
Alhamdulillah, produktiviti ladang FELDA semakin meningkat dengan adanya pemerkasaan penggunaan mekanisasi di ladang. Di FELDA Penggeli Timur, antara mekanisasi digunakan termasuklah mesin Spreader bagi aktiviti membaja yang amat efektif di kawasan ladang rata mahupun beralun dengan nisbah kecekapan
1 mesin: 350 hektar kawasan ladang.
Selain membantu meningkatkan produktiviti sehingga 30%, penggunaan mesin juga telah mengurangkan 50% kebergantungan kepada tenaga buruh asing. Alhamdulillah, FELDA Penggeli Timur kini berjaya mencatat pengeluaran 8.51 tan/hek sehingga Jun 2022.
Antara mekanisasi lain dilaksanakan termas
uklah dalam aktiviti penuaian, merumput dan pembajaan. Insyallah, ladang FELDA akan lebih melipatgandakan produktiviti
30 tan perhektar.
#KejayaanDalamKeberkatan
#Kelab30Tan