al-Quran mencapai keseimbangan sahsiah diri dan lainnya menjamin masa hadapan tanah air serta agama.
#KejayaanDalamKeberkatan
#ProgramUlulAlbab
#GuruInsaniPemangkinGenerasiMadani
#SelamatHariGuru2023

Pelantikan PT FELDA 01Pelantikan PT FELDA 02Pelantikan PT FELDA 03Pelantikan PT FELDA 04Pelantikan PT FELDA 05

Tahniah! diucapkan kepada 48 orang calon yang telah berjaya dalam pelantikan kemasukan Pembantu Tadbir (P/O) FELDA. Calon yang telah berjaya kini sedang menjalani sesi orientasi bermula 2 Mei 2023 sehingga 9 Mei 2023 di Institut Latihan FELDA Trolak, Perak.

Dalam sesi orientasi tersebut, calon yang berjaya diberi taklimat ringkas mengenai FELDA, warga peneroka serta struktur organisasi bagi memberi pendedahan awal serta membantu mereka dalam melaksanakan perkhidmatan kelak.

Semoga dengan asas ilmu yang diberikan, kesemua 48 orang pembantu tadbir baharu ini akan terus dan kekal bersemangat menjalankan tugas sebaiknya serta membantu FELDA mencapai kegemilangan serta menjaga keharmonian seluruh warga FELDA.
#KejayaanDalamKeberkatan
#PrestasiBudayaCemerlang

Global Youth Development Summit 2023 01Global Youth Development Summit 2023 02Global Youth Development Summit 2023 03Global Youth Development Summit 2023 04Global Youth Development Summit 2023 05Global Youth Development Summit 2023 06

MAHASISWA FELDA, MEWAKILI MALAYSIA KE PERSADA DUNIA

Tahniah! diucapkan kepada 3 orang generasi baharu FELDA ,Mohamad Nizam Bin Joha , Mohamad Suhail Bin Osman, anak peneroka FELDA Kechau 1, serta Muhammad Afiq Bin Rosdi, cucu peneroka FELDA Neram 1 mewakili Malaysia dalam Global Youth Development Summit 2023 yang berlangsung di Kolkata, India pada 26- 30 April 2023.
Global Youth Development Summit merupakan acara tahunan bagi menghimpunkan belia di seluruh dunia dalam peluang melalui sesi bertukar pendapat mengenai topik pembangunan belia seluruh dunia dan mengetengahkan isu global untuk dibincangkan sebagai pencetus kepada penyelesaian.
Wakil tersebut merupakan Presiden dan Naib Presiden Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA) dan Setiausaha Kehormat Majlis Belia FELDA (MBFM) Negeri Pahang.
Seluruh warga FELDA merakamkan rasa bangga atas pencapaian generasi baharu FELDA serta mendoakan semoga dengan peluang ini terus membawa warga FELDA ke persada dunia mewakili FELDA serta seluruh rakyat Malaysia!

#KejayaanDalamKeberkatan
#GenerasiBaharuFELDABerjaya

Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03-2191 2191 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1