Media Paparan Galeri Berita FELDA Komited Sempurnakan PGBF

Yayasan FELDA 01Yayasan FELDA 02Yayasan FELDA 03Yayasan FELDA 04Yayasan FELDA 05Yayasan FELDA 06

“Dengan termeterainya MoU ini, saya yakin dan percaya aspirasi pendidikan generasi baharu FELDA diperkasakan seiring penguasaan digital yang akan menjadi penggerak masa hadapan yang lebih maju.”

FELDA melalui Yayasan Felda telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Les’ Copaque Animation Academy (LCAA) pada 6 Disember 2022 bertempat di Hotel Sri Acapella, Shah Alam.
Inisiatif berteras pendidikan dengan peruntukan RM500,000 untuk menaja 30 orang generasi baharu FELDA ini adalah selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dimana telah disediakan program pengajian peringkat Diploma Perniagaan Kreatif dan Diploma Teknologi Animedia 3D yang berteraskan pembikinan produk animasi 3D dan Diploma Perniagaan Kreatif.

Memorandum ini ditandatangani oleh Dato’ Mohd. Banuri Aris, Pengurus Besar Yayasan FELDA dan Encik Ahmad Akmal bin Ahmad Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif Les’ Copaque Animation Academy (LCAA) dengan disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Idris Jusoh dan Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengerusi Les’ Copaque Animation Academy (LCAA).

Insya-Allah, melalui pemerkasaan pendidikan generasi baharu FELDA berteras teknologi ini akan berupaya melahirkan modal insan yang cemerlang dengan asas pendidikan terbaik bagi mendepani cabaran era digitalisasi.

M Fadzli Hasan - Presiden MBFM
Majlis Belia Felda Malaysia
#KejayaanDalamKeberkatan
#MobilitiSosialFELDA

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1