Federal Land Development Authority (FELDA) was established on July 1, 1956 under the Land Development Ordinance of 1956
 
     | 
CPO : RM 5,308.50 (per tonne)
soalan lazim2 hubungi kami2 aduan2 petalaman3
Staff Announcement List of Announcement Notis Mesyuarat Agung PKKF Kali Ke - 30

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Yang Berbahagia Tan Sri / Dato’ / Datuk / Tuan / Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KAKITANGAN KANAN FELDA (PKKF) KALI KE-30

Dengan hormat dan penuh takzimnya dimaklumkan bahawa ‘Mesyuarat Agung Persatuan Kakitangan Kanan FELDA (PKKF) Kali Ke-30’ dijadualkan berlangsung pada 7 Mac 2020 (Sabtu), jam 2.30 petang bertempat di Dewan Ehsan, Pejabat Felda Wilayah Terengganu.

  1. Untuk makluman semua ahli, Agenda Mesyuarat Agung Persatuan Kakitangan Kanan FELDA Kali Ke-30 adalah seperti berikut:-
  1. Ucapan Presiden Persatuan Kakitangan Kanan FELDA (PKKF);
  2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Persatuan Kakitangan Kanan FELDA Kali Ke-29 yang telah diadakan pada 9 Disember 2017;
  • iii. Pembentangan Laporan Aktiviti Persatuan Kakitangan Kanan FELDA;
  1. Pembentangan Laporan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019;
  2. Pembentangan Usul;
  3. Hal-Hal Lain; dan
  • vii. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kakitangan Kanan FELDA Sesi 2020-2023.
  1. Bersama-sama ini disertakan ‘Borang Pencalonan & Borang Usul’ untuk diisi oleh Yang Berbahagia Dato’/ Datuk / Tuan / Puan. Borang usul yang telah diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung Persatuan Kakitangan Kanan FELDA melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum 24 Februari 2020 (Isnin) untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan dengan perkara di atas, sukacitanya Yang Berbahagia Dato’ / Datuk / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Kakitangan Kanan FELDA Kali Ke-30.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Sekarang

File name: Notis_Mesy_Agung_Tahunan_PKKF_Kali_Ke_-_30.pdf

3806 1005
Muat Turun Sekarang

File name: Borang_Pencalonan__Usul_AGM_PKKF_Kali_Ke_30.pdf

3806 752
Kaji Selidik Portal