Media Paparan Galeri Berita FELDA Majlis Jalinan Pintar FELDA Digital Maker Hub: Coding & Robotics Di SK (LKTP) Bukit Sagu 01

PPP ARNABPPP ARNAB 01PPP ARNAB 02PPP ARNAB 03

PROJEK PLASMA TERNAKAN ARNAB PPP
 
Seramai 8 orang peserta Program Pembangunan Peneroka (PPP) di FELDA Jengka 17, Wilayah Jengka telah mula menerima hasil dari projek plasma ternakan arnab pedaging.
Tuaian arnab telah dibuat pada 29 Ogos 2022 yang lepas dengan 143 ekor arnab telah dijual, dan berat keseluruhan adalah 243 kg.
 
Menerusi jualan ini, pendapatan keseluruhan bagi kesemua peserta ini adalah RM2,916 dengan purata pendapatan bersih bagi seorang peserta adalah RM 364/bulan.
 
PPP dijalankan dengan tujuan utama menambah pendapatan tambahan peneroka, serta membantu keterjaminan keselamatan makanan negara. Insya Allah, penglibatan yang aktif dari warga peneroka menyumbang kepada pencapaian aspirasi FELDA ini.
 
qr code 2903
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel: 03 2191 2191| No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular dan terkini dengan minimum resolusi 1280 x 1024 piksel dan ke atas.

socmed1 socmed2 socmed3  socmed4  socmed4  socmed1