Media Paparan Galeri Berita FELDA Hari 1 - Seminar Pengurus FELDA 2022

Pengiktirafan Malaysia Book of Records MBOR

Alhamdulillah dan Tahniah! Yayasan FELDA atas penganugerahan Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR): Most Dialysis Machines Donated By An Organisation.

Yayasan Felda sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan oleh MBOR atas sumbangan sebanyak 58 buah mesin dialisis di hospital Kerajaan dan di Pusat Hemodialisis yang beroperasi secara amal.

Sumbangan Yayasan FELDA berbentuk peralatan ini menzahirkan kesungguhan FELDA dan seluruh warganya untuk berbakti kepada masyarakat Malaysia serta kepada peneroka secara khususnya dalam bidang perubatan dan menjadi salah satu agensi penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di negara.

Alhamdulillah, pengiktirafan ini adalah yang ke-2 diterima oleh Yayasan FELDA, apabila pada tahun 2021, Yayasan FELDA telah diiktiraf oleh MBOR atas pencapaian dan sumbangan sebagai Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pertama yang menawarkan program pengajian dialisis di Malaysia.

Majlis penganugerahan ini berlangsung di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur dan telah diserahkan oleh wakil Malaysia Book Of Records kepada YBhg. Tan Sri Idris Jusoh, Pengerusi FELDA.

#KejayaanDalamKeberkatan
#MalaysiaBookOfRecords

qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1