Media Paparan Galeri Berita FELDA

SURATAN HAK MILIKSURATAN HAK MILIK 02SURATAN HAK MILIK 03SURATAN HAK MILIK 04SURATAN HAK MILIK 05

Majlis serahan suratan hak milik kepada 132 orang peneroka FELDA Selendang 2, Rompin, Pahang telah selesai disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail , Menteri Besar Pahang bertempat di Dataran Wisma FELDA Selendang 2.
Terpancar raut wajah penuh kesyukuran dan kegembiraan peneroka di sini apabila telah menerima dan memiliki suratan hak milik tersebut. Alhamdulillah, sehingga kini sejumlah 40,629 orang peneroka di Pahang telah menerima suratan hak milik.
Tidak dapat disangkal, pengorbanan, titik peluh keringat warga peneroka adalah salah satu sumbangan utama dalam pembangunan tanah di FELDA selain daripada misi utama untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar khasnya warga peneroka.
Turut hadir Dr. Mohd Syaiful Hassan, Pengarah Pengurusan Tanah FELDA.

Insya-Allah, semoga harta ini akan terus dijaga sebaik-baiknya kerana sudah pastinya akan diwarisi oleh anak dan generasi akan datang.

#KejayaanDalamKeberkatan
#SuratanHakMilik

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1