Media Paparan Galeri Berita FELDA Felda appoints Amiruddin Abdul Satar as new DG, effective Oct 15
HAB LEMBU PEDAGING 01HAB LEMBU PEDAGING 03HAB LEMBU PEDAGING 02
 
KEJAYAAN HAB LEMBU PEDAGING FELDA DIKONGSIKAN BERSAMA BKSF
 
Encik Hasrin Ismail, Pengarah Jabatan Pembangunan Pertanian dan Penternakan FELDA telah berkongsi permulaan kejayaan projek Hab Lembu Pedaging FELDA Sahabat dengan penerimaan 1,570 ekor lembu dari Australia. 
Taklimat yang diberikan kepada Bahagian Kawal Selia FELDA ini turut dihadiri Setiausaha Bahagiannya, YBhg. Dato’ Azlan Johar. 
 
Beliau turut bersama dalam Program Pemilihan Ternakan bagi Hab Lembu Pedaging FELDA Sahabat yang sedang giat dijalankan. Pemilihan ternakan dibuat selepas 14 hari tempoh kuarantin berakhir sebagai syarat penerimaan ternakan. Antara kriteria yang diperiksa adalah BCS (Body Condition Score) dan BSE (Breeding Soundness Evaluation).
 
Beliau juga dibawa melawat ke projek-projek infrastruktur bagi warga peneroka FELDA di Sahabat seperti Stesen Janakuasa Cenderawasih, Tangki Skid Diesel, Tapak Cadangan Projek Solar dan Loji Janakuasa Biogas (Umas). 
Turut bersama dalam sesi ini adalah Encik Yusof Ismail, Pengarah Wilayah FELDA Sahabat, Encik Amit Inyok, Ketua Peneroka Wilayah Sahabat dan Encik Mohd Fadzil, CEO FICIPM. 
 
 
qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1