FELDA amat berbesar hati menerima kunjung hormat dari wakil Menteri Ketenagakerjaan, Ir. Afriansyah Noor, M. Si serta delegasinya ke Menara FELDA pada hari ini.
Dalam kunjungan ini FELDA sempat membincangkan keperluan Tenaga Kerja Asing (TKA) bagi operasi ladang di FELDA serta menyediakan taklimat ringkas mengenai pelaksanaan perlindungan, layanan serta penyediaan kemudahan perumahan TKA di FELDA.
Kunjungan ini telah disambut oleh Encik Izham Mustaffa, Timbalan Pengarah Besar (Operasi) mewakili pihak pengurusan FELDA serta dihadiri bersama oleh Encik Mohamad Fadzli Hasan, Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) dan Encik Mohd Fakhrurazi, Presiden Kami Anak FELDA (KAF).
Semoga dengan kunjungan ini akan lebih mengeratkan hubungan kerjasama diantara FELDA dengan negara jiran dan memberi impak terbaik kepada seluruh warga peneroka FELDA.
#KejayaanDalamKeberkatan
#KunjungHormat