Media Paparan Galeri Berita FELDA

Hari Produktiviti 01Hari Produktiviti 02Hari Produktiviti 03Hari Produktiviti 04Hari Produktiviti 05

FELDA Wilayah Terengganu terletak di negeri Terengganu yang penuh dengan khazanah, pulau yang indah serta mewah dengan makanan yang sedap terutamanya 'kepok lekor'.
Hari Produktiviti & Kualiti(JPPK) FELDA kali ini di adakan di Wilayah Terengganu. Bermula dengan sesi penerangan wakil dari MPOB, Mohd Shukri Abd Manap berkaitan Manual Pengredan MPOB bagi meningkatkan kualiti BTS dan pendapatan peneroka. Ucapan aluan oleh En Hasbullah Mohamad Ketua Peneroka Gabungan Wilayah Terengganu dan En Wan Zamri Wan Yusop, Pengarah Wilayah Terengganu.

Program kali ini dirasmikan oleh En. Izham Mustaffa, Timbalan Pengarah Besar(Operasi). Memetik ucapan beliau permuafakatan diantara semua peringkat pengurusan dalam rantai pengeluaran hasil sawit bermula dari ladang sehingga ke kilang sawit perlu dikukuhkan demi meningkatkan kualiti BTS yang mana peningkatan pendapatan peneroka diutamakan. Sasaran 2023 adalah KPG: 20%, BTS Muda bawah 1.0% dan 1 Wilayah 1 Projek 2523.
Aktiviti-aktiviti menarik turut di selingkan semasa program berlangsung seperti pameran BTS, booth jualan, pemeriksaan kesihatan dan derma darah. Perkara yang lucu di akhir lawatan di lokasi dewan derma darah, En Izham fokus melihat darah yang dikumpul oleh pegawai kesihatan serta kagum dengan penderma darah yang berani menderma darah sebaliknya beliau takutkan darah.

Pemuafakatan Produktiviti dan Kualiti (JPPK) merupakan satu usaha berterusan FELDA demi meningkatkan produktiviti BTS dan meningkatkan pendapatan peneroka.

#KejayaanDalamKeberkatan
#BTSBerkualiti
#feldawilayahterengganu

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1