Adik Iman Nur Dhuha, generasi baharu FELDA Kg. Sertik berasa seronok belajar melalui konsep FELDA Smart Classroom kerana ia menjadikan pembelajaran lebih interaktif.
Adik Iman yang bercita-cita sebagai guru amat bersyukur kerana diberi peluang ini walaupun menetap di kawasan luar bandar. Kini beliau yakin dan mahir dalam teknologi peredaran semasa.
Adik Aiman dari FELDA Mempaga 3 yang kini mahir teknologi pengaturcaraan melalui FELDA Smart Classroom (Kelas Pintar) mengakui lebih mudah melakukan tugasan apabila ada kemahiran ini.
Beliau yang sememangnya minat dalam bidang teknologi merasa gembira apabila mendapat peluang pembelajaran konsep Kelas Pintar dan menjadikan ia satu peluang untuk lebih berjaya.