Media Paparan Galeri Berita FELDA Majlis Jalinan Pintar FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotics Di SK (LKTP) Bukit Sagu 01

Encik Saodi Jalil

FELDA KE ARAH TRANSAKSI TANPA TUNAI

“Ia bukan sahaja memudahkan kami, malah memang memberi manfaat kepada warga FELDA”
Encik Saodi Jalil, peneroka FELDA Selendang 2 merupakan salah seorang peneroka yang kini telah menerima bayaran hasil ladang secara terus ke akaun bank. Inisiatif Transaksi Tanpa Tunai ini memberi kemudahan kepada beliau dimana beliau tidak lagi perlu ke pejabat rancangan untuk menerima bayaran.

Encik Saodi juga menyaran rakan –rakan peneroka untuk membuka akaun bank kerana ia memanfaat kepada setiap individu termasuklah peneroka FELDA.

#KejayaanDalamKeberkatan
#FELDAKeArahTransaksiTanpaTunai
#KomunitiPintarTanpaTunai

Puan Fauziah Mat Nor

FELDA KE ARAH TRANSAKSI TANPA TUNAI

Selaras revolusi teknolgi 4IR, peneroka FELDA juga tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi masa kini menerusi inisiatif FELDA ke arah tansaksi tanpa tunai.
Bermula dengan pembayaran hasil ladang terus ke akaun bank peneroka, ternyata ia memberi kemudahan kepada peneroka FELDA.

Puan Fauziah Mat Nor, penerokawati FELDA Selendang 2 antaranya menyokong inisiatif ini yang banyak membantu beliau dalam pengurusan kewangan.
Selain daripada memberi manfaat, inisiatif ini juga akan membantu meningkatkan tadbir urus FELDA dalam pengurusan kewangan yang komited ke arah pemantapan tadbir urus terbaik.

#KejayaanDalamKeberkatan
#FELDAKeArahTransaksiTanpaTunai
#KomunitiPintarTanpaTunai

Encik Razak Osman

FELDA KE ARAH TRANSAKSI TANPA TUNAI

"Dimana -mana pon mudah, tiada keberatan untuk kami"

Encik Razak Osman, peneroka FELDA Selendang 2 menyahut baik inisiatif FELDA ke arah transaksi tanpa tunai.
Menurut beliau, kini beliau tidak lagi perlu risau, kerana melalui transaksi tanpa tunai beliau masih boleh menggunakan kad bank bagi apa-apa pembelian di dalam rancangan FELDA.

#KejayaanDalamKeberkatan
#FELDAKeArahTransaksiTanpaTunai
#KomunitiPintarTanpaTunai

 

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1