Kemenangan itu membolehkan tanah rancangan berkenaan membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak RM1 juta yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di hadapan kira-kira 10,000 warga peneroka dari seluruh negara.

Sambutan itu yang julung kali diadakan di bawah pentadbiran kerajaan baharu negara turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh; Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar dan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Bermula 2008, juara AKKF dianugerahkan kepada tanah rancangan terbaik yang berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda di samping aspek pembangunan kualiti komuniti serta ladang.

AKKF memberi impak positif antaranya mencetus dan menggalakkan aktiviti dalam kalangan seluruh masyarakat Felda untuk membawa perubahan ke arah menceriakan kawasan kampung.

Anugerah itu juga memberi dorongan kepada warga Felda untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan kawasan kampung serta menjadikan tanah rancangan sebagai komuniti contoh luar bandar.

Ia turut membentuk komuniti ceria selain menukar wajar perkampungan Felda menjadi komuniti taman dan dilengkapi infrastruktur yang baik serta terurus. - UTUSAN ONLINE