Media Paparan Galeri Berita FELDA

ENCIK LATIF BAKAR

Tahniah Encik Latif Bakar, peneroka FELDA Selancar 3 yang telah menerima penyata pendapatan yang pertama setelah menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman peneroka. Encik Latif kini menikmati kadar bayaran kembali berjumlah RM233 sebulan apabila setuju bersama FELDA dalam pengurusan perladangan.

Kebersamaan dalam aspek perladangan akan membawa FELDA lebih maju ke arah perladangan lestari.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

AMAT BIN IBRAHIM

Perjanjian ini bukan sahaja membantu menghapuskan hampir 70% pinjaman saya, namun saya layak menikmati kadar bayaran kembali yang lebih rendah. Inisiatif oleh Kerajaan dan FELDA ini sangat-sangat saya hargai. " - Encik Amat Ibrahim, peneroka FELDA Selancar 3.

FELDA Wilayah Kuantan

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

ENCIK TARMBENJI

Encik Tarmbenji, peneroka FELDA Selancar 3 kini menikmati kadar bayaran kembali (BK) lebih rendah iaitu sebanyak RM 236/ bulan setelah menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman peneroka.

Kebersamaan di antara FELDA dan peneroka ini telah memberikan nafas baharu kepada peneroka apabila perjanjian ini terbukti dengan adanya penyata pendapatan terkini kepada peneroka. Semoga keyakinan ini menjadikan FELDA lebih cemerlang dan gemilang.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

ENCIK SULAIMAN HARUN

Saya gembira apabila kini sudah boleh semak jumlah pinjaman yang perlu dibayar. Kadar bayaran kembali juga adalah lebih rendah - Encik Sulaiman Harun, peneroka FELDA Trolak Selatan .

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

PUAN HAWANIAH

Puan Hawaniah atau lebih mesra dikenali Cik Wa, pengerusi GPW FELDA Trolak Selatan gembira apabila kadar bayaran kembali kini adalah RM 297 sahaja. Cik Wa juga teruja untuk melihat dan bersama dengan inisiatif FELDA kini yang memberi tambahan keyakinan peneroka.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

MAT IDRIS BIN HUSAIN

Tahniah peneroka FELDA Keratong 7, Encik Mat Idris yang berpuas hati dengan penyata pendapatan terkini beliau. Penyata ini adalah yang pertama setelah peneroka selesai menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman lalu dan beliau layak kadar baharu serendah RM225 secara bulanan.

Kadar yang lebih rendah dinikmati peneroka telah memberi kegembiraan kerana secara tidak langsung membantu meringkankan beban bayaran pinjaman peneroka.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

EN ARIFFIN ABDULLAH

Encik Ariffin Abdullah, peneroka Felda Keratong 7, menunjukkan paysheet terkini beliau dengan potongan BK baharu iaitu RM 250/ bulan . KadarBK baharu layak kepada beliau mulai September lanjutan penerimaan tawaran perjanjian pelarasan pinjaman peneroka. Peneroka kini boleh berpuas hati dengan melihat sendiri maklumat semasa di penyata pendapatan peneroka.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

PENEROKA FELDA TROLAK SELATAN

Kegembiraan peneroka dan penerokawati FELDA Trolak Selatan di pejabat rancangan bersama penyata pendapatan dengan BK Baharu. Rata-rata dapat menikmati kadar BK baharu serendah RM 250 sebulan.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

ENCIK SALIM MUHMMAD

Alhamdulillah, Encik Salim Muhammad merupakan salah seorang daripada 93% peneroka Felda Wilayah Terengganu yang telah menikmati BK Baharu pada bulan ini. Beliau telah menandatangani perjanjian pelarasan peneroka sehingga 11 Ogos dan merupakan peneroka setia bersama FELDA.

Kesetiaan dan keyakinan Encik Salim serta semua peneroka merupakan pendorong kepada kegemilangan FELDA.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

 ---------------------------------------------

PUAN FARIDAH

Puan Faridah menzahirkan rasa kegembiraan apabila layak mendapat potongan BK baharu yang lebih rendah berbanding sebelum ini sekaligus memberi lebihan pendapatan kepada beliau. Beliau teruja mendapatkan penyata pendapatan terkini setelah setuju mendandatangi perjanjian pelarasan pinjaman peneroka yang telah diumumkan kepada semua peneroka pada Sambutan Hari Peneroka 2021 lepas.

Kebersamaan peneroka dengan FELDA diyakini akan membawa kepada pengurusan ladang yang lestari.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

 ---------------------------------------------

HAJI MOHD HASSAN

Haji Mohd Hassan , ketua peneroka FELDA Trolak Selatan menerima penyata pendapatan terkini dengan kemaskini BK baharu setelah menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman peneroka sehingga 11 Ogos 2021. Sejumlah 6,699 peneroka di FELDA Trolak akan menerima BK baharu mulai September dan Oktober kelak.

Peneroka boleh membuat semakan penyata di pejabat rancangan masing-masing.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

PUAN HAMSAH SABRAN 

Saya terharu dengan pelupusan pinjaman dan bersyukur apabila potongan BK Baharu kini lebih rendah iaitu sebanyak RM 250 sahaja" - Puan Hamsah Sabran, penerokawati FELDA Jengka 19.

Penerimaan tawaran ini telah membolehkan peneroka menikmati kadar potongan rendah yang rata-rata membuatkan peneroka berasa gembira.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

ENCIK KAMIL ALI

Encik Kamil Ali, peneroka FELDA Jengka 19 setia bersama FELDA dan telah menandatangani perjanjian pelarasan pinjaman gembira apabila melihat baki pinjaman beliau hanya berbaki RM 25,000 dengan kadar baharu potongan BK yang lebih rendah. Beliau mengangap pelarasan ini adalah rezeki dengan lebihan pendapatan disamping memberi nilai tambah kepada pengurusan ladang dan peneroka.

Kongsikan kepada kami perasaan anda apabila menerima paysheet terkini di ruang komen. ?

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

 ---------------------------------------------

 RASNAH BINTI MOHAMAD

Kegembiraan penerokawati Felda Kerteh 3, Puan Rasnah Mohamad menerima penyata pendapatan yang memperlihatkan kadar baharu Bayaran Kembali lanjutan penerimaan tawaran Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka. Rata-rata peneroka telah menerima penyata mulai 17 September lepas.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

---------------------------------------------

SAMSUDIN BIN SABERAN

Kebanyakkan peneroka pada hari ini telah dapat melihat dan menikmati kadar potongan baharu Bayaran Kembali (BK) di dalam Paysheet masing-masing setelah menandatangani Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka.

Encik Samsudin Saberan, peneroka Felda Keratong 7 merasa sangat gembira dan berpuas hati apabila BK terkini beliau hanyalah sebanyak RM 237 sebulan. Alhamdulillah, peneroka kini gembira dan lebih yakin dengan FELDA.

#FELDABerhakHebat #OnTrack #FELDA #CemerlangkanFELDA #GemilangkanFELDA #FELDALombongEmas #PenerokaPerintisBeraniSukaCabaran

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1