Media Paparan Galeri Berita FELDA #RESTART : Pelarasan Pinjaman Peneroka
FELDA SERTAI KONVENSYEN KREATIF DAN INOVATIF MEMFOKUS KEPADA PEMANTAPAN PENGURUSAN LADANG 
 
FELDA komited dalam usaha memastikan pengurusan ladang terbaik demi kesejahteraan warga peneroka. Baru-baru ini, FELDA telah menyertai pertandingan inovasi dan kreatif hasil idea petugas FELDA dalam menyemai amalan kreatif dan inovatif di kalangan petugas dan mampu memberikan impak tinggi kepada FELDA serta warga peneroka secara khususnya.
 
Inovasi yang di reka cipta oleh termasuklah dalam kategori penambahbaikan operasi ladang dan kerja pengurusan seperti alatan memudahakan proses pembajaan, alat suntikan pokok sawit bagi tujuan penjarakan pokok dan kawalan penyakit , mengenal pasti tapak kosong, mengurangkan risiko sentuhan bahan kimia, serta alat yang mampu mempercepatkan proses rawatan dan pencegahan penyakit berjangkit terhadap tanaman.
 
Selaras dengan revolusi teknologi 4IR, FELDA juga mereka cipta inovasi teknologi perladangan yang memberi impak kepada pengurangan kos operasi serta pemantauan dengan capaian ketepatan data sehingga 99%. 
Konvensyen ini diwakili oleh petugas dari Ibu Pejabat , Wilayah Raja Alias, Wilayah Alor Setar, serta Wilayah Jengka. 
 
 
 

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1