PEMANTAPAN PENGURUSAN PROSES MENUAI BUAH TANDAN SEGAR BERI PULANGAN PENDAPATAN TINGGI HASIL LADANG
Pemilihan buah tandan segar (BTS) adalah penting semasa proses menuai buah sawit di ladang peneroka. Salah satu inisiatif FELDA dalam memastikan penambahbaikan dan pemantapan pengurusan menuai ini adalah dengan memperkenalkan sistem Bunch Marking yang telah berjaya memberi impak positif apabila FELDA berjaya mencapai penurunan sehingga 21.6% tuaian BTS muda ladang peneroka menjelang Disember 2022.
Inisiatif ini juga secara tidak langsung memberi kesedaran seterusnya menurunkan peratus tuaian atau penghantaran buah tandan segar muda (BTS Muda) ke kilang.
Persemuafakatan dan kerjasama diantara pengurusan FELDA serta rancangan ini adalah salah satu usaha memantapkan pengurusan ladang serta membantu memberikan pulangan dan pendapatan tinggi hasil ladang kepada peneroka.
#KejayaanDalamKeberkatan
#TanahKitaHasilKita