FELDA bakal melancarkan FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotic
FELDA bakal melancarkan FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotic sebagai usaha melahirkan generasi baharu yang mesra dalam bidang teknologi & elektronik.
Ini selaras dengan perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) di mana penekanan kepada pembangunan bakat dan kemahiran melalui aktiviti-aktiviti hands-on amat penting untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.