Media Keratan Akhbar 2019 Beri Felda diurus pihak berkemampuan
Tidak patut jatuh ke dalam lubang yang sama
Felda atau nama asalnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan sudah tidak berwang dan peneroka pula kepayahan mengalas bebanan hutang.

SAMBUTAN Hari Peneroka Felda tahun ini merupakan yang pertama di bawah kerajaan baharu selepas berlakunya peralihan kuasa politik.
Peralihan itu mengejutkan sebahagian besar warga Felda dari lamunan tentang pahitnya realiti yang ada.

Felda atau nama asalnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan sudah tidak berwang dan peneroka pula kepayahan mengalas bebanan hutang.

Jika dahulu Felda kaya raya dan bebas hutang tetapi entiti yang pernah gah di mata dunia terpaksa bergantung kepada kerajaan untuk menyara dirinya.

Kalau Felda seorang lelaki, dia sudah pun melewati usia persaraannya.

Pada usia 62 tahun lalu, entiti itu sepatutnya sudah mampu tersenyum untuk menyaksikan kejayaan dan kesejahteraan yang diraih oleh sebahagian besar peneroka, jika tidak semuanya.

Takdir menyaksikan Felda yang pernah mencatat keuntungan bersih antara RM200 juta hingga RM1.1 bilion setahun, akhirnya berdepan masalah kewangan yang kritikal selepas penyenaraian FGV Holdings Bhd. (FGV) pada tahun 2012.

Terasa sekali, bagaikan ceritera Pak Kadok, menang sorak, kampung tergadai.

Biar pun begitu, segala-galanya belum terlambat, sebenarnya terdapat hikmat dan pengajaran di sebaliknya.

Peneroka tidak seharusnya lagi terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi sepatutnya sudah lama mula melakukan anjakan baharu dalam pemikiran mereka.

Sudah ada contoh kejayaan yang jelas di persekitaran mereka.

Pemikiran mereka seharus dibiarkan bebas tapi bukan selesa dan bukan juga dibelenggu oleh politikus yang lebih mementingkan diri dan tamakan kuasa.

Jika dihitung bukan sedikit mereka yang hebat dan berkepakaran dalam Felda dan juga lahir dari Tanah Rancangan.

Sektor pertanian ladang seharusnya banyak berubah dan mengambil sepenuhnya faedah daripada perkembangan teknologi semasa.

Setiap warga Felda harus bersama-sama beranjak minda dan usaha kepada satu titik temu yang baharu.

Insentif yang benar-benar menarik perlu diberikan kepada generasi muda untuk mengambil alih pengurusan perladangan sawit dari ibubapa mereka bukan sekadar kata-kata ucapan semata-mata.

Sejarah membukti bahawa Felda mampu cemerlang dan gemilang.

Namun begitu kegagalan akan terus berulang selagi sikap penting diri terpendam dalam diri pihak pengurusan atasan dan kerajaan sekadar menjadikan peneroka alat percaturan politik pada masa depan.

Tidak sepatutnya Felda dan peneroka jatuh ke dalam lubang yang sama sekali lagi.

–BebasNews

 

Sumber : Bebas News

http://bebasnews.my/blog/2019/07/05/tidak-patut-jatuh-ke-dalam-lubang-yang-sama/

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1