Media Paparan Galeri Berita FELDA e-Perolehan FELDA : Cara Pembelian & Penyertaan Tender

LAWATAN DELEGASI US 01LAWATAN DELEGASI US 02LAWATAN DELEGASI US 04LAWATAN DELEGASI US 05

FELDA amat berbesar hati apabila menerima kunjungan daripada US Department of Agriculture & Kedutaan US Kuala Lumpur pada hari ini.

Lawatan dimulakan dengan lawatan ke ladang sawit FGV dan seterusnya dibawa ke rumah peneroka dan penerokawati yang lebih mesra disapa Pak Lang dan Mak Lang.

Di rumah tersebut, tetamu istimewa ini dijamu dengan hidangan minum pagi tradisional hasil air tangan GPW FELDA Besout 4 seperti kuih gatas dan burger Malaysia.

Delegasi telah diberi taklimat ringkas mengenai FELDA dan turut berkongsi sejarah dan budaya di rancangan tersebut adalah Saudara Alif, anak peneroka FELDA Besout 4.

Seterusnya, delegasi dibawa untuk melihat projek tanaman nanas MD2 Program Pembangunan Peneroka (PPP) seluas 100ekar dengan jumlah 2.5juta pokok nanas. Projek ini dianggarkan akan memberi pendapatan tambahan berupa dividen tahunan sebanyak RM1,000/peneroka melibatkan anggaran 1,000 peneroka melalui projek Model Baharu PPP bersama Agrobank melibatkan Koperasi/Badan Peneroka.

Terima kasih kepada FELDA wilayah Trolak, peneroka dan penerokawati FELDA Besout 4, jabatan FELDA terlibat serta FGV Holding Berhad yang bersama menjayakan siri lawatan ini.

#KejayaanDalamKeberkatan
#FELDAModelContoh

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1