Media Paparan Galeri Berita FELDA FELDA Di Kedudukan Ketiga Terbaik

Memorandum Persefahaman telah ditandatangani antara SYARIKAT ITTIHAD TRADING & RESOURCES SDN BHD dan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Projek arnab pedaging PPP FELDA Bukit Aping Barat 03

FELDA terus proaktif menjalin sinergi bagi meningkatkan kecekapan serta produktiviti bagi projek-projek Program Pembangunan Peneroka (PPP).
Baru-baru ini, satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani antara SYARIKAT ITTIHAD TRADING & RESOURCES SDN BHD dan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM).

Memorandum Persefahaman ini akan membawa kepada satu bentuk kolaborasi untuk mengukuhkan dan menggalakkan industri penternakan serta produk berasaskan daging arnab terutamanya mengambil kira kekuatan kedua-dua pihak sebagai pemain industri dan penyelidik.

Kerjasama ini dilihat akan mampu menambah baik agenda peningkatan pendapatan komuniti melalui program-program yang akan dilaksanakan terutamanya yang melibatkan industri pertanian dan penternakan arnab.
Satu perjanjian ‘Offtaker’ projek arnab pedaging PPP FELDA Bukit Aping Barat turut ditandatangani antara Puan Rohana binti Suleiman @ Seliman, Wakil Aping Barat Rabbitries bersama Encik Muhammad Nazri bin Kasmen Wakil Peserta PPP FELDA Bukit Aping
Barat.

#KejayaanDalamKeberkatan
#ProgramPembangunanPeneroka
#UsahawanJutawan

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1