Semalam, tuaian kali pertama untuk Projek Koperasi Ikan Tilapia FELDA Lok Heng Timur yang melibatkan 469 peneroka telah dijalankan menerusi offtaker Prima Teknik Resources.
Menerusi konsep Koperasi/Badan, 12 unit kolam telah dibina yang meliputi Kolam Ternakan (Produksi), Kolam Tadahan, Kolam Rawatan, dan Kolam Transit Ikan. Kapasiti ikan yang boleh diternak adalah sebanyak 32,000 ekor dengan anggaran berat 9.6 mt secara keseluruhan.
Tuaian kali pertama dengan nilai RM 1,476 telah dibuat pada 19 Oktober 2022 (164 kg), dan akan dibuat secara berperingkat sehingga akhir November. Unjuran hasil keseluruhan yang dianggarkan selesai tuaian adalah RM RM86,400.
Felda Wilayah Johor Bahru
#PPPFoodSecurity
#66TahunFELDA
#KejayaanDalamKeberkatan