Penggunaan bin sistem di FELDA Tenang, Wilayah Segamat memberikan impak positif terhadap peningkatan hasil ladang, keselamatan hasil serta telah menambahbaik pengendalian buah tandan segar (BTS). Bin Sistem ini merupakan salah satu mekanisasi digunapakai bagi aktiviti ladang yang membantu dalam pengurusan sistem angkut buah berpusat dan sistematik.
Dengan penggunaan mekanisasi ini juga, ia telah menarik minat golongan muda untuk bekerja di ladang dan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing. Impak positif penggunaan sistem bin ini akan diperluaskan di Kompleks Maokil dan Kompleks Palong Timur dalam tempoh terdekat. Insya-Allah.
#KejayaanDalamKeberkatan
#TanahKitaHasilKita