



GENERASI BAHARU FELDA DITAJA LATIHAN KURSUS KADET FORKLIFT BAGI PENINGKATAN KUALITI KEMAHIRAN INDUSTRI
Sejumlah 6 orang generasi baharu FELDA terdiri daripada anak dan cucu peneroka FELDA telah berjaya merebut tawaran dalam kursus Kadet Forklift melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh MSM Malaysia Holding.
Inisiatif program ini yang merupakan kolaborasi FELDA bersama MSM Malaysia Holding. bertujuan untuk meningkatkan nilai pasaran generasi baharu FELDA dengan peningkatan kemahiran melalui pemilikan Lesen F dalam bidang tersebut. Semua peserta ini akan menjalani kursus latihan secara percuma selama 4 hari di sebuah syarikat perindustrian terkemuka kelak.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Semoga peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya dan melahirkan moboliti sosial warga FELDA lebih cemerlang.