Media Paparan Galeri Berita FELDA Pelajar SK FELDA Pasir Besar Gembira Terima Sumbangan Bagi Program FELDA Digital Maker Hub (FDMH) : Coding And Robotic

Majlis Konvokesyen 01Majlis Konvokesyen 02Majlis Konvokesyen 03Majlis Konvokesyen 04Majlis Konvokesyen 05Majlis Konvokesyen 06Majlis Konvokesyen 07Majlis Konvokesyen 08

Seramai 666 Graduan Kolej Yayasan FELDA diraikan dengan penuh istiadat dan kesyukuran. Tahniah kepada 666 graduan Kolej Yayasan FELDA yang kebanyakan terdiri dari kalangan generasi baharu FELDA telah tamat pengajian tahun 2021- 2021 dalam bidang pengajian Hospitaliti, Dialisis, Pengurusan Pentadbiran dan Fesyen Digital.

Graduan telah diraikan dalam sebuah Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan FELDA ke-24 dengan penuh istiadat di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh keluarga dan insan tersayang bagi merakam detik indah dan bersejarah masing-masing.
Alhamdulillah, melalui Yayasan FELDA, seramai lebih 24,000 alumni telah dilahirkan terdiri dari kalangan generasi baharu dalam pelbagai program latihan yang berkualiti terhadap industri dan melahirkan graduan yang berdaya saing untuk menghadapi cabaran dalam industri kemahiran negara.

Kejayaan FELDA serta graduan pada hari ini turut didedikasikan kepada ibu bapa, ahli keluarga, penjaga, para pentadbir dan pendidik serta seluruh warga Yayasan Felda. Tanpa usaha dan semangat yang teguh, kejayaan pada hari ini tidak mungkin akan dapat diraikan dengan penuh kesyukuran dan keberkatan.

Insya-Allah, FELDA akan terus dan sentiasa mendoakan kejayaan yang lebih cemerlang kepada semua graduan dan generasi baharu FELDA.

Yayasan Felda
#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialWargaFELDA

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1