Staff Announcement List of Announcement Perutusan Tahun Baru Cina 2020 Daripada Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri / Dato’/ Datuk / Datin / Tuan/ Puan,

CNY

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2020

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting kaum Tionghua di seluruh dunia. Di Malaysia, perayaan tersebut disambut meriah oleh jiran-jiran dan rakan-rakan kita dari masyarakat Tionghua. Bahkan sambutan tersebut menjadi sebahagian dari kebudayaan Malaysia.

Penyertaan pelbagai masyarakat dalam acara-acara sambutan Tahun Baru Cina mencerminkan budaya toleransi dan apresiasi kepada kepelbagaian yang berakar dalam sanubari bangsa Malaysia.

Inilah kekuatan Malaysia. Perayaan satu kaum turut disambut oleh kaum-kaum yang lain, menampilkan Malaysia laksana sejambak bunga yang berwarna-warni. Marilah kita pertahan dan kekalkan keindahan ini. Kita maju bersama dan makmur bersama.

Sungguh gemilang negeriku,

Aman makmur kaya raya,

Tanah pusaka bertuah,

Berbagai bangsa di dalamnya,

Hidup damai dan bersama.

Sempena musim perayaan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambutnya. Semoga tahun ini dimurahkan rezeki, dilimpahi keberkatan dan diberi kebahagiaan bersama keluarga, saudara mara, jiran-jiran dan sahabat handai yang terdiri dari semua rakyat Malaysia.

鼠 年 大 吉

shǔ nían dà jí

平 安 如 意

píng ān rú yì

经 济 兴 旺

jīng jì xìng wàng

繁 荣 昌 盛

fán róng chàng shèng

MAKMUR2030

qr code 2903
Federal Land Development Authority, FELDA Tower, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone: 03 2191 2191| Facsimile: 03 2191 2590 | Email : [email protected]

Best viewed using the latest version browser with Resolution 1280 x 1024 and above.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1