Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
PENDAFTARAN PEMINJAM LPPSA KE PORTAL PERMOHONAN PEMBIAYAAN LPPSA DAN CARTA ALIR PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA
Dimaklumkan LPPSA telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS) baharu pada 1 April 2019. Sehubungan itu, semua peminjam LPPSA dikehendaki untuk mendaftar di Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA bermula 1 April 2019 bagi sebarang permohonan baru dan juga untuk mengakses akaun pembiayaan perumahan anda. Panduan pendaftaran peminjam ke Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA adalah seperti dilampiran.
Justeru itu, bagi memudahkan petugas untuk membuat permohonan pinjaman perumahan berikut dilampirkan Carta Alir Permohonan Pembiayaan Perumahan LPPSA untuk rujukan. Untuk makluman semua petugas, mulai 1 April 2019 Surat Iringan ketua Jabatan yang diterima oleh pihak LPPSA adalah surat iringan dan pengesahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sumber Manusia Ibu Pejabat FELDA Sahaja.
Diharapkan semua petugas dapat mengikut prosedur pinjaman dan memastikan permohonan dihantar ke Jabatan Sumber Manusia Ibu Pejabat FELDA sebelum di hantar kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Muat Turun Buku Majlis Pesara Felda
Bil | Tajuk | Format | |
---|---|---|---|
1 | E-Booklet | Muat Turun | |
2 | E-Booklet | Muat Turun |