FELDA komited dalam usaha memastikan pengurusan ladang terbaik demi kesejahteraan warga peneroka. Baru-baru ini, FELDA telah menyertai pertandingan inovasi dan kreatif hasil idea petugas FELDA dalam menyemai amalan kreatif dan inovatif di kalangan petugas dan mampu memberikan impak tinggi kepada FELDA serta warga peneroka secara khususnya.
Inovasi yang di reka cipta oleh termasuklah dalam kategori penambahbaikan operasi ladang dan kerja pengurusan seperti alatan memudahkan proses pembajaan, alat suntikan pokok sawit bagi tujuan penjarakan pokok dan kawalan penyakit , mengenal pasti tapak kosong, mengurangkan risiko sentuhan bahan kimia, serta alat yang mampu mempercepatkan proses rawatan dan pencegahan penyakit berjangkit terhadap tanaman.
Selaras dengan revolusi teknologi 4IR, FELDA juga mereka cipta inovasi teknologi perladangan yang memberi impak kepada pengurangan kos operasi serta pemantauan dengan capaian ketepatan data sehingga 99%.
Penyertaan ini telah diselaraskan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan FELDA dan rekaan inovasi diwakili oleh petugas dari Ibu Pejabat , Wilayah Raja Alias, Wilayah Alor Setar, serta Wilayah Jengka.