Media Paparan Galeri Berita FELDA Hasil Penternakan Lembu Secara Integrasi Diterima Oleh Peneroka FELDA Sahabat 2

PPP LEMBU 01PPP LEMBU 02PPP LEMBU 03

Alhamdulillah, seramai 178 orang peneroka dari FELDA Sahabat 2 telah menerima hasil dari Projek PPP Penternakan Lembu Secara Integerasi menerusi Model Koperasi pada hari ini, dengan pendapatan bersih RM619/peneroka.
 
Lembu ini telah diternak selama hampir 12 bulan secara integrasi sebelum dijual pada musim Hari Raya Qorban yang lalu. Selain dari menambah pendapatan dari projek sampingan, penternakan lembu terbukti mampu mengurangkan kos pembersihan ladang sebanyak kira-kira 40%. Operator projek, Bumi Hijau Agrofarm, merupakan generasi kedua FELDA Sahabat 2 telah menguruskan segala hal-hal berkaitan operasi bagi projek, termasuk merancang pergerakan lembu dalam ladang tanpa menyebabkan kerosakan pada pokok sawit.
 
Projek ini juga merupakan projek fasa 1 bagi Projek Khas PPP Hab Lembu Pedaging FELDA Sahabat yang kini mempunyai populasi keseluruhan menjangkaui 1,700 ekor. Dana awal bagi pembelian lembu dari projek ini (RM338k) telah diasingkan dan diserap ke dalam pelaksanaan projek berskala besar ini.
 
#PPPFoodSecurity
#KejayaanDalamKeberkatan
#66TahunFELDA

 

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1